Aku sukakan perempuan
kerana dalam keredupan matanya ada kelembutan
selembut semilir pagi yang ceria
kerana di wajahnya ada cahaya
seindah purnama tergantung di puncak malam
menerangi hati yang sepi
kerinduan
rindu.........
Aku sukakan perempuan
kerana di dalam rahimnya bisa melahirkan jiwa
jiwa yang bisa menghilangkan seribu gundah
kerana di jiwanya ada kasih-sayang
sesuci bayi yang putih bersih
menghidupkan hati ini
kecintaan
asmaradana....
Aku sukakan perempuan
kerana di dalam dirinya ada tulang rusukku
yang hilang dan patah
lalu dirawat dan dijaganya
hingga sembuh
dan aku bisa berjalan megah
sebagai
lelaki yang sempurna
untuk dirinya....
Aku sukakan perempuan
kerana dalam keredupan matanya ada kelembutan
selembut semilir pagi yang ceria
kerana di wajahnya ada cahaya
seindah purnama tergantung di puncak malam
menerangi hati yan ...
Hang Post at 23-11-2009 09:05