View: 8372|Reply: 21
|
Kisah seram di MSN, Bukit Jalil
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 29-1-2010 09:58
Gangguan asrama MSN Oleh Aziman Rosdi
[email protected]
2010/01/29
KUALA LUMPUR: Dirasuk, diusik ketika tidur dan komputer dihidupkan sendiri pada tengah malam antara‘gangguan’ dialami kira-kira 400 atlit dan jurulatih yang menginap di asrama Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini.
Lebih membimbangkan apabila hampir 20 atlit yang menginap di asrama itu pernah mengalami histeria sejak dua bulan lalu.
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata, gangguan itu berlaku sejak kompleks itu dibuka pada 1996, tetapi tidak sekerap dalam tempoh dua bulan ini.
“Ia bukan hanya mengganggu atlit, tapi juga jurulatih sehingga ada yang diserang histeria dan meracau pada waktu malam.
‘Makhluk’ itu jarang menjelmakan diri ketika mengacau penghuni asrama sedang tidur, cuma ada beberapa kali kelibatnya dilihat atlit dan pegawai di sini.
“Atlit yang menginap di bangunan Casa 1 paling teruk diganggu.
Lebih membimbangkan apabila hampir 20 atlit yang menginap di asrama itu pernah mengalami histeria sejak dua bulan lalu.
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata, gangguan itu berlaku sejak kompleks itu dibuka pada 1996, tetapi tidak sekerap dalam tempoh dua bulan ini.
“Ia bukan hanya mengganggu atlit, tapi juga jurulatih sehingga ada yang diserang histeria dan meracau pada waktu malam.
‘Makhluk’ itu jarang menjelmakan diri ketika mengacau penghuni asrama sedang tidur, cuma ada beberapa kali kelibatnya dilihat atlit dan pegawai di sini.
“Atlit yang menginap di bangunan Casa 1 paling teruk diganggu.
Bukan hanya di asrama, malah pejabat MSN turut menjadi mangsa.
Dalam satu kes, seorang jurulatih yang sedang tidur terkejut apabila kakinya diusik secara tiba-tiba, manakala komputer di pejabat tingkat lima dihidupkan sendiri pada waktu malam.
“Kejadian seperti ini sudah lama tidak berlaku.
Kali terakhir apabila kompleks ini mula beroperasi 14 tahun lalu, namun selepas kami ‘memagar’ kawasan ini, insiden itu tidak berlaku lagi sehinggalah ia menyerang kembali, baru-baru ini,” katanya yang dihubungi semalam.
Bimbang gangguan itu terus berlarutan, pengurusan MSN mengambil keputusan melakukan upacara ‘memagar’ kompleks itu yang dilakukan tiga malam berturut-turut sejak Sabtu lalu.
“Kami ‘memagar’ kawasan ini pada malam Sabtu, Ahad dan Isnin lalu yang dikendalikan Unit Hal-Ehwal Agama MSN.
Kami turut meminta khidmat Darul Syifa pada malam Sabtu lalu.
Pada dua malam berikutnya upacara itu dilakukan kakitangan MSN.
Kami berharap selepas ini tiada lagi kejadian yang menakutkan atlit dan petugas di sini,” katanya.
Perkara itu turut disahkan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong yang menjelaskan pihaknya sudah mengambil langkah berjaga-jaga bagi sentiasa memastikan keselamatan dan keselesaan atlit dan pegawai.
“Tindakan ‘memagar’ kawasan MSN hujung minggu lalu adalah ikhtiar untuk mengawal masalah ini.
Saya harap selepas ini tiada lagi gangguan dan masalah ini selesai dengan segera,” katanya.
Sementara itu, seorang atlit boling padang wanita negara yang mendakwa ‘diganggu’ pada malam Ahad lalu berkata, ketika berehat di biliknya ditingkat 4 Casa 3, ada ‘benda’ meresap tubuhnya menyebabkan dia tiba-tiba melekat di dinding dalam keadaan tidak sedarkan diri sambil menjerit-jerit sekuat hati.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Era berkata, sebelum kejadian dia berehat di biliknya selepas pulang berlatih di Klang, kira-kira jam 7.40 malam.
“Setengah jam selepas itu Ustaz Hasnol (Mohd Hasnol Abu Bakar) datang bersama beberapa orang ke bilik saya.
Kebetulan hari itu keluarga saya juga ada.
“Saya meminta keluarga menemani saya kerana sejak awal lagi sudah berasa kurang selesa kerana pihak MSN mahu ‘memagar’ kawasan ini padamalam itu.
“Selepas memagar bilik saya, mereka membuka bilik lain.
Selepas itu, saya dapat rasakan ada sesuatu ‘memasuki’ tubuh menyebabkan saya terus tidak sedarkan diri.
Tubuh saya terus melekat di dinding sambil menjerit-jerit.
Saya dalam keadaan tidak sedarkan diri selama 20 minit sehinggalah dipulihkan dengan bantuan Ustaz Hasnol.
“Sebaik sedar, ibu pula dirasuk sebelum dipulihkan Ustaz Hasnol dengan bantuan beberapa kakitangan Darul Syifa.
Saya tak nampak ‘makhluk’ itu, tapi ibu beritahu ia menjelma sebagai perempuan tua berambut panjang dan mempunyai taring,” kata Era.
Era, 23, dari Sepang berkata, kejadian itu pertama kali dialaminya di MSN.
Selepas kejadian itu, katanya, dia tidak berani berada di biliknya pada waktu Maghrib sebaliknya menumpang di bilik rakan. |
|
|
|
|
|
|
|
kejap lagi mod tolong u ols
di ban. |
|
|
|
|
|
|
|
macammn leh terlepas plak selepas kene pagar....kuat gak antoo ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bas dah sewa belum? |
|
|
|
|
|
|
|
pagar ? makesure menda tu keluar dulu .. baru leh pagar .. hhehehe . entah2 . dgn menda2 tu pun terpagar dalam kawasan MSN .. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah di antara atlit2 tersebut yg bermain papan ouija?? |
|
|
|
|
|
|
|
selalu yang terpagar tu sbb tak dihalau sebalum dipagar..
atau ada org ditumpang dek jin ni dan masuk ke kawasan yg telah dipagar...
anyway, aku rasa tu petanda yg org di kawasan tu kena lebihkan amalan ukhrawi tu... |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe
dulu dulu dok hostel selalu gak main papan spirit spirit tuhh |
|
|
|
|
|
|
|
macammn leh terlepas plak selepas kene pagar....kuat gak antoo ni..
acikia Post at 29-1-2010 10:04
pagar dah terkoyak le tuh ... hehe .. kena kasik repair |
|
|
|
|
|
|
|
lama2 pagar tu mmg boleh bocor klu org kt dlm tu tk 'beramal'..
skit2 lama2 jd bukit.... dr thn 1996.. lma dh tu... huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tul tu My_V...pagar tu bukannya leh tahan selama2nya....tambaha2 plak kalau "aktiviti" kurang sihat berlaku kat dalam tu....
Apakah "aktivitui Kurang Sihat " tu???Rsnya masing2 leh paham kan./.. |
|
|
|
|
|
|
|
paper metro ari ni kata, org dalam asrama tu sendiri yg panggil makhluk2 halus itu.
entah ler... |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhaiiiiiiiii,.!~
tmpt mcm tu pn ader bende tu ekk
aku wase mungkin tapak tmpt tu kot |
|
|
|
|
|
|
|
paper metro ari ni kata, org dalam asrama tu sendiri yg panggil makhluk2 halus itu.
entah ler...
otai_g Post at 30-1-2010 10:59 PM
Errrrrrrrrrr....depa nak wat eksperimen ke ape tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
15# medangmru
bkn buat eksperimen.
tp sbb family faktor.ni kira mcm saka la.
1 lg sbb nak menang game, so pki ilmu2 hitam ni.
tp ni metro yg kata la.
aku kalo metro ni susah sikit nak percaya.dengar boleh percaya masing2 la. |
|
|
|
|
|
|
|
Atlit amal ilmu hitam
Oleh Aziman Rosdi
[email protected]
KUALA LUMPUR: Kekecohan mengenai gangguan makhluk halus di asrama Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di sini, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, turut dikaitkan dengan amalan ilmu hitam segelintir atlit yang menginap di situ.
Sesetengah pihak hanya menganggap perkara ini sesuatu yang karut atau tahyul, namun Pegawai Agama MSN, Mohd Hasnol Abu Bakar tidak menafikan ada atlit mengamalkan ilmu hitam untuk tujuan tertentu termasuk melindungi diri dan memenangi pertandingan disertai.
Malah, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Hasnol berkata, langkah MSN ‘membersihkan’ kawasan kompleks itu minggu lalu bukan hanya untuk menghindarkan gangguan makhluk halus, malah bagi memastikan tiada atlit cenderung amalan khurafat dan syirik.
“Kami takut ada atlit yang ‘panggil’ makhluk itu kerana cenderung dengan bomoh atau pak dukun. Jadi kami ‘memagar’ kawasan MSN minggu lalu dengan bantuan kakitangan (Pusat Kebajikan dan Pengubatan Islam) Darul Syifa. Bagi atlit Islam, kami tidak mahu amalan khurafat ini merosakkan iman dan akidah. Perlu diingatkan iman dan akidah juga faktor kejayaan seseorang atlit. Sekalipun seseorang itu menang tapi dengan cara salah, kemenangan mereka tidak diberkati Allah.
“Kami tak dapat pastikan sama ada atlit ada ‘memakai’ tapi mungkin ada kerana latar belakang keluarganya, kami tidak boleh salahkan atlit juga. Mungkin ada antara atlit mendapat nasihat keluarga atau benda itu dihantar saudara-mara mereka untuk tujuan pelindung. Bagi mengelak kejadian bertambah teruk dan menghilangkan keresahan mereka, kami mahu membetulkan keadaan, bukan sebab takut kepada makhluk ini...makhluk ini tiada kuasa,” katanya.
Hasnol berkata, Darul Syifa turut memberikan penjelasan kewujudan makhluk halus dan pihaknya dari semasa ke semasa akan meningkatkan program keagamaan untuk semua atlit dan pegawai MSN.
“Atlit tak perlu bimbang. Perkara sebegini boleh berlaku di mana-mana, anggap ini ujian untuk kita semua, jangan kita terlalu mempercayainya. Lebih penting kita tingkatkan keimanan kepada Allah dan meninggalkan larangan-Nya,” katanya.
Dalam tempoh dua bulan lalu, MSN gempar dengan kehadiran makhluk halus yang mengakibatkan 20 atlit mengalami histeria, sekali gus mencetuskan kebimbangan 400 atlit dan jurulatih yang menghuni asrama berkenaan. Kes terbaru membabitkan seorang atlit boling padang wanita yang tidak sedarkan diri akibat dirasuk makhluk halus itu ketika MSN bersama kakitangan Darul Syifa memagar kawasan MSN, Ahad lalu.
Atlit itu yang hanya mahu dikenali sebagai Era, dirasuk makhluk halus yang mengakibatkan tubuhnya melekat di dinding sambil menjerit-jerit selama 20 minit sebelum dipulihkan Hasnol dan kakitangan Darul Syifa. |
|
|
|
|
|
|
|
Asrama MSN bebas gangguan makhluk halus
2010/03/25
KUALA LUMPUR: Atlit yang menginap serta menjalani latihan di asrama Majlis Sukan Negara (MSN) kini bebas dari kejadian histeria seperti yang dilaporkan sebelum ini dan boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada latihan, tanpa gangguan.
Perkara itu disahkan sendiri Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong yang berkata sejak sekumpulan pengamal perubatan Darul Syifa menjalankan upacara ‘pembersihan’ di sekitar MSN, beliau tidak lagi mendengar ada kes terbaru berhubung gangguan makhluk halus dikalangan atlit.
“Semuanya sudah bersih dan kembali seperti sedia kala. Saya tidak mendapat apa-apa laporan atau aduan mana-mana pihak mengenai ada yang diganggu makhluk halus seperti sebelum ini,” katanya.
Awal tahun ini, Harian Metro melaporkan mengenai kebimbangan 400 atlit serta jurulatih yang menginap di asrama MSN selepas 20 atlit mengalami histeria yang dipercayai berpunca gangguan makhluk halus.
Kes terakhir membabitkan seorang atlit bowling padang wanita yang tidak sedarkan diri akibat dirasuk makhluk halus dan ia berlaku ketika sekumpulan pegawai MSN bersama kakitangan Darul Syifa memagar kawasan MSN.
Atlit yang dikenali sebagai Era itu dirasuk makhluk halus yang mengakibatkan tubuhnya melekat di dinding sambil menjerit-jerit kira-kira 20 minit sebelum dipulihkan pegawai agama MSN serta kakitangan Darul Syifa. |
|
|
|
|
|
|
|
elok la kalo dah pulih, mana2 yg terlibat dgn benda2 tu jgn laa buat lagi.
kang org lain plak yg kena..x pasal2 je... |
|
|
|
|
|
|
|
ader atlit sabah/sarawak kot yang bawak pendamping.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|