|
Benarkah usia mempengaruhi hasrat cinta seseorang?
INTIM dalam urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.
Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.
Usia 30-an
Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya. Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini. Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.
* Tentukan batas waktu
Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu. Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam. Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.
* Fleksibel
Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya. Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.
Usia 40-an
Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.
* Perbaiki keterampilan bercinta
Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung. Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.
* Elak bercinta selepas cerai
Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.
Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:
Adakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?
Atau adakah semua wanita materialistik?
Adakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?
Adakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?
Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.
* Hati-hati dengan buah hati
Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik. Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul. - NOOR HASLIZA NUSI
NWJ_ Sejak isu MP nak kawin ada plak artikel ni. Namun tidak dinafikan ramai juga yang terlibat. Baca untuk panduan hidup tidak salah kan! |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta yang hadir dilewat usia.. Apa rasanya?
Cinta adalah nikmat yang paling berhaRGA dalam kehidupan manusia kerana cinta memberikan erti kehidupan yang lebih bermakna. Kerana cinta juga manusia meneruskan kehidupan dengan lperasaan bahagia.
Cinta hadir tanpa mengenal batas usia...Samada tua atau muda perasaan itu datang tanpa diundang...
Bagaimana pula sekiranya cinta itu hadir dilewat usia...apakah pandangan anda? Adakah sama dengan cinta orang2 muda...
Siapa yang pernah mengalaminya tu sila la jawab...Nak juga tau mcamana rasanya... |
|
|
|
|
|
|
|
apakah yg engkau cr
xkan ketemuan dihatiku
apakah yg engkau inginkan
xdpt lg ku penuhi
begitulah aku fahamilah aku
mungkin aku xbisa memilih diri mu seumur hiduppkuuuu
....huhu maybe sbb tu yg cinta hadir dlewat usia...da mcm jd cinta tpaksa la plak |
|
|
|
|
|
|
|
cinta si tua...mmg tulus..dia akan sayang u sangat2....
ia bukan cinta...cinta penuh berahi dan asmara
ia bererti KASIH...hadir dengan tanggungjawab...cuma yang terhalang adalah limitasi masa dan pergaulan....kesana kemari u akan diperhatikan....ade mata melirik......
my abang cukup bangga brings me out....dia kata ade org tgk yang ngan abang...u cantik i'm proud....
dan bila mengasihinya i rasa cukup bahagia....i paham situasi u becoz i pu berada ditempat u jika u mengalamminya..... |
|
|
|
|
|
|
|
ermmm.....mesti lagi best.....mesti ada sketsa menangis...
cuba bayangkan....walau diujung usia skalipun....masih ada yang sudi memberikan cinta sayang utk dinikmati......bahagia mengundang datang.....biarpun hanya seketika.....alangkah beruntungnya dia memiliki cinta diujung usia dari seseorang tus tiada.....cinta diujung usia adalah satu anugerah Tuhan yang perlu disyukuri..... |
|
|
|
|
|
|
|
lewat usia tu berape?
lewat 20-an ke?
30-an ke?
40-an ke? |
|
|
|
|
|
|
|
cinta si tua...mmg tulus..dia akan sayang u sangat2....
ia bukan cinta...cinta penuh berahi dan asmara
ia bererti KASIH...hadir dengan tanggungjawab...cuma yang terhalang adalah limitasi masa da ...
nazadiyah Post at 5-10-2009 19:32
setuju sangat.... cinta yang hadir dengan kasih.. dengan tanggungjawab.. |
|
|
|
|
|
|
|
6# imsonaif
itu semua masih awal....
mesti lewat selewat 50 thn ke atas kut??? |
|
|
|
|
|
|
|
TRID LEMAUUU |
|
|
|
|
|
|
|
bughok org tue becinte ni....
apa yg akak penah nengok..
kdg2 gedik lg dpd org muda.. |
|
|
|
|
|
|
|
chup..chup...off topic jap....
mamat kat atas tu mamat 300 ke?....kalau ye..anya tak kisah dia lewat usia pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
related to topic......nape abang not bukak thread cinta pukul 3.52 pagi....... |
|
|
|
|
|
|
|
chup..chup...off topic jap....
mamat kat atas tu mamat 300 ke?....kalau ye..anya tak kisah dia lewat usia pun....
anya8797 Post at 19-12-2009 03:55 AM
tak elok kahwin lambat2 ....
You productive age left only for few years ....
by the age of 40, if U r pregnent ...your baby are at higher risk to get congenital abnormality ...
unless married just for the sake of love ... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn bercinta dgn suami / bini org ... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn bercinta dgn suami / bini org ...
manusia biasa Post at 19-12-2009 07:40
M engikut hukum syarak, Bini orang tak leh , suami orang boleh !
maksud aku; bercinta dan berkawin...tapi ikut syarak jugak lah . |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|