CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6022|Reply: 17

Mia Khaidina - Andainya Ku Kembali

[Copy link]
Post time 14-1-2010 07:37 PM | Show all posts |Read mode


Geng Kicap review at gengkicap.blogspot.com

Aku tak leh nak paste review dia.. heheh.. dia block... tapi aku menggigil dan mengeletar membaca reviewnya. ayat yang digunakan menusuk ke jantung aku..

Maklumlah... aku pun berada dalam kategori watak utama dalam novel itewww...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2010 08:05 PM | Show all posts
best kee...mmg tgah cari novel yg lates...hurmm..tngok cam menarik....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 09:12 PM | Show all posts
cita pasal apa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 10:27 PM | Show all posts
aku nak cari la..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 11:28 PM | Show all posts
1# naniza

Kalo x leh paste, citer la ckit2 pasai sinopsis yg ko bace tuh...xde la tergantung opening thread ni...adeh..baru semangat nak cari novel baru...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 10:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by kenaripagi at 15-1-2010 10:43
http://www.bukuprima.com.my/imgCvr/andaikembali.jpg

Geng Kicap review at gengkicap.blogspot.com

Aku tak leh nak paste review dia.. heheh.. dia block... tapi aku menggigil dan mengeletar memba ...
naniza Post at 14-1-2010 19:37


Ini Kenari pastekan review Geng Kicap...kredit to Geng Kicap:pompom:

TAJUK BUKU : ANDAINYA KUKEMBALI
PENULIS : MIA KHAIDINA
PENERBIT : BUKU PRIMA SDN BHD
HARGA : RM17.90
CETAKAN PERTAMA : 2009
GENRE : DRAMA
BINTANG : 5


---------------------------------------------------
“Tanya pada diri sendiri, apa yang kau mahu. Dan apabila kau temui jawapannya, itulah yang kau perjuangkan. Jangan lakukan perkara yang membahagiakan orang lain tetapi membuat diri sendiri sengsara. Pengorbanan harus bertempat.”

Apa Kata Saya:

Sukarkah kalau bergelar perempuan yang sudah terlebih usia tapi masih memegang status anak dara?. Stigma masyarakat seringkali menidakkan hak golongan ini dan paling utama bukankah ini sebahagian dari qada’ dan qadar yang mungkin sudah tertulis buat empunya diri. Bukan dipinta begini namun siapalah kita untuk menolak takdir yang sudah tersurat di loh mahfuz. Adakala bila tekanan datang dari tiap dimensi hidup tanpa sedikit pun memberi ruang dan ikhsan pada empunya diri, tidak boleh tidak kebarangkalian tuan empunya diri ini silap percaturan di dalam membuat keputusan adalah tinggi. Inilah kisah, inilah fenomena kehidupan yang diangkat didalam naskhah terbaru penulis muda yang saya kagumi bakatnya.

Andainya Kukembali (AKK) mengangkat tema perjuangan. Perjuangan seorang wanita; Azlin Kamarulzaman yang pernah kalah di medan cinta setelah 8 tahun menyemai kasih membaja sayang. Dia bangkit mencari dan mahu memilih kehidupan baru yang terbaik buatnya. Kekalahan dahulu membuat dirinya makin kuat, semangat jiwanya makin kental didalam mengharungi cabaran. Namun jiwa yang kental, semangat yang kuat tewas juga dengan tekanan sekeliling. Harapan mak ayah tegakah dihancurkan?. Tegakah dia membelakangkan semua demi kepentingan dirinya semata-mata?.Inilah dilema yang dibentangkan penulis didalam naratif terbaru beliau ini. Naratif ini sesungguhnya sarat dengan kritikan sosial nan sinis iramanya terhadap masyarakat tatkala mendepangi situasi begini. Kenapa harus mendesak?, kenapa perlu melempar kata-kata sinis?, kenapa perlu gurauan kasar yang mengaibkan?. Kenapa perlu menekan? Memaksa secara halus? Tidakkah golongan sebegini punya hak untuk menentukan masa depannya sendiri?. Terlalu banyak teladan dan renungan buat semua yang dititipkan penulis untuk sama-sama kita hayati dan fikir-fikirkan.

Membuat keputusan tentang masa depan, tentang pasangan hidup sudah termeterai garis panduannya didalam islam. Sebagai hamba kita mampu merancang, pelaksana hanya yang maha Esa. Allah menguji dengan pelbagai cara. Kita dipertemukan dengan orang yang salah sebelum bertemu jodoh yang sudah ditetapkan sejak azali. Ibu bapa janganlah memaksa dan mendesak. Masyarakat pula janganlah sinis dan serong pada golongan seperti Azlin. Siapa yang mahu berkeadaan begini. Takdir dan hidayah bukan ditangan manusia, tapi Dia. Inilah saya kira rangkaian mesej-mesej tersirat dan tersurat yang ditinggalkan penulis untuk teladan pembaca.

Persembahan plot AKK bergerak pantas namun cukup kemas digarap. Kronologinya cantik digarap, flashbacknya sangat memikat dipenakan. Dari satu peristiwa ke peristiwa yang lain naratif dijalinkan dengan cukup baik, tiada lompang yang ditinggalkan yang mampu menggugat mood pembacaan. Kekemasan suntingan naskhah ini cemerlang ditangani editor juga penulis membuatkan persembahan kisah berjalan dengan cukup lancar dan teratur ritmanya biarpun berubah latar peristiwa dan masa. Lenggok bahasa penulis cukup santai, bersahaja, adakalanya cukup selamba tetapi gaya yang dipilih sangat menarik sekali . Tiada suntikan elemen yang melankolik juga bahasa bunga-bunga yang adakala melelahkan mata telinga namun naskhah ini tetap berupaya memukau dengan kekuatan isi dan perjalanan kisahnya yang cukup mengesankan. London dan Malaysia adalah latar utama yang menjadi medan cerita AKK, latar sisipan yang membawa pembaca ke daerah bergolak di Pakistan bagaikan cukup hidup sekali. Ternyata penulis bijak mengaplikasikan pengalamannya di bidang kewartawanan bagi memberikan satu gambaran sinematografi yang sangat hidup biar cuma dilayar kertas yang kaku.

Watak dan perwatakan adalah kunci kehebatan sesebuah naratif. Jatuh bangun sebuah cerita banyak bergantung kepada keberkesanan mereka menerajui cerita. Azlin Kamarulzaman, wanita 30 tahun, lulusan Leeds, United Kingdom. Sederhana cantik tapi punyai personaliti yang menarik, bijak dan ceria. Watak Azlin adalah tunjang utama naskhah ini. Azlin yang tegas, Azlin yang sabar, Azlin yang penyayang, Azlin yang yakin memilih agama dari hidup disamping dia yang tercintai tanpa berteraskan agama yang satu. Azlin lambang wanita moden dan berpelajaran. Biar hidup di benua yang punya perspektif yang negatif tentang islam namun dia masih teguh mempertahankan status diri sebagai gadis muslim. Saya sukakan semangat dan jiwa wanita Azlin. Saya sanjungi kasih sayangnya pada keluarga hingga tega membelakangkan bahagia untuk diri sendiri. Watak Azlin cukup cemerlang dipotretkan penulis. Perjuangannya memperolehi bahagia yang akhir muncul jua begitu menyentuh nurani. Marc Darcy @ Umar, peguam lulusan Leeds, kekasih Azlin selama 8 tahun di London, prejudis pada islam, keliru antara agama dan budaya lalu menjatuhkan hukuman islam tu menakutkan cemerlang dipenakan penulis. Wataknya yang penuh keliru, was-was berjaya dilayarkan dengan baik oleh penulis. Begitu juga kala dia sudah menjadi Umar, keteguhan iman diri dan kesungguhannya menebus kesilapan pada sang ratna hati yang jauh di seberang benua dilukiskan dengan indah sekali. Bak kata Umar “Allah pernah mengurniakan aku Azlin yang sempurna dahulu, tapi aku membuangnya jauh, justeru jika aku perlu kembali ketika keadaan kau sudah begini, aku sangat redha.”Amri, antagonis yang cemerlang ditangan penulis. Disebalik wajah yang sempurna, kerjaya yang mantap, tutur kata dan tingkah yang tertib siapa menduga dia rupanya jembalang tanah berwajah manusia. Sesak nafas kala mengingatkan watak yang satu ini. Jujurnya saya tidak puas hati penulis “melepaskan” dia begitu sahaja dipenghujung cerita. Hilang begitu sahaja. Perbuatan yang setara syaitan itu patut dibalas setimpal juga. Rasanya jika penulis ada perancangan mahu menyambung kisah ini pada bahagian kedua nanti saya pasti antara yang terawal akan membelinya. Pastikan Amri terhukum dengan pembalasan paling setimpal. Sakit sungguh hati saya dengan perbuatan “jantan keparat” ini. Asiah, Anita, Ahmad Syukri, Hanafi, Asma adalah rangkaian si watak pembantu yang membantu melengkapkan citra hebat ini.

AKK menjejaki seorang Azlin Kamarulzaman, PR di Royal London Hospital. gadis manis yang menghabiskan 8 tahun usianya berkelana di tanah Ratu. Saat kekasih hati; Marc Darcy masih enggan memberi kata putus tentang hala tuju hubungan mereka kerana berbeza pegangan agama, Azlin nekad berhenti kerja dan pulang ke Malaysia. Kecewa dengan sikap tidak bersungguh Marc tentang hubungan mereka, Azlin melangkah keluar dari hubungan yang sudah 8 tahun terjalin itu. Marc yang nanar cuba mencari diri dan kebenaran dari lewat kata-kata Azlin dahulu. Di Malaysia Azlin bertukar angin memilih menjadi wartawan di syarikat Surat Khabar. Sikap yang ceria, pintar beserta pengalaman luar di bidang perhubungan awam tidak menyukarkan Azlin menyesuaikan diri dengan suasana baru. Perkenalan dengan Amri yang berlangsung secara tidak sengaja ketika bertugas membenihkan rasa cinta Amri tapi tidak Azlin. Amri bersungguh mahu memiliki Azlin. Azlin yang masih dibayangi cinta pertama sukar melupakan Marc. Marc terlalu istimewa buatnya. Kian hari, Amri kian melemaskan. Azlin cuba rasional, cuba memberi ruang pada diri mahu masa untuk lebih mengenali Amri namun desakan mak dan tekanan dari ayah membuatkan Azlin dalam dilema. Dorongan Anita dan Asiah membuat Azlin mahu membuka hatinya pada Amri. Di saat hampir diijab kabul, Azlin pilu bila dimaklumkan Marc sudah bertukar menjadi Umar. Umar mahukan Azlin, dihati Azlin juga begitu namun demi mak dan ayah dia berkorban… meneruskan perkahwinan dengan harapan yang tinggi, sayang sekali suami pilihan mak dan ayah rupanya bukan manusia, tapi syaitan!

Buat Mia Khaidina, Andai Kukembali anda ini cukup hebat, bagus sekali..tahniah diatas kecemerlangan anda melayarkannya dengan cukup berkesan...semoga akan terus berjaya berkarya di masa hadapan.

Posted by kucc_aprilsnow at 3:36 PM 0 kicap bersuara
Labels: Buku Prima, Januari 2009, Mia Khaidina, review
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2010 11:12 AM | Show all posts
Kaver lawanya. nak cari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2010 03:49 PM | Show all posts
Ha, maaflah masa baca gengkicap punya review belum baca lagi novel ini. lepas baca review baru pergi cari... heheheh

tapi Kenaripagi dah paste review tu kira ok ler.. aku sambung sikit apa yg aku baca lak

Aku suka Marc Darcy dia tu jenis mahu tapi takut.. hahahahah! hai.. romantis gitu
tapi betullah cinta itu tak kenal org.. dah jadi OKU ke.. dah jadi janda ke... setiap orang ada hak nak bercinta... hehehhe

eh, aku lak yang terlebih jiwang! Selamat membaca kengkawan

lepas ni aku nak cari novel Jaja & Din yang dihebohkan best juga itewwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2010 06:03 PM | Show all posts
nnt mek nak cari lah novel ni
nmpk mcm best jah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 03:24 PM | Show all posts
nak kena pergi cari buku ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 02:36 PM | Show all posts
bolehlah cari kat jualan buku prima di KARNIVAL KARANGKARAF ni... kan ada jualan karnival di karangkraf dari 29 januari sampai 1 februari ni...tentu ada sale beb!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 08:40 AM | Show all posts
Dah beli novel ni...baru bace sampai page 7 best so far...frm page 1 dah suspen... jap lagi nak sambung sblom pegi keje....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 08:09 PM | Show all posts
Review gengkicap 5, mksdnya mmg best la tu..
inang pn kdg2 beli novel tgk review kwn2 kt sini dulu,
tak pn g gengkicap blogspot..
nmpaknya kena cari jg la novel Andainya Ku Kembali..
Mia Khaidina, tak penah pulak inang jmpa novel penulis ni,
penulis baru ya..

Jaja & Din smpai ari ni belum dpt lg,
dh 3 ke 4 kali ke popular...sold out, stok baru
tak smpai2...frust btl
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 08:48 PM | Show all posts
13# InangPutri

inaNG, nape xorder jaja & din online jer...hassle free, kite dh order awal taun aritu...dh khatam bace 3x....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 01:32 PM | Show all posts
13# InangPutri  

inaNG, nape xorder jaja & din online jer...hassle free, kite dh order awal taun aritu...dh khatam bace 3x....
acikia Post at 10-2-2010 20:48


best ke cite dia??berape bintang??kalu best, nak beli gak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 10:45 PM | Show all posts
dah habis bace citer ni...best..garapan yang kemas, dan jalan cerita yg matang.....xklise cam novel2 lain...byk info pasal dunia kewartawanan, kedoktoran and law...gud job to Mia...
Suke watak Azlin (tegas, matang, tabah), Marc Darcy..dan spporting actors cam Amri, Asiah, Anita syukri...I bg 4.5 untuk citer ni...:pompom:
So pd pembaca yg nak kelainan dalam citer..ader cinta, dakwah dan persahabatan cubalah Andainya ku Kembali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2010 03:16 PM | Show all posts
14# acikia

btl jg kn..ish sbb inang ni tak penah beli online maka tak terfikir pulak nak order secara online..
thanx atas cdgn tu..
skg ni tgh baca andainya kukembali..mmg berbaloi beli,nk komen lebih
tak boleh lagi, nanti la baca bg abis dulu..skg ni dh sampai part Tan Sri gatal tu
dan Amri si peguam nak saman tempat Azlin bekerja Surat Khabar kerana
berita artis buat pembedahan sedut lemak..
btl la citer ni mmg sinis menyindir sesetengah pihak..
setakat ni Inang suka part yg Datin Paduka Zarina minta maaf kpd Azlin
dan tarik balik samannya kerana kes anti poligami..
ntah mengapa gambaran watak datin paduka tu mengingatkan Inang ttg
seorang ahli politik di tanah air..apatah lg dalam tu ada isu serbuan
kt disko, yg dia marah kenapa org agama p ganggu privasi org kt kelab mlm..
emmm...mcm penah dengar jea kes tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 09:39 AM | Show all posts
wah xsbr nak beli novel nih
aritu dah tertarik dgn sinopsis dah cover nye ...
skrg ni xleh beli novel gitu saje
kena byk research ape pendapat org
kalo x, terkena yg xbest
nyesal nak beli!~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.316346 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list