CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107798|Reply: 494

Update:Pian Cecupak syok sendiri @Harian Metro pg15

  [Copy link]
Post time 6-12-2009 08:14 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mea at 12-10-2011 07:02

Oleh NIEZAM ABDULLAH
Foto AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN





Kata-kata yang keluar daripada mulut Pian Cecupak hanya satu. Dia rindukan wajah asal selepas menyesali tindakannya beberapa kali melakukan 搖bah-suai?wajah. Kononnya nak dapat wajah mirip penyanyi Dafi. Lepas tu ada hati pula nak tampil macam hero hindustan, Rajesh Khana.

Sayangnya selepas beberapa tahun menghabiskan wang ringgit bagi mengubah wajahnya itu yang kononnya lebih menarik, hari ini dia rasa menyesal.

Malah kata Pian, dia mendapat kesedaran untuk membetulkan wajahnya agar kembali kepada asal selepas ditegur oleh anak sulungnya daripada dua beradik iaitu Nuraina,13.

揂nak saya cakap, dia malu kalau orang tahu dia anak Pian Cecupak gara-gara wajah saya yang macam ini,?kata Pian memulakan cerita.

Selain teguran itu, anaknya turut berkata dia sudah memberikan apa yang Pian mahukan selama ini iaitu pencapaian terbaik di dalam pelajaran. Dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu, anaknya mendapat keputusan 4A di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Atas kejayaan yang dibuktikan, Nuraina mahukan sesuatu iaitu ingin melihat wajah asal ayahnya itu. Dalam masa yang sama jelas Pian, faktor usia dan selepas menanam hasrat untuk mengerjakan umrah, maka hatinya sudah berubah dan menyesali apa yang pernah dilakukan sebelum ini.

Dek kerana perkara itu, Pian telah melakukan pembedahan secara berperingkat bagi membuang cecair kolagen di wajahnya selain merasakan dirinya telah melakukan dosa.

Apa sudah jadi? Tiba-tiba nak buat pembedahan membuang kolagen di muka?

Saya ada hajat nak pergi umrah. Insya-Allah kalau ada rezeki pada tahun hadapan. Suatu hari tu saya ada jumpa ustaz dan dia kata buanglah mana yang boleh. Jadi saya ambil keputusan nak buat suntikan buang semula kolagen yang ada.

Setakat ini dah buat atau belum?

Dah. Saya dah buat suntikan beberapa kali secara berperingkat. Setakat ini tak ada masalah sebab selama ini saya hanya masukkan cecair kolagen sahaja untuk membentuk wajah yang saya mahukan.

Apabila buang kolagen tu, muka jadi macam mana?

Mungkin akan jadi wajah Pian Cecupak yang asal dulu? Yang pasti bahagian pipi saya akan nampak cengkung. Tak la tembam macam sekarang. Ni pun dah susut sikit dah.

Sakitkah berbanding proses awal memasukkan kolagen dulu?

Sakit memang sakit. Sakit dia sampai ke tulang hidung. Air mata berjurai-jurai macam air hujan. Tapi saya dah nekad nak wajah kembali ke asal, saya buat juga. Saya tak kisahlah walaupun kosnya lebih tinggi berbanding kali pertama saya 搖bah suai?muka saya dulu.

Selain sebab nak pergi umrah, apa yang membuatkan Pian rasa kesal?

Saya ada anak dua orang. Yang sulung tu umur 13 tahun dan yang kedua 11 tahun. Dua-dua perempuan. Suatu hari tu anak sulung saya Nuraina datang kepada saya. Dia kata; 揂bah... apa yang abah nak semua Aina dah bagi. Sekarang Aina nak abah bagi pula untuk Aina.?Dia kata dia tak nak bila dia belajar nanti, orang ejek dia kerana ayah dia macam ni. Dalam UPSR sebelum ni dia dapat 4A. Dia belajar di sekolah Cina. Kita pun tahu, orang Cina mana kenal saya. Jadi dia tak kisah. Lepas ni dia nak belajar di sekolah sukan atau nak masuk universiti yang ramai pelajar Melayu, tentu dia malu. Saya faham perasaan dia. Sebab tu saya nak buang apa yang ada dalam muka saya ni.

Kenapa baru fikir hari ni?

Nak muka macam Dafi lah, hidung macam hero hindustanlah tapi tak menjadi juga!   

Dulu hati asyik nak seronok. Tapi bila dah masuk umur 40 tahun barulah saya rasa menyesal. Tiba-tiba saya rasa, kita ni akan masuk ke alam tua. Nanti di hari tua tak ada anak-anak nak jaga, lagi susah. Saya tak nak bila dah tua saya mati di rumah kebajikan. Saya dah berpisah dengan isteri sejak 10 tahun lalu. Kerana sayangkan anak, saya ikut kehendak mereka. Lagipun ini semua benda baik.

Apa pengajaran yang Pian dapat selepas menyesali perbuatan ni?

Saya terfikir juga kecantikan ni tak ke mana pun. Lama-lama akan hilang terutama bila kita tua. Sebab tu tiba-tiba rasa nak buang balik benda yang dimasukkan ke dalam muka ni. Saya sedar, selama ni saya berdosa kerana mengubah ciptaan Tuhan.

Pian tahu tak selama ni orang kata Pian nak jadi pondan sebab buat muka macam ni?

Saya tahu macam-macam orang kata tapi saya tak kisah. Paling tidak saya ada juga dua orang anak. Dalam hidup saya nak bahagiakan anak. Apa orang nak kata, lantaklah asalkan saya masih hormat dekat orang. Cuma saya minta jangan pandang hina lelaki lembut ya. Lelaki yang keras tu, tak semestinya dia keras.

Apa yang saya tahu pernah ada ustaz yang nasihatkan Pian. Betul?

Ya... ada ustaz penah tegur saya kenapa ubah bentuk muka ni? Tapi masa tu kita ni jahil. Saya marah balik ustaz tu. Saya kata; 揈ngkau dunia engkau, aku dunia aku.?Tapi hari ini saya pula yang cari ustaz nak minta nasihat.

Tak teringin nak kahwin? Bina hidup baru!

Memang teringin selepas 10 tahun jadi duda ni. Tapi ada ke perempuan yang nak lelaki lembut macam saya?

Apa nasihat Pian kepada mereka yang nak 搖bah suai?muka dia orang?

Tepuk dada tanya selera. Rasanya kalau muka tu dah elok, cantik, tak payah nak ubah-ubah lagi. Bukan apa, kalau kita pergi mana pun orang akan cakap, muka orang ni dah cucuk. Orang tahu itu bukan wajah yang asli. Bersyukurlah dengan wajah asal kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2009 08:15 AM | Show all posts
bagusla nak berubah...jgn hangat2 taik hayam sajok....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 08:16 AM | Show all posts
Bagus la tu dah sedar...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 08:20 AM | Show all posts
menyesal pulokkkkkkkkk ....... jadi pelik pulokk muka Pian
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 08:28 AM | Show all posts
alhamdulillah....bagus ler dah ada kesedaran..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 08:30 AM | Show all posts
baguslah nak berubah, kurang2 timbul rasa keinsafan pada diri apa yg dia buat selama ni salah.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2009 08:33 AM | Show all posts
baguslah nak berubah, kurang2 timbul rasa keinsafan pada diri apa yg dia buat selama ni salah.....
Makcik_WOK Post at 6-12-2009 00:30


Makcik_WOK nie bukan dah meninggal ker?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 08:34 AM | Show all posts
rasanya muka dia yg asal lagi elok dari yg da diubah2 tu
tu pun dia tak sedar2 lagi
sebbaik da sedar diri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2009 08:47 AM | Show all posts
bagusla dh sedar diri... sib baik nk dgr ckp anak.. klau x smpai bila pon tak sdr agaknye..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 09:23 AM | Show all posts
sedar sudah manusia ini
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 09:32 AM | Show all posts
sedih aku dgr kata2 anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 09:35 AM | Show all posts
Alhamdulillah,.!~
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 09:44 AM | Show all posts
dia ni lelaki lembut ker?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 09:45 AM | Show all posts
Alhamdulillah....

Sekurang2nya ada anak2 yang jadik faktor dia berubah & bagi harapan & sokongan.
Suara dalam diri yang kuat utk berubah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 09:48 AM | Show all posts
Alhamdulillah..cari ustaz tu balek n minta maaf.....sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 09:48 AM | Show all posts
berubahlah. jgn suka mengubah kejadian Allah. Ubah sifat dari buruk ke baik tak pe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2009 09:51 AM | Show all posts
nk muka mcm rajesh khanna, ala2 mentuk buah khanna pun jauh sekali..

berubah muka nampak muda bagai tp umur tetap bertambah juga....
bersyukurlah dgn apa yg diberi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 09:54 AM | Show all posts
elokla dah sedar...dah lelaki nak cantik camne lagikk..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 09:56 AM | Show all posts
alhamdulillah dah sedar diri.........................
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 09:57 AM | Show all posts
Alhamdulillah.rahmat dan hidayah Allah tak putus2 kepada hambany2 yg mahu mengikut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.306191 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list