CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3120|Reply: 10

Hidup putaran roda

 Close [Copy link]
Post time 6-6-2010 03:58 AM | Show all posts |Read mode
Pagi-pagi dah dapat panggilan hangit.. bukan hangit sangat pun, luahan perasaan dari seorang kawan yang berjawatan orang gaji.. Asal dari Bandung, punya anak punya keluarga di sana.. Dia mengadu, dia sudah tidak mau lagi bekerja dengan majikannya. Dia semalam dimarahi majikannya hanya dengan sebab yang kecil sahaja - tidak mampu meleraikan pergaduhan anak kecil berumur 8 tahun. Atas dasar itu, dia dimarahi lalu semua yang dipendam di dalam dada terkeluar jua.

Apakan daya, dia baru sahaja bekerja setahun jagung dengan majikannya itu. Nak dikatakan majikannya garang, tidak juga, tidak juga seperti majikan cina yang lain, yang selalu kita nampak melakukan penderaan terhadap orang gaji. Alahai orang kita, orang melayu yang penuh budi bahasa, manakan tergamak untuk mendera orang kita juga.....

"saya sudah tidak mampu lagi bertahan kak, sudah setahun saya bersabar, akak pun tahu saya bagaimana, kali ini dia memarahi saya atas alasan yang kecil juga, tidak dapat meleraikan pergaduhan anaknya... Mana mungkin saya yang melerai kan gaduhnya, saya hanya seorang orang gaji, bukannya ibu anak itu..... Sudah tentunya anak itu tidak mahu menurut kata-kata saya jika dari dulu saya selalu dimalukan olehnya.. " keluhnya lewat telefon.

"Saya masak roti telur sekejap dikatakan garing lah, keras lah, begitu dia bagitau dengan luqman dan siti, tengok ni bibik masak, boleh makan ke tak boleh macam gini... saya rasa kecil hati sangat dengannya.... apa saja yang saya buat semua nya tidak betul... Saya ni apa, hanya pembantu sahaja di rumah... selesai kerja saya, udah lah saya berehat... Kerja saya membantu sahaja di rumah, bukannya mahu buat segala-galanya.... Dia hanya tau baring sahaja...." keluhnya lagi sebak.

"Bagini saja la kak, saya ingin pulang ke Bandung. Biarlah saya bawa pulang wang sedikit sahaja, dari saya terus-terusan rasa sakit di hati ini" ujarnya dengan nada sendu.

"Eh awak kan masih ada setahun lagi untuk tamat kontrak, takkan lah tidak boleh bertahan...kasian sama majikan awak" aku cuba menenangkannya.

"Akak pun tau macam mana, saya dulu tidak tau macam mana keluarga ini, tapi setelah setahun baru la saya nampak dalam hatinya bagaimana."

"Apakata awak bincang elok-elok dengan majikan awak tu, awak mau cuti atau awak pergi ke rumah ibu majikan awak sebentar? mana tau awak boleh tenangkan perasaan awak tu..."

"Uhhh tidak sekali-kali.... saya kan pernah dihantar kesana sebulan, mana mungkin saya bertahan dengan ibu, mulut nya saya tidak tahan... orang tua bak bayi kecil..."

"kalo begitu awak kerja sahajalah macam biasa... apa lagi yang akak boleh bantu, akak sendiri pun sudah tidak bekerja, dan mana mungkin akak ambil awak sebagai pembantu akak.... "

"takpa la kalo begitu, terima kasih akak kerana mendengar.. saya harap akak tidak menceritakan hal ini pada majikan saya.. terima kasih ya, jadi jangan terkejut jika saya sudah tiada lagi dirumah majikan saya ya, saya mungkin sudah pulang.. Assalamualaikum"

"waalaikumussalam" lalu dia memutuskan perbualan telefon.


Dan aku mana mungkin dapat membantunya lagi.. hanya memberikannya nasihat sahaja...
Aku tahu perasaan nya terguris bukan hanya disebabkan dimarahi, tetapi maruah dirinya di injak-injak, walaupun digelar orang gaji, tetapi dia bukan hamba abdi yang diperkotak katikkan segala perbuatannya...

Aku faham sebab aku sendiri selalu mendengar umpatan ibu terhadap dirinya.... aku kasihan, walaupun ibu sudah tua, kuat beramal, tetapi kalao selalu mengumpat manusia lain, menyakiti hati orang lain walaupun orang gaji sekali pun, itu juga berdosa....

Kenapa suka sangat merendah-rendahkan orang lain, walaupun dia orang gaji? adakah sebab dia orang pendatang dari indonesia? aku tau orang gaji ni asalnya dari Bandung, dan dia bukanlah orang miskin melarat yang tersepit dan mau datang ke sini untuk melepaskan diri dari masalah di Bandung... Dia adalah rakan kepada rakan baikku.. yang berasal dari indonesia, bandung. Bukan dari ceruk kampung. Dia orang bandar.

Semasa lawatanku yang terakhir ke Bandung, aku membawakan ole-ole yang dipesannya melalui anakku yang paling dia sayangi. Wah... sukanya bukan main bila dibawakan ole-ole tersebut... ceria sungguh wajahnya...

Kita ini insan biasa, kita boleh sentiasa mengingati diri kita, bahawa hari ini hari kita, mungkin esok lusa hari dia pula. Jangan kita menyusahkan orang lain, jangan kita sentiasa memikirkan diri kita sendiri sahaja, kita perlu sentiasa muhasabah diri ini, jangan bila kita sudah mula senang, kita lupa diri. Bila kita kaya, jangan lupa ada orang lain yang miskin, jangan lupa orang yang miskin sekarang, tak mustahil akan menjadi lebih kaya dari kita kelak.... Hidup ini bagaikan putaran roda, hari ini di atas, mungkin hari esok kita kan di bawah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2010 12:33 PM | Show all posts
wah..heroin orang gaji ke? ni lain dari yang lain..
Teringat ada satu kawan kat ofis..maid dia dah nak masuk orang ke 5..maid maid sebelum ni semua lari ikut jantan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 02:16 PM | Show all posts
semua dalam dunia ini adalah sama saja, tak kira miskin, kaya atau terlampau kaya. tinggi rendah seseorang itu dinilai dari keperibadiannya bukan dari harta mengunung dan emasnya yang melaut. teringat pada salah seorang manager kat opis. maidnya dilayan seperti kawan, siap sama2 diajak berniaga nasi lemak. walaupun tak sama bangsa dan ugama silaturahim tetap terjalin. sya siap bagi amaran pada manager tu supaya melain maidnya seperti melayan orang lain dan kalau sebaliknya sya tak akan berkawan dgnnya. kalau sya bawa rendang paru daging pastu dibungkus utk mainya....hahaha...yong chau min...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2010 04:18 PM | Show all posts
cuma sekadar berkongsi cerita pendek antara cerita-cerita disebalik keluhan maids yang bekerja di sini.... kadang kadang bila kita ni dulu miskin, bila dah jadi kaya, kita jadi lupa diri, dulu kita pun pernah berada di tempatnya.... tapi sekarang Allah dah beri kita rezeki yang berlipat ganda, untuk kita hadapi ujian terhadap kekayaan kita... janganlah kita berasa riak dan sombong pabila sudah menjadi kaya, tidak perlulah kita menginjak-injah maruah orang gaji kita, yang sebenarnya berfungsi sebagai pembantu rumah... yang tugasannya kalau di tulis di atas kertas, adalah membasuh, menyapu, mengemop lantai, mengemas bilik2, bilik air, dapur.... dan mengawasi kanak2 sekadar nya ketika kita tiada dirumah.... bukan menyerahkan secara total tanggungjawab seorang ibu dan bapa dirumah kepada kepala orang gaji... bahkan orang gaji kita itu sendiri tidak berpengetahuan luas, malah pembacaan mereka pun terhad berbanding kita sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 06:56 PM | Show all posts
cuma sekadar berkongsi cerita pendek antara cerita-cerita disebalik keluhan maids yang bekerja di si ...
liya71a Post at 6-6-2010 16:18



Blings pernah melindungi seorg maid dari majikannya untuk beberapa malam sbb tekanan kerja yang tidak dapat diterima lagi... bayangkan bekerja dari  6 pagi hingga 12 malam, tak cukup di kedai makan, di rumah juga, potong daging yang haram, bagi makan anjung yg garang-garang asyik nak membaham... kurung kering maid tu...maslahnya majikannya my office neighbour ..hari-hari bling makan kat kedai Cina tu (dia sewakan setengah untuk Org Melayu jual nasi campur)..zaman berbelas tahun dulu.. nikah pun belum..

Bling jadi org tengan bincang dengan majikan yg Cina tu dah minta beberapa kelonggaran.. minta dia bg Hasanah (nama maid tu) sehari cuti dlm seminggu, jgn bagi dia masak b--i lagi, jangan suruh dia mandi atau bg makan anjing lagi.. pukul lapan malam dia kn tidur sbb pukul lima dia dah ke kedai kopi..

semuanya berjalan lancar,... masa dia balik Jakarta, dengan MAS, dalam buku bank dia ada RM12,000.00, semua gaji yang dia dapat selama 2 bekerja, sikitpun tak ditolak spt majikan2 lain/// hari esoknya terjadilah ...tragedi berdarah di Indonesia, reformasi menjatuhkan Suharto... majikan dia hampir pengsan takut dia mati di airport..

sebulan kemudian blings dapat sebuah beg pakaian yang dihantar ke office.. dalam tu ada pakaian Hasanah, ada passportnya dan ada beg duitnya dan di dalamnya ada my business card... berpandukan alamat office blings beg pakaian itu dihantar balik...  

.........ingatkan dia dah menjadi arwah...

lima bulan kemudian dia call dari K.L, dia dah datang semula ke M'sia jadi pengasuh kanak-kanak ..setelah suami yang ditinggalkannya nikah dengan jiran dia sendiri   ..... itulah dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 11:09 PM | Show all posts
Blings pernah melindungi seorg maid dari majikannya untuk beberapa malam sbb tekanan kerja yan ...
cmf_blingblings Post at 6-6-2010 18:56



    biasalah blings, kadang kala manusia ini terlepas pandang apa yang pernah ditinggalkan. jalan menongkat langit dan bila dah tersadung batu barulah menunduk. kita semua ni sama saja di mata Dia. Di nun sana barulah tahu martabat kita dimana. Mereka datangt untuk mencari rezeki(bagi yg ikhlas datang ke sini) tinggalkan kampung halaman, anak2 dan suami. Bila disini mereka dijadikan hamba abdi kalah zaman dahulu. pernahkah terfikir jika kita berada ditempat maid tersebut apa yang kita rasa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2010 11:29 PM | Show all posts
Jiran belakang rmh akak pernah memberi perlindungan pembantu rmh yg dizalimi majikan.
Sehingga kini pembantu rmh itu menjadi anak angkat mereka malah di carikan jodoh
untuknya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 11:32 PM | Show all posts
ini cerita orang gaji baik-baik,
tapi majikan pula buat hal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2010 11:54 AM | Show all posts
donia2....dpt majikan baik maid plak bt hal...dpt maid yg elok b'kerja majikan plak yg mcm hampeh...xphm kdg 2...mak nera prnh ambik maid ms nera kocik2 dl..time 2 drjah 3..tgal nera n adik2 yg lain kat umah...ok2 je die kerja...tp yg xthn bila tang balik 2...asal nk balik je die bw plastik smph turun skali tp lama2 mak nera perasan yg sudu n brg2 dapur makin surut...1 ari mak bt check dlm plastik 2 sampah nye ciput tp kazanah lain dlm 2 yg byk..dgn sudu nye...dgn gula 1 peket..esok 2 die xdtg sbb dh malu n laki die yg call kata die dh xkeje c 2...hei donia2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2010 03:01 PM | Show all posts
Saja nak kongsi pengalaman.

Secebis lagi kisah maid:

"Nama awak siapa?" soalku pada salah seorang dari tiga orang gadis yang berada di rumah makcik peah. Aku perhatikan dari tadi yang seorang ini nampak tulus, putih bersih dan kelihatan sedikit kurus. Memakai tudung yang mungkin dipinjamkan oleh makcik peah.

"Nama saya Nur, panggil nunung" jawabnya pendek, takut-takut. Slanga nya sudah berubah sedikit ke malaysiaan.

"Awak dulu kerja ke? sebagai apa?" Tanya ku lagi, jelas jari jemarinya kelihatan kasar walaupun kulit nya putih kemerah-merahan.

"Saya kerja dengan majikan cina". Jawap nya pendek, masih takut-takut.

Walaupun dalam kesuraman ruang tamu rumah makcik peah, aku dapat lihat wajahnya yang sangat sugul dan bimbang.

"Dia ni, dulu karja dengan majikan cina, kamu tak usah lah risau, makcik ambil dia sebab dia dah tak tahan lagi kerja mencuci anjing, dan membakar daun kertas setiap pagi" makcik peah menyampuk.

Antara ketiga-tiga gadis ini, hanya dia seorang sahaja yang bertudung dan nampak takut-takut. Dua lagi gadis yang berada di sisi nya tampak lebih berani. Duduk di sebelah kirinya, sedikit hitam manis, tetapi memakai rantai berwarna emas, dan mempunyai tertulis huruf 'Intan'. Sebelah kanan nya pula sedikit berambut kerinting dan berhias dandan dengan makeup yang agak tebal.

"Ish... takkan la nak kerja sebagai pembantu rumah, pakai barang kemas, dan bermekap mengalahkan majikan pula" Hati ku berkata-kata.

"Mak cik Peah, saya ambil nunung ni je lah ye, nanti kalau dalam seminggu dia tak kerasan bersama saya, saya pulangkan pada makcik ye?" aku meminta persetujuan dengan makcik peah.

"Ye lah, nanti awak telefon lah mak cik kalau dia sendiri nak balik ke sini, tapi harap-harap dia boleh kerja dengan awak lama lah ye, makcik ni sekadar menolong dia saja, dan awak pula jangan lah mensia-siakan dia ye.." Makcik Peah mengoyang-goyangkan tangannya padaku, terlihat gelang-gelang emas di kiri dan kanan tangan nya berkilauan...

"Baik la makcik, saya pergi dulu ye, terimakasih banyak-banyak ye?" aku bangun sambil memegang tangan Nunung.

"Nunung, pergi ambil beg baju kamu dan ikut kakak ni ye, kerja baik-baik, ada apa-apa hal kamu bagi tau dengan kakak ni, kakak ni baik, dia tak akan dera kamu macam majikan kamu yang dulu, makcik dah kenal lama dengan kakak nih.." Makcik peah berpesan panjang nasihat yang diberikan pada Nunung.

Sesampai di kereta, aku bertanya lagi pada Nunung, sekadar ingin mengetahui latar belakang diri nya.

"Kamu dulu bagaimana kamu datang ke sini? Agen kamu tidak beritahu ka kamu kena kerja dengan majikan cina?"

"Saya, dulu agen kata kerja di malaysia, sebagai pembantu rumah melayu, tetapi saya sampai di airport, ramai juga dalam 20 orang sebaya saya, waktu di airport malaysia, saya tidak di ambil oleh majikan, saya seperti ditipu agen.. Kami 20 orang dibiar di airport sampai 2 hari, waktu itu duit saya tiada tapi ada orang sapu bagi duit untuk telefon siapa-siapa di sini, saya ada nombor telefon abang sepupu, jadi saya telefon dia, dia datang ambil saya di airport, dan dia kerja dengan cina, saya terpaksa kerja juga dengan cina lain." Dia menerangkan dengan perlahan. Suara nya terketar-ketar.

"budak ni dah fobia agaknya" ujar hatiku.

Tiba di rumah, aku memberikan pakaian lamaku untuk dipakai, dan dia sejak hari itu mula bekerja dengan ku hingga 2 tahun tanpa sebarang dokumen. Kami berhubungan walaupun dia sudah balik ke Bandung, hingga mengenali keluarganya di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 08:41 AM | Show all posts
cerita pasal org gaji ye? wahh , nnt nk baca la
skang nk jenguk2 je dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.038463 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list