|
KANGAR: Seorang graduan kolej swasta di sini, terkejut apabilamendapati ketulan daging dalam kuah kari yang dibeli dari sebuahrestoran di sini, adalah bangkai tikus.
Paling meloyakan, bangkai tikus itu meliputi kepala, dua kaki depan dan sebahagian badan, dengan tali perutnya terburai.
Kejadian itu hanya disedari ketika mangsa yang ingin dikenali sebagai Shafiq, 24, mengunyah nasi bercampur kuah berkenaan.
Sebelum itu, tiga adik Shafiq antara 12 hingga 16 tahun, barumenghabiskan roti canai masing-masing yang juga dicicah kuah kariberkenaan, tanpa menyedari kewujudan bangkai tikus itu.
Bapa mangsa membuat aduan kepada Kementerian PerdaganganDalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi sebelum kes dibawa ke BahagianDietary Jabatan Kesihatan negeri untuk siasatan lanjut.
Source :berita harian
p/s : kat KANGAQ tu........hati2 wei mkn kat luar.... |
|