View: 3170|Reply: 1
|
Hotel angkasa lepas dibuka pada 2012
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by adala at 4-11-2009 07:54
BARCELONA 3 Nov. - Sebuah syarikat yang merancang untuk membina hotel pertama di angkasa lepas menyatakan sasaran untuk menerima pelanggan pertamanya pada 2012 walaupun berdepan kritikan yang mempersoalkan pelaburan dan tempoh untuk projek berbilion-bilion dolaritu.
Arkitek di The Galactic Suite Space Resort yang beribu pejabat di Barcelona berkata, penginapan tiga malam di hotel itu akan memakan belanja 3 juta euro (RM15.2 juta), termasuk bayaran untuk kursus latihan selama lapan minggu di sebuah pulau tropika.
Ketika berada di hotel itu, pengunjung dapat melihat matahari terbit15 kali sehari dan mengelilingi dunia setiap 80 minit. Mereka perlu memakai pakaian khas velcro yang membolehkan mereka merangkak di bilik kediaman masing-masing seperti Spiderman.
Ketua Pegawai Eksekutif Galactic Suite, Xavier Claramunt yangjuga bekas jurutera aeroangkasa berkata, projek itu akan meletakkan syarikatnya sebagai peneraju industri yang baru bermula itu dengan potensi masa depan yang besar dan menjangkakan bahawa pelanconga nangkasa akan menjadi satu perkara biasa di masa depan.
"Adalah normal untuk memikirkan anak-anak anda dalam masa 15 tahunlalu lagi, menghabiskan masa hujung minggu di angkasa lepas," katanyakepada Reuters Television.
Industri pelancongan angkasa mula bercambah dengan pembinaan sedang dijalankan di Spaceport Amerika di New Mexico, kemudahan pertama seumpamanya untuk pelanggan komersial dan berbayar angkasa di dunia.
Firma pelancongan angkasa milik taikun Britain, Richard Bransoniaitu Virgin Atlantic akan menggunakan kemudahan itu untuk membawa penumpang ke ruang angkasa sub orbit pada harga AS$200,000 (RM684,760).- REUTERS
Doc kacak kita tu xnak merengek kt krjn ke suruh guna wang rakyat utk taja dia p menginap kt hotel ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
la kalu dok kacak tu nak? dia bayor sendrila.... bkn sengkek pun.... masyuk tuh!! pakar bedah lg.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|