|
Gambar Dayang Nurfaizah di Pelancaran Novel LukaDayang Nurfaizah turut mempersembahkan lagu LUKA di Pelancaran Novel Luka.
Kehijauan alam sekitar dan kelibat hidupan liar menjadikan jiwapenyanyi kelahiran Sarawak ini tenang. Lebih menarik, sepanjang tigahari (bermula 2 Februari lalu) berkampung di kawasan yang diwartakansebagai hutan tertua di dunia itu, Dayang berpeluang merasai pelbagaipengalaman menarik, termasuk mendekati satu suku kaum Asli yang masihmengamalkan gaya hidup primitif. Jelas Dayang, lokasi ini dipilihbersempena pelantikannya sebagai duta Perlindungan dan Pengekalan AlamSemulajadi oleh Yayasan Pulau Banding dan Yayasan Pulau Orang UtanBukit Merah milik Emkay Group.
Berkongsi pengalaman itu, Dayang berkata, penggambaran klip videoini jauh berbeza daripada yang pernah dijayakannya apabila menuntutnyabanyak bergerak dan melakukan aktiviti lasak. Bahkan sebelumpenggambaran bermula, dia terpaksa mencari baju dan kasut sesuai denganpersekitaran hutan tebal.“Luka adalah novel pertama di Malaysia yangdisertakan dengan video muzik. Dayang bangga terbabit dengan projek inikerana bukan saja menggalakkan orang ramai menghargai alam semula jadi,tetapi turut memupuk minat suka membaca.“Penggambaran Luka dilakukan diBelum Rainforest Resort, manakala Loosing Me pula di Hutan BelumTemengor.
Kedua-dua klip video ini diarah oleh Muhaimin Yusof dari CiptaAsiaWorldwide Sdn Bhd.“Di Belum Temengor, Dayang berpeluang ke Sungai Enam,Jenut Papan, Kampung Bunga Kejar Hilir, Air Terjun Sungai Ruak danTanjung Satu.“Kalau ikutkan, ini kunjungan kedua Dayang ke hutan yangmempunyai keluasan 300,000 hektar ini. Ia bersamaan empat kali gandakeluasan Singapura. Lebih unik, Pulau Banding mempunyai kira-kira 80pulau. Untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi, kita perlumenaiki bot,” katanya sambil menjelaskan, majlis pelancaran novelberkenaan akan diadakan di Belum Rainforest Resort pada 12 Macini.Tambah Dayang, meskipun penat, dia terhibur dengan pemandanganindah dan persekitaran sejuk hutan berkenaan.
Banyak imej menarik berjaya dirakam dan diabadikan dalam dua klipvideo itu.“Macam-macam insiden lucu berlaku sepanjang penggambaran,antaranya lensa kamera terjatuh ke dalam air terjun. Malah, ramai krutergelincir kerana batu di kawasan itu berlumut dan licin. Diperkampungan Orang Asli Bunga Kejar pula, Dayang malu apabiladiperhatikan ramai penduduk yang masih memakai cawat. Ini kali pertamaDayang menyanyi depan penonton bercawat.
“Bagaimanapun, Dayang terhibur melihat aksi anak kecil yangmalu-malu kucing. Wanitanya pula bersembunyi di celah penduduk lelakidan di sebalik penjuru rumah kerana terlalu malu. Meskipun mataharitegak atas kepala, kawasan itu sejuk dan nyaman,” katanya.Mengulaspelantikannya sebagai duta Perlindungan dan Pengekalan Alam Semulajadi,Dayang berkata, tanggungjawab dipikul kali ini sangat besar, malah iaturut membuka mata serta mindanya terhadap banyak perkara.
“Sebelum ini Dayang kurang peka akan kepentingan pemeliharaan alamsemula jadi tetapi apabila berkunjung ke Pulau Banding, Dayang mulasedar dan jatuh cinta dengan hidupan liar.“Kita seharusnya berbanggakerana Malaysia ada hutan paling tua di dunia. Rupa-rupanya Hutan BelumTemengor lebih tua daripada hutan Amazon. Ada banyak hidupan liar disini, malah sepanjang penggambaran, Dayang berpeluang melihat tapakkaki seladang, tempat mandi gajah, burung kenyalang dan helang sertakesan cakaran beruang di pokok.“Menerusi pelantikan ini Dayangbertanggungjawab menyuntik kesedaran kepada orang ramai, khususnyapeminat Dayang dan generasi muda, kepentingan peliharaan alam.
“Jika ada simposium, Dayang akan turut serta. Dayang bergelar dutasecara rasmi hari ini dan pelancarannya berlangsung di Bukit MerahLaketown Resort, Perak,” katanya yang menggalas tanggungjawab ituselama lima tahun.Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Erti Hidup inibakal muncul dengan album berjudul Dayang 2008 Live yang menghimpunkanlagu dendangannya ketika mengadakan persembahan di Planet Hollywood,Julai lalu. Album ini mengandungi 12 lagu termasuk sebuah lagu baru,Pulang, ciptaan Tris. [sumber] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Novel Tris + CD Dayang Nurfaizah
Oleh Mohd Rashid Yusuf
[email protected]
Rap
NOVEL Luka, karya sulung penulis baru mencipta sejarahnya tersendiri apabila ia disertakan dengan cakera padat (CD), dilancarkan di Belum Rainforest Resort di Pulau Banding, Perak, baru-baru ini.
Novel cinta berkenaan, yang sesuai untuk bacaan golongan berusia antara 14 dan 25 tahun, dihasilkan Tris Zainol Abidin, seorang graduan undang-undang dari London School of Economics and Political Science (LSE).
Lebih menarik, penyanyi Dayang Nurfaizah menyampaikan dua lagu latar ketika pelancaran novel berkenaan.
Hadir sama ketika pelancaran itu ialah Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustpha Kamal Abu Bakar dan Pengurus Besar kumpulan itu, Mazrita Mazlan.
Ketika ucaptama majlis dihadiri lebih 30 wartawan daripada pelbagai media dan majalah itu, Mazrita berkata, pelancaran Luka dan pemilihan Dayang Nurfaizah sebagai penyanyi latar novel
berkenaan bertepatan serta amat strategik dengan objektif Emkay membangunkan Pulau Banding.
“Dayang Nurfaizah adalah duta pemuliharaan dan pengekalan alam semula jadi bagi Pulau Banding Foundation dan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah.
“Pemilihannya serta kerjasama strategik novel Luka dengan Kumpulan Emkay, amat bertepatan sekali,” katanya.
Mazrita berkata, usaha sama antara novel Luka, Dayang Nurfaizah dan Kumpulan Emkay menjadi satu alternatif baru untuk memberi kesedaran kepada generasi muda supaya lebih mengenali serta prihatin terhadap alam semula jadi.
Katanya, novel Luka juga adalah satu platform baru bagi menarik dan memupuk kembali minat membaca di kalangan golongan muda.
Beliau berkata, golongan berkenaan akan terhibur dengan novel itu yang mempunyai kelebihannya tersendiri dengan mengarahkan pandangan mereka kepada sesuatu yang positif dan konstruktif berbanding dengan aktiviti kurang produktif.
Mazrita berkata, Kumpulan Emkay turut menaja pembikinan dua video klip bagi lagu Luka dan Losing Me yang dirakamkan sepenuhnya di kawasan Hutan Belum, Temenggor dan di Belum Rainforest Resort Pulau Banding.
Sementara itu, Tris berkata, dia juga pernah menghasilkan lirik lagu berjudul Kata nyanyian Hazami yang muncul sebagai Lagu Pop Terbaik pada Anugerah Juara Lagi 2006.
“Mengenai cerita Luka, saya mendapat ilham menulisnya pada hari jadi saya yang jatuh pada Ramadan enam tahun lalu,” katanya.
Tris berkata, penerbitan Luka turut memuatkan dua lagu dalam cakera padat berjudul Luka (versi bahasa Melayu) dan Losing Me (versi bahasa Inggeris) nyanyian Dayang Nurfaizah.
Katanya, muzik lagu latar itu diharap meninggalkan kesan kepada pendengar dan diharap lagu yang
dimuatkan akan dapat menyentuh perasaan pembaca supaya memberikan penghayatan yang lebih mendalam lagi terhadap novel itu. |
|
|
|
|
|
|
|
BAKAT yang dimiliki Dayang Nurfaizah
BAKAT yang dimiliki Dayang Nurfaizah Awang Dowty sukar disangkal apabila penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak ini mampu menyampaikan lagu Melayu dan Inggeris dengan baik.
Berbeza dengan penampilan sebelum ini, Dayang mencipta kelainan menerusi album baru, Luka yang berada di pasaran sejak dua bulan lalu.
Menariknya, album kesembilan itu dijual bersama novel pertama karya Tris Zainol Abidin hanya boleh dibeli menerusi laman web, www.luka.com. Album itu yang memuatkan single dalam dua versi iaitu Luka dan Losing Me ciptaan Tris, dilancarkan di Belum Rainforest Resort di Pulau Banding, Perak. Lebih bermakna, pada majlis itu Dayang dilantik sebagai duta pemuliharaan dan pengekalan alam semula jadi bagi Yayasan Pulau Banding dan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah.
Kata Dayang, sambutan peminat pada album dan novel itu yang dijual secara pakej masih menggalakkan. Biarpun kebanyakan artis belum yakin dengan pasaran jualan album sebaliknya dia percaya strategi pakej ini mampu menarik perhatian peminat untuk membeli.
“Buat masa ini, saya masih terbabit dengan aktiviti promosi album berkenaan. Sebelum ini, ada juga peminat yang bertanya bagaimana cara mudah untuk memiliki album istimewa ini dan keliru sama ada kedua-dua produk ini dijual berasingan. Bagaimanapun, mereka masih boleh mendapatkannya menerusi laman web pada harga RM29.
“Setakat ini, peminat masih boleh terima konsep album ini yang dijual bersama novel. Namun, saya percaya ada segelintir peminat yang ambil masa untuk menerima konsep album sebegini.
“Pada saya, kehadiran album ini memberi tarikan tersendiri. Peminat bukan hanya membaca novel, mereka juga boleh mendengar lagu baru saya. Mengenai novel, ia mengetengahkan kisah cinta tiga segi antara tiga remaja iaitu jejaka bernama Luka bersama dua gadis, Rika dan Alia.
“Kata Tris sebelum ini, antara watak Rika dan Alia, ia mempunyai persamaan dengan perwatakan saya. Untuk ketahui jawapan sebenar, peminat perlu membaca novel ini dan saya fikir, peminat boleh teka yang mana satu watak saya,” katanya.
Perkembangan lain, Dayang menyatakan dia kini dalam perancangan membuat persediaan untuk persembahan solo sempena hari jadinya ke-28 yang akan disambut pada 20 Julai nanti. Menjadi kelaziman setiap tahun, Dayang sering mengadakan sambutan hari jadi pada setiap tahun bersama peminat. Jika sebelum ini, Dayang memilih Planet Hollywood, Kuala Lumpur sebagai lokasi ‘wajib’, kali ini dia mengambil lokasi baru di Hard Rock Cafe.
“Persembahan itu nanti dijangka berlangsung hampir dua jam bermula 11 malam dan saya akan menyanyikan 13 lagu tidak termasuk beberapa lagu medley. Saya juga berhasrat menyanyikan lagu penyanyi lain pada malam itu, ia menjadi kejutan buat peminat saya yang hadir.
“Saya merancang menjemput peminat saya dari luar Kuala Lumpur untuk berhibur bersama. Kali ini, mereka boleh datang pada hari berkenaan tanpa perlu membuat tempahan. Kehadiran peminat pada majlis sambutan hari jadi saya ini suatu bermakna dan saya mahu ia meninggalkan kenangan manis buat saya bersama peminat,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
kekdahnya kena baca smbl mendgr musickah? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|