CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2953|Reply: 0

Tulis novel kanak-kanak, dapat RM700,000!

[Copy link]
Post time 9-3-2010 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by bukunota at 9-3-2010 10:52

Orang tak pandai: tulis novel kanak-kanak ambil masa lima tahun.

Orang yg memang tersepak duit!: tulis novel kanak-kanak yang ambil masa lima tahun, tapi menang hadiah RM700,000.

Kalau pengarang Malaysia nak dapat duit hampir sejuta dengan hanya satu novel kanak-kanak, setakat ini, mungkin dalam mimpi. Tapi pengarang Arab tak perlu mimpi. Lagi pun kerajaan dorang, duit banyak. Maklumlah duit minyak!

Masa aku cari-cari berita sastera luar negara, tersepaklah (aduh, tersepak duit kan bagus!) berita tentang mamat arab yang tulis novel kanak-kanak tapi ambil masa lima tahun. tu pun inspirasi daripada manga jepun!

Tup-tup dapat hadiah RM700,000.. duh..... Nak pindah ke negara teluk lah! Kah kah kah.

Sastera.com: Usaha lima tahun Qais Sedki berbaloi   
Oleh Nazmi Yaakub
[email protected]

LAMAN web akhbar The National di alamat www.thenational.ae menyorot proses kreatif pengarang Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qais Sedki yang menulis novel Siwar al-Dahab atau Cincin Emas selama lima tahun, akhirnya berbaloi apabila beliau meraih Anugerah Buku Sheikh Zayed melalui novel terbabit.

Kemenangan novelis berusia 33 itu melayakkannya untuk membawa pulang hadiah kesusasteraan kanak-kanak yang bernilai kira-kira RM700,000 (750,000 dirham UAE), pingat emas dan watikah kemenangan.

Qais berkata, beliau yang menulis novel terbabit hasil inspirasi daripada pelukis komik manga Jepun itu, tidak dapat menahan sebak apabila namanya diumumkan sebagai pemenang.


“Meskipun saya mengharapkan kemenangan itu apabila menyertai anugerah ini, saya tidak meletakkan keyakinan yang terlalu tinggi dan apabila keputusan diumumkan saya terlalu gembira dan bangga. Anugerah ini memberi pengiktirafan, sekali gus insentif kepada pengkarya dan hadiah itu tepat pada masanya,” beliau dilaporkan berkata kepada akhbar The National.

Beliau berkata, anugerah itu menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk memupuk bakat muda meskipun mereka menjadi kelompok minoriti di negara sendiri.

“Kami terpaksa berpegang teguh dengan jati diri dan menghasilkan bahan tempatan dengan lebih banyak demi  generasi masa depan. Senario semasa juga menunjukkan negara ini perlukan bahan dalam bahasa Arab yang dihasilkan penulis Arab,” beliau dipetik berkata demikian.
                                  Anugerah Buku Sheikh Zayed disampaikan Menteri Dalam Negeri, Sheikh Saif Zayed kepada enam pemenang termasuk Qais pada majlis yang diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Abu Dhabi.

Selain Qais, anugerah yang nilai keseluruhan bernilai RM6.4juta (7juta dirham UAE) itu turut dimenangi sarjana Algeria, Hafnaoui Baali yang memenangi kategori sastera; pengarang Iraq, Iyad al-Husseini (seni halus); penterjemah Lubnan, Albert Habib Mutlaq (terjemahan); pengarang Mesir, Ammar Ali Hasan (sumbangan terbaik pembangunan bangsa); pengarang Maghribi, Mohammad Al Mallakh (pengarang muda), manakala Nahdet Misr Publishing and Printing pula, meraih kemenangan lewat kategori penerbitan dan pengedaran.

Anugerah Tokoh Kebudayaan yang menawarkan hadiah bernilai kira-kira RM1juta (1 juta dirham UAE) pula dimenangi Pemerintah Sharjah, Dr Sheikh Sultan Mohamed yang mengiktiraf sumbangannya kepada sastera Arab di UAE dan negara teluk.

______________________________________________________________________

Entri terbaru di blog:Kalau mahu tahu apa itu komedi tragedi, tontonlah Raja Lawak Ke-4
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.122401 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list