CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2647|Reply: 0

Bacalah ( Isi Hatiku )

 Close [Copy link]
Post time 28-6-2009 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Sungguh istimewa, tuhan ciptakan hati menjadi hak milik dan rahsia peribadi setiap daripada kita. Tiada siapa yang akan mengetahui isinya melainkan hanya

tuhan dan diri kita sendiri. Melainkan kita sendiri yang menbongkar segala isinya kepada orang lain, orang yang sangat kita percaya.Namum tidak salah rasanya

jikalau kita berkongsi apa yang terpendam dalam hati kita ini. Kalau cinta luahkan dengan indah. Kalau marah lepaskanlah geramnya. Kalau

lapar.....mencekiklah jawapnya.

Susah tak masa korang nak luahkan perasaan pada pasangan korang? Ada yang cakap ini perkara senang aje, kacang aje. Ada pula yang beri nasihat kalau susah-

susah SMS aje, ko tulis apa yang kau nak cakap lepas hantar dekat nombor telefon dia. Senanglah dia cakap macam tu, tapi ini satu lagi maslah aku ni, nombor

telefon dia pun aku tak ada, macam mana nak SMS?

Kelakar betul. Sebenarnya aku dengan dia selalu sangat bertegur sapa. kadang-kadang aku senyum dekat dia, dia balas balik, sekali gugur jantung aku. Dan

begitulah sebaliknya. Tapi itulah, aku ni yang pengecut sangat. Bilalah rasanya aku dapat luahkan perasaan aku dekat dia. Takkanlah aku nak tunggu dia pula

yang luahkan dulu. Ataupun nanti dia melepas ke tangan lelaki lain. Ini tak boleh jadi, aku kena ambil inisiatif selepas ini, tak kira macam mana pun aku

kena juga dapatkan nombor telefon dia.

Langkah pertama, aku kena cari orang rapat atau kenal si dia, oppss, lupa pula nak beritahu nama dia dekat korang. Yang aku tahu semua kawan-kawan dia

panggil dia Sue, ataupun kak Sue, nama penuh dia maaf kau tak tahu. Sebenarnya dia ni bekerja di sebuah resrtoren dekat dengan tempat kerja aku. time makan

aje, mesti aku melepak dekat sana. saja nak mencuci mata. Menikmati kesucian, sopan santun dan sudah pasti raut wajah dan lenggok badannya yang menawan tu.

Tapi dari siapa yang boleh aku dapatkan nombor telefon Sue nie. Setahu aku, Aini yang paling rapat dengan Sue ni. Hari ini aku sengaja kelaur makan lebih

awal. AKu tekad matlamat utama aku hari ini adalah untuk dapat nombor telefon dia. Tapi dalam plan aku, hari ini aku nak bercakap dengan Aini. Selepas dia

mabil order, dan dia datang bawa air yang aku pesan, masa itulah aku akan bertindak. aku akan heret dia untuk berborak. Selalunya Aini mudah untuk di ajak

berborak, cuma Sue aje yang sudah sikit, sebab itulah aku geram sangat dekat dia.

Segalanya menurut plan yang aku atur. Sekarang Aini datang menghampiri aku dengan segelas milo ais. Sekarang tunggu masa untuk aku mengumpan dia untuk

berborak dengan aku.

"Aini, dekat sini ada tak tempat yang menarik untuk berkelah?"
"Tak tahu la, Aini pun masih baru lagi dekat sini. Tak tahu sangat pasal area ni."
"Takkan tak tahu kot, awak kan lebih lama duk sini daripada saya."
"Betul, saya pun jarang-jarang keluar, tiap-tiap hari sibuk dengan kerja aje. Kenapa bang, nak ajak awek pergi piknik ke?"
"Tak adalah, ingat nak keluar dengan kawan-kawan hujung minggu ni. Betul ni tak tahu, cubalah tanya kawan-kawan awak, mungkin diaorang tahu kot."
"Hah, saya dah ingat, saya pernah dengar diaorang duk cerita pasal Lata Batu. Tapi tempatnya saya tak tahu la pulak."
"Alah cubalah tanyakan kawan-kawan awak pasal apa nama tempat tu tadi?"
"Lata batu..."
"haaa. Cubalah awak tanyakan dekat kawan-kawan awak tu."
"Nantilah saya tanyakan."
"Habis tu macam mana nak beritahu saya, awak ada nombor telefon tak?"
"Kenapa?"
"Tak adalah senang sikit nanti saya nak call, nak tanya pasal tempat tu. Lain kali tak payahlah nak ganggu awak dekat sini lagi."
"Oklah kalau macam tu...ini dia.."

Okey sekarang plan aku berjalan lancar. Dengan mengunakan Aini perlahan-lahan aku akan cuba dapatkan Sue. Sekarang cuma tunggu untuk melaksanakan langkah

kedua, cuba pujuk Aini beri nombor Sue. Korang mesti tertanya-tanya kenapa tak terus aje aku minta nombor telefon dengan Sue. Biasalah ini taktik aku, nak

rasa mencabar sikit. Lagipun walaupun aku rock, tapi bab cinta aku slow sikit. kadang-kadang terjadinya pelbagai kejadian pelik dan tak masuk akal dibuatnya.


Bersambung.......................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.051252 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list