CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4645|Reply: 26

Contohi Toyota

[Copy link]
Post time 11-7-2009 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mycos79 at 11-7-2009 08:32

Toyota: Mendahului pasaran dunia

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
[email protected]



Kedudukan Toyota hari ini adalah hasil usaha tanpa henti sejak pengasasnya mula membuat lakaran pertama kereta mereka.



TOYOTA Motor Corporation, syarikat yang diasaskan oleh Kiichiro Toyoda ini mengetuk pintu 2009 dengan cukup bersemangat menerusi kejayaan bersejarah automotif dunia, sekali gus meletakkan mereka di tempat pertama selepas runtuhnya empayar automotif terbesar General Motor (GM) dan Chrysler.

Toyota diiktiraf sebagai pembuat kenderaan terbesar dengan rekod jualan hampir 10 juta kenderaan pada 2007 dan 2008.

Namun kejayaan ini bukan datang bergolek. Mereka menanti hampir lapan dekad untuk berada pada peringkat ini, sesuatu yang satu ketika dahulu dianggap amat mustahil.

Apatah lagi syarikat ini terpaksa bangkit selepas Perang Dunia Kedua. Lebih ironik lagi, kilang asal Toyota di Aichi juga terlibat dalam pengeboman sewaktu perang.


MODEL Corolla nyata diterima baik di semua pasaran yang ditembusinya.



Namun ada sesuatu yang menarik apabila anda memperkatakan tentang bangsa dan budaya Jepun. Sebuah kepulauan kecil yang hampir tidak mempunyai sumber asli mampu menguasai sebahagian besar produk konsumer hari ini.

Bangsa yang mempunyai keazaman dan cara kerja yang sangat berbeza. Budaya yang tidak pernah berubah dalam merevolusikan dunia moden, mencakupi segenap aspek kehidupan kita.

Penulis berkesempatan beberapa kali ke Jepun dan secara peribadi amat kagum dengan cara kerja dan sikap mereka. Budaya, disiplin dan cara hidup merekalah yang menjadi tunjang kejayaan setiap syarikat yang kini berkembang di seluruh dunia.



Industri automotif adalah industri kritikal yang berpeluang untuk tumbang dalam seminit jika anda tidak peka dengan keadaan semasa.

Trak tentera

Ia juga industri yang penuh dengan cabaran, strategi, kekangan politik dan juga pengaruh yang dominan. Sejarah telah membuktikannya.

Syarikat-syarikat seperti Alfa, Benz, BMW juga merupakan antara yang telah lama bertapak. Namun akhirnya, penentu kejayaan sesebuah jenama ialah konsumer.

Pengguna juga yang telah meletakkan kejayaan Toyota di tempat pertama pada hari ini. Meskipun GM dilihat seperti tidak mampu digugat, penguasaan model penting seperti Camry di Amerika dan kereta jualan terbaik dunia Corolla adalah bukti bahawa Toyota tidak memerlukan keruntuhan GM untuk memiliki takhta nombor satu.


TOYOTA Prius merupakan model hibrid paling berjaya di dunia.



Malah semenjak 2006, Toyota sudah menghampiri jumlah jualan GM dengan julat kurang dari 100 ribu hingga 10 ribu unit.

Toyota bermula sekitar 1930-an dan menghasilkan kenderaan trak tentera sewaktu perang.

Bagi mengesploitasi sumber yang terhad dan kos yang rendah, trak asal tentera ini hanya dipasangkan dengan satu lampu utama di atas hud.

Perang yang tamat tidak lama selepas itu meletakkan Toyota antara syarikat automotif terawal selain Honda dan Nissan yang mendapat insentif daripada kerajaan untuk membangunkan sektor automotif.

Model komersil Toyota pertama lahir pada 1947 menerusi model yang dikenali sebagai SA. 40 tahun lewat berbanding kereta produksi massa Ford model T.
AKIO TOYODA



Perkembangan sebenar industri automotif Jepun bermula pada penghujung 1970-an sewaktu krisis harga minyak dan ekonomi dunia menyaksikan arus permintaan terhadap segmentasi kenderaan.

Pembeli tidak lagi mementingkan gaya, malah praktikaliti dan ekonomikal menjadi pilihan. Pengeluar kereta Jepun telah bersedia untuk itu kerana mereka telah belajar dari kepayahan pasca perang.

Toyota menghasilkan model-model enjin ekonomikal pada harga jualan yang sangat kompetitif.
Era 80-an dan 90-an pula menyaksikan syarikat ini berkembang pesat, memperkenalkan Scion dan Lexus, memiliki Hino dan Daihatsu serta kepentingan dalam Fuji Heavy Industries yang membina Subaru.

Optimis

Sehingga penghujung 90-an, pesaing terdekat Toyota ialah GM yang memiliki Buick, Cadillac, Chevrolet, GMC, Holden, Hummer, Opel, Pontiac, Saab, Saturn, Vauxhall dan Daewoo.

Kedua-dua konglomerat automotif ini saling bersaing merebut pasaran baru. Keupayaan Toyota hari ini turut didorong oleh penguasaan pasaran di Asia yang sebelum ini dipinggirkan GM.

Toyota lebih awal bertapak di China dan Asia Tenggara. Dengan mengambil kira pembangunan Asia yang cukup pesat, jenama Toyota lebih mudah diterima di rantau ini.


TEKNOLOGI enjin Prius menjadi penanda aras terhadap model-model hibrid di pasaran.



Sedangkan GM bertungkus lumus cuba untuk melebarkan empayar. Ketika berada di tangga pertama sekalipun, Toyota tetap unggul dengan budaya perniagaan yang memandang optimis jauh ke hadapan.

Mereka menyedari kepayahan kelembapan ekonomi hari ini, justeru mengambil langkah lebih awal berbanding mana-mana syarikat automotif.

Presiden Toyota baru, Akio Toyoda yang merupakan cucu kepada pengasas Toyota Kiichiro Toyoda, mengambil langkah awal dengan memaksimumkan sistem automasi penuh dalam sektor pengeluaran mereka.


Beliau juga mengambil keputusan mengambil hanya 30 peratus bayaran sebagai CEO pada tahun ini. Nekad untuk untuk memastikan bahawa Toyota akan terus kukuh, beliau mengelak menutup mana-mana kilang pengeluaran mereka dan mendesak kerajaan Jepun memperkenalkan dasar automotif yang mampu menyokong industri automotif secara keseluruhan.

Sukar digugat

Beliau optimis bahawa sektor automotif dan ekonomi akan pulih selewat-lewatnya dalam tempoh dua tahun lalu. Kemudian merebut peluang dengan memenuhi kehendak konsumer.

Era Toyoda dijangka bermulanya dimensi baru dalam lembaran keadaan ekonomi lembap dunia hari ini. Beliau turut dibantu oleh muka-muka baru yang terdiri daripada lima naib presiden eksekutif serta lapan muka baru dalam lembaga pengarah Toyota Motor Corporation.

Bijak mengenali pasaran terpenting Amerika Syarikat (AS), Toyoda melantik semula Yoshimi Inaba yang meninggalkan Toyota pada 2007.

Produk Hybrid terbaik mereka, Prius, terus ditatang dengan mengekalkan ketua juruteranya Takeshi Uchiyamada sebagai naib presiden ekskutif.

Bagaimanapun portfolio Uchiyamada ditukar, daripada seorang yang bertanggungjawab di bahagian pembuatan kepada R&D dan pengurusan produk.

Sehingga hari ini, Prius merupakan sebuah kereta hybrid paling berjaya di dunia. Ia juga menjadi penanda aras terhadap mana-mana kenderaan komersial hybrid yang ada dipasaran.

Toyota sukar untuk digugat. Kedudukan mereka hari ini adalah hasil usaha tanpa henti sejak pengasasnya mula membuat lakaran pertama kereta mereka.

Hari ini, mereka berfikir pantas untuk teknologi 10 tahun akan datang. Kita telah menerima hakikat, bahawa kini Jepun benar-benar mendahului pasaran.

Jika ada sebuah syarikat Jepun lain yang boleh dijadikan contoh, ia adalah Sony.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2009 10:08 AM | Show all posts
toyoltak punya design mmg out ler....handling pun ok2 jer....tp klau nak kereta yg tahan ok ler...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 03:04 PM | Show all posts
toyoltak punya design mmg out ler....handling pun ok2 jer....tp klau nak kereta yg tahan ok ler...
LangBuana Post at 11-7-2009 10:08


Aku rasa design Supra, celica, wish, estima,harier, ok pee.........
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 03:32 PM | Show all posts
Dlm setahun Toyota menghasilkan sekurang2nya 9 model baru utk pelbagai negara..setiap tahun tanpa henti...dan kebanyakkan modelnya tidak masuk ke Malaysia dan lebih kepada pasaran domestik...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 04:17 PM | Show all posts
masalanya.. org mesia baru pakai Toyota celup buatan asean cam AVANZA, UNSER, VIOS..pon dah rasa macam keta TOYOTA ala2 kat jepun gak
'


alahaii
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 07:26 PM | Show all posts
Toyota punya after sales support mmg mantop..!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2009 07:30 PM | Show all posts
aku rasa sedap lagi bawak honda... toyota neh market placing tuh yg mantops..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 04:53 PM | Show all posts
bangganya haku dgn toyota ni, walaupun aku hanya org malaysia...hih hih hih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2009 06:16 PM | Show all posts
bangganya haku dgn toyota ni, walaupun aku hanya org malaysia...hih hih hih
apam Post at 12-7-2009 16:53

tapi malangnya keta keluaran toyota yg dibanggakan tu bukannya berada di Malaysia pon....

org jepun dan europe sendiri pon tak kenal setakat Toyota keluaran ASEAN cam Vios, UNSER ,INNOVA dan AVANZA tu...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2009 08:28 PM | Show all posts
Toyota punya after sales support mmg mantop..!!!
tungkai Post at 11-7-2009 19:26


sebenarnya rakyat Malaysia mahukan kualiti dan servis yang baik seperti keluaran Toyota...terutama dari Proton....itulah harapan rakyat Malaysia.

segala kelemahan kena sentiasa dibaiki....barulah 1 Malaysia....rakyat didahulukan, pencapaian (kualiti/kepuasan/ketahanan/keyakinan) diutamakan.....berlajarlah dari guru Toyota....mendahului pasaran dunia...why???sila fikirkan bersama...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 09:13 PM | Show all posts
kalaulah harga baru kereta toyota murah mcm kereta proton lagi best...kenapalah kerajaann kena kan tax tinggi sangat...{:3_81:}
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 09:24 PM | Show all posts
tak kisah ler AVANZA ke, UNSER ke, VIOS ke...janji brand ni di kepalai oleh toyota, even though locally assembled...lebih baik dari PROTON...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 09:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by peYno at 12-7-2009 21:47
tak kisah ler AVANZA ke, UNSER ke, VIOS ke...janji brand ni di kepalai oleh toyota, even though locally assembled...lebih baik dari PROTON...
ifanonline Post at 12-7-2009 21:24

bukan setakat locally assembly.. tapi model yg Jepun sendiri tak pernah dan tak hingin tgk.. hanya utk pasaran negara mundur.. yg mudah terkagum
nampak sgt tak pernah pakai keta toyota buatan ASEAN cam UNSER dan AVANZA tu.. patut dia kata lagi baik dari proton..prrrfthhh

alahai akai
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 09:45 PM | Show all posts
kalaulah harga baru kereta toyota murah mcm kereta proton lagi best...kenapalah kerajaann kena kan tax tinggi sangat...{:3_81:}
zvicmorrow Post at 12-7-2009 21:13

tak yah susah2.. kat thai kat indonesia sume harga keta import toyota ka honda ka sama je dgn keta proton
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 10:25 PM | Show all posts
cite pasal engine toyota hybrid ni... kawan jepun peyno cite ramai pembeli prius ni tertipu sebab masa mereka beli.. mereka tak diberitahu bahawa sel beteri yg digunakan ni mesti ditukar setiap 2 thn.. dan kos utk replacement ni sekitar RM3000
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 10:45 PM | Show all posts
15# peYno

Aikkk??Kena tukar setiap 2 tahun ker??Mampuih ler camnie...aku pernah tanya kat somebody yg kerja kat Muzium Toyota dulu..masa melawat aku ada tanya pasal isu nie...masa tu model Prius nie tak kuar lagi...depa kata bateri utk model Hybrid nie pakai sampai mampos..tak yah tukar2...
Tak tau lak yg Prius nie kena tukar setiap 2 tahun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2009 09:49 AM | Show all posts
15# peYno

Aikkk??Kena tukar setiap 2 tahun ker??Mampuih ler camnie...aku pernah tanya kat somebody yg kerja kat Muzium Toyota dulu..masa melawat aku ada tanya pasal isu nie...masa tu model Prius  ...
danedzya Post at 12-7-2009 22:45

haku rasa, model maner pong, memang kena tukar bateri sel tu.. kalau takmo tukar pong bleh, tapi battery performance dah weak, so penggunaan minyak akan lebih lar plak.. tu jer..

Hybrid technology skang nie masih mahal, khas utk orang kaya yg nak kurangkan pencemaran udara dan mengurangkan pembakaran bahan api .. so kita yg tak berapa kaya nieh, pakai  jer lar petrol tu.. aper der hal.. baper bijik jer pong hybrid enjin yg active kat mesia nieh.. tak berubah pong index pencemaran udara IPU tu..

mungkin satu ari nanti bila manufacture dapat reduce kos, baru ler kita beli ramai-ramai erkk..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 11:24 AM | Show all posts
kereta hybrid memang tak mendapat sambutan dimalaysia sebabnya;

Orang kaya je yg mampu beli kereta hybrid ni sebab mahal....
Jimat minyak? Kalau dah kaya buat apa nak pikir pasal harga minyak atau minyak jimat sekali pun..........
Jadi dua org sederhana dan org kaya tak berminat kereta hibrid nih
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 11:31 AM | Show all posts
Kalu pakai keta hybrid kalau rosak mana2 pun bleh hantar repair ke mcm keta sekrg nih...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 12:31 PM | Show all posts
Kalu pakai keta hybrid kalau rosak mana2 pun bleh hantar repair ke mcm keta sekrg nih...
johan3036 Post at 13-7-2009 11:31

ko biar betul... haku rasa kalau kampung haku, jgn arap depa nak repair..  sedangkan honda stream enjin iVTEC haku pong depa blur-blur sket, inikan plak enjin hybrid
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.087118 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list