Salam all,
Sofia dan teman-temannya kembali ke ruangan ini untuk berkongsi kisah hidup mereka yang penuh dengan dugaan. Pada mereka yang mengenali JIHANNUR SOFIA, IKHMAL HISHAM dan MOHD. NIZAM, marilah kita dengarkan sambungan luahan hati tiga insan ini.
Pada mereka yang tidak mengenali siapa Sofia, Ikhmal dan Nizam... carilah RAHSIA HATI SOFIA di kedai buku
BTW, tajuk cerita ini mungkin ada ditukar berikutan konsep penyampaiannya yang berbeza dari RHS.
Selamat melayan jiwa!
PERMINTAAN SAYA: TOLONGLAH JANGAN COPY CERITA INI DAN KONGSI DI FORUM LAIN SEBAGAIMANA TERJADI PADA CERITA SAYA YANG TERDAHULU. BACALAH DI SINI AJE, YA.
-----------------------------------------------------------------
Bab 1
“MAL,mari makan nak…” panggil Hajah Jamilah. Kepalanya digerakkan beberapa kali, kekiri dan ke kanan,perlahan. Sejak mahkamah mengesahkan perceraian Ikhmal dengan Sofia sebulan yang lalu, Ikhmal lebih banyakdiam dari bercakap. Dia hanya berbual dengan Sharah, permata hatinya. Dia jugaketawa hanya dengan Sharah. Kadang Hajah Jamilah terdengar tawa Ikhmal diakhiri dengan tangis. Hatinya bagai dilapah-lapah, pilu tidak tertafsir laginamun semua ini kemahuan Ikhmal, dia yang mahu bercerai dengan Sofia. Sebagai ibu HajahJamilah tidak pernah lupa pada tanggungjawabnya untuk terus memberi sokonganpada Ikhmal. Cukuplah oranglain menyalahkannya, Hajah Jamilah tetap berdiri di belakang Ikhmal meniupkata-kata semangat agar anak bongsunya itu tidak hanyut dalam kesedihan yangdia cipta.
“Tak lapar lagi bu.” Jawab Ikhmaldari atas kerusi rodanya. Sebuah buku tertangkup di atas ribanya. Pandangannyaterbang ke laman rumah. Di situ ada banyak kenangan antara dia dan Sofia. Di situlah merekabergaduh, di laman itulah juga Sofiamenangis tatkala kereta Wajanya tidak mahu hidup.
“Kau dah kurus sangat dah Mal,asyik tak mahu makan aje.”
“Hari ni Mal puasa bu.” BalasIkhmal pendek. Dia segera menyeka airmatanya bila melihat ibunya berjalanperlahan mendekatinya.
“Puasa apa hari Selasa ni Mal?”
“Puasalah bu…” tidak perludijelaskan lagi akan niatnya berpuasa, ibunya lebih arif darinya.
“Semalam petang pun kau tak makan,ni puasa pulak. Entah sahur entah tidak… mesti kau tak sahurkan Mal? Larat kebadan tu Mal? Jangan seksa dirilah nak. Ibu tak sanggup tengok kau macam ni,Mal. Kau yang sakit… nanti ibu yang mati dulu Mal.” Rintih Hajah Jamilah.Ikhmal spontan memegang tangan ibunya. Dipandang wajah ibunya yang sudahmenginjak tua.
“Jangan cakap macam tu, bu. Malmintak ampun. Ibu jangan susahkanMal. Mal okey.”
“Kau ingat ibu tak tahu apa yangada dalam hati kau Mal? Kau jangan ingat ibu tak tahu kau menangis, kaumenyesal bercerai dengan Sofiabukan?”
“Ibu… benda dah lepas jangandisebut. Mal cuma perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan baru ni.”Dalam hidupnya yang baharu ini, sesal dan terkilan sedang cuba dipadamkan dari daftar katajiwanya. Dia sedang belajar bagaimana untuk tidak memikirkan tentang wanitayang paling dia kasih sejak dia berusia 16 tahun. Berulang kali dia mencuba,berulang kali jugalah hatinya menyebut sepasang nama manis milik JihannurSofia. Sedetik itu jugalah wajah Sofiayang tenang bagai tertebar di layar fikirannya biarpun Ikhmal sudah pejamrapat-rapat matanya.
“Tadi ibu telefon Mama Salmi, tanyakhabar. Dia kata Hilman demam, Sofiapun tak berapa sihat. Nanti bila mak hantar Sharah ke sana, kau ikut sekali ya Mal. Hilman tu mestinak jumpa ayahnya. Kesian dia Mal, dia bukan anak yatim tak berbapak… tapi kautak pernah sekalipun datang tengok dia.” Tutur Hajah Jamilah perlahan. Ikhmalmembisu.
“Dari budak tu lahir… tak pernahdia rasa kasih sayang kau.”
Ikhmal memejamkan matanya seketika.Rasa pilu meresap ke segenap jiwanya. Dia sudah jadi ayah yang gagal pada IzzHilman. Ketika Sofia dalam kesakitan melahirkan Hilman, berkali-kali HajahJamilah memujuknya agar pergi ke hospital menemani Sofia, paling tidak pun tunggu sahaja di luarwad bersalin. Ikhmal berkeras mahu tinggal di rumah sahaja kerana lahirnya IzzHilman ke dunia maka putuslah iddah Sofialalu berakhirlah hubungan mereka berdua. Dia bukan benci Izz Hilman, dia tetapsayangkan anak itu sebagaimana dia mengasihi Irdinanur Sharah namun hanya Tuhansahaja yang tahu mengapa dia bertindak sedemikian.
“Mal belum solat bu… tolong tolakMal masuk ke dalam boleh?”
“Kau nak solat apa Mal, Zuhur jauhlagi?”
“Dhuha…”
Tiada bicara lagi, Hajah Jamilahmenolak kerusi roda anaknya masuk ke dalam rumah. Dia cuba untuk fahami apa yang adadalam hati Ikhmal. Dia pasti, Ikhmal Hisham sudah habis menimbang segala yangbaik mahupun yang buruk atas tiap-tiap keputusan yang diambil.
|