View: 77058|Reply: 270
|
Pasal Minyak Pelincir @ Minyak Hitam Pilihan Korang
[Copy link]
|
|
sedikit info pasal minyak pelincir...
Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder
MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.
Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar.
Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.
Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air.
Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.
Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan.
Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.
Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Adalah lebih baik jika minyak hitam dikeluarkan sehingga titisan terakhir.
Anda juga disyorkan supaya mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan ke luar.
Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu.
Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.
Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.
Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam.
Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.
Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.
Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.
Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi, apabila sudah kotor, minyak itu perlu diganti baru dengan segera untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian enjin. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pakai toyota nyer fully synteticc. harga dlm rm148 beli kat kedai spare part jln ipohh... kawtim! |
|
|
|
|
|
|
|
syyyyyyyyy....aku pkai brand neh.....
|
|
|
|
|
|
|
|
7# t@t
ada masalah enjin kering ke bang |
|
|
|
|
|
|
|
9# t@t
model cenggitu sesuai tuk iklan minyak pelincir selain dari kete tuh |
|
|
|
|
|
|
|
kete tgh angkat engine la bang....;) |
|
|
|
|
|
|
|
...haku dah hagak dah korang....hehehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pelincir berbau harum
SYARIKAT milik Bumiputera, C-Weld Lubricant Sdn Bhd melancarkan produk pelincir terbaru ‘Caviaga Lubricant’ yang dihasilkan menggunakan teknologi Itali.
Produk tempatan itu bukan sahaja menepati piawaian kebanyakan pengeluar tempatan, tetapi turut ditawarkan dengan rumusan unik buah strawberi.
Pengerusinya, Datuk Ir Muhammad Bushro Moat Johor, berkata minyak pelincir itu mula memasuki pasaran sejak Februari lalu.
“Caviaga Lubricant adalah minyak berprestasi tinggi dan memenuhi permintaan pengguna kenderaan inginkan pelinciran yang menepati piawaian tinggi antarabangsa.
“Pelincir terbaru ini unik kerana berbau harum,” katanya.
Ia dilancarkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohammad. Hadir sama, Pengarah C-Weld Lubricant Sdn Bhd, Othman Md Taib.
Caviaga Lubricant turut mengeluarkan pelincir bagi enjin diesel, minyak transmisi, industri dan marin.
“Terdapat enam tangki penyimpanan dengan kapasiti simpanan sehingga 300 tan metrik bahan mentah dan mampu memenuhi permintaan pasaran.
“Selain itu, kilang pemprosesan di Shah Alam memiliki dua mesin pengadun yang mampu mengadun 10 hingga 20 tan metrik pada satu masa,” katanya.
Katanya, tiga mesin pengadun berkapasiti 20 tan metrik setiap satu akan dimuatkan pada masa hadapan.
Sementara itu, Mustapha berkata kerajaan mengalu-alukan syarikat tempatan mewujudkan rangkaian perniagaan berbentuk global.
“Kilang C-Weld Lubricant Sdn Bhd memiliki teknologi canggih yang mampu bersaing dengan pengeluar minyak pelincir lain.
“Selain bersaing, secara tidak langsung ia mampu menjana ekonomi negara serta memberi peluang pekerjaan terhadap rakyat tempatan,” katanya.
Rangkaian pelincir merangkumi mineral asas, semi-sintetik dan sintetik penuh Caviaga yang berharga sekitar RM170 bagi botol 4L dan terdapat lebih 90 pengedar di seluruh negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mycos79 at 18-8-2009 16:58
...t@t kalau pelincir tuh...haku ader standby...sedozen kat rumah.... |
|
|
|
|
|
|
|
haku guna minyak cap Honda i-VTEC tu jer.. tak silap haku, yg produce minyak nie Indenmitsu ker aper nama dier, kampeni jepun.. |
|
|
|
|
|
|
|
10# AnisSuraya
isk isk ko ni nis.. |
|
|
|
|
|
|
|
haku guna minyak cap Honda i-VTEC tu jer.. tak silap haku, yg produce minyak nie Indenmitsu ker aper nama dier, kampeni jepun..
Fast-N-Furious Post at 18-8-2009 17:15
bang tak mau cuba perisa strawberry ker??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|