View: 37332|Reply: 160
|
Novel: Sekadar Di Hati ~ Hanni Ramsul (bab 6: page 6) UPDATED 6/10
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by bnmbnm at 6-10-2010 08:13
Salam semua pembaca… Novel Sekadar Di hati
ini bukan karya bnm tetapi adalah sebuah karya dr sahabat bnm yang bernama HANNI RAMSUL.. Tujuan thread ni di buka adalah untuk berkongsi hasil karya beliau bersama pembaca dengan harapan mendapat pandangan yg ikhlas dr semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bnmbnm at 29-7-2010 10:31
Bab 1 {:1_144:}
Pandangannya gelap. Memang terlalu gelap. Mungkinkah ini penyudah segala-galanya? Segala keindahan hidupnya akan terhenti dengan cara sebeginikah? Pipinya yang basah kini lencun sekali lagi. Sungguh dia hilang punca. Sungguh dia tidak tahu ke mana langkah hendak dihala. Menyesal? Kenyataannya, memang segunung sesal menjamah hatinya saat ini. Cuma, mungkinkah berguna segala penyesalan itu? Mampukah penyesalan itu mengubah segala apa yang telah berlaku? Esakan bertamu tiba-tiba. Seketika langkahnya terhenti di pinggir jalan. Sekali lagi mata ditebar ke arah rumah besar yang baru sahaja kakinya mengatur langkah keluar dari situ. Melihat rumah itu, mengingati kata-kata yang singgah di telinganya sebentar tadi, tiba-tiba mengundang wajah ibunya. Dia tinggalkan ibunya di kampung. Memohon pengertian ibunya untuk dia membela nasib keluarga. Untuk dia memberi masa depan yang cerah buat adik-adiknya. Dan, ini balasan yang dia hadiahkan buat ibunya. Tiba-tiba jiwanya menjadi semakin sesak.
“Aja minta maaf, mak… Aja berdosa. Aja berdosa pada mak…,”bisikan itu lirih meniti di bibir tanpa sedar. Serentak matanya terpandang sebuah kereta di kejauhan. Serentak juga kakinya melangkah ke tengah jalan. Mungkin ini caranya dia perlu akhiri semua ini. Mungkin ini jalan penyelesaian yang perlu dia ambil. Matanya dipejam rapat. Tegak berdiri di tengah-tengah jalan. Wajah ibunya jelas di ruang mata.
“Maafkan Aja mak…,”
Dia pasrah. Cuma menanti tubuhnya melayang. Hon kereta nyaring menyentuh telinga. Ada sedikit gentar, namun hatinya nekad. Nekad, sehingga tubuhnya terasa ditolak kuat dari tepi. Tolakan yang membuat dia terjatuh di gigi jalan, bersama satu tubuh besar yang terasa menghempap tubuhnya. Matanya dibuka perlahan. Dia terbaring di atas rumput.
“Gila ke?!,”jeritan kuat menerjah dari kereta yang melintasinya tanpa berhenti. Dia terkedu. Terduduk di situ tanpa mampu bersuara. Tidak percaya dengan tindakan yang baru sahaja dia ambil. Terkebil-kebil memandang ke arah jalan yang kembali lenggang. Gilakah dia?
“Astaargfirullah…,”suaranya seakan berbisik sambil mengurut dada. Dia hampir menyerahkan nyawanya pada sebuah kereta yang meluncur laju.
Lupa ada satu lagi tubuh turut terduduk di sebelahnya, perlahan dia bergerak mengangkat punggung. Melayan celaru yang bersarang di hati. Syukur kerana dia terselamat dari satu tindakan bodoh yang dibuat tanpa berfikir. Juga kesal, kerana nyawa masih menemani hayatnya. Membuat dia terus bernafas. Membuat dia harus akui satu hakikat yang dia sedang memusnahkan hidup manusia-manusia yang dia sayangi. Ibunya. Juga adik-adiknya.
“Adik,”
Dia menoleh. Lelaki yang terduduk di sebelahnya, bangkit perlahan. Menyapu belakang seluar dari rerumput yang sedikit melekat.
“Are you okay?,”
Dia diam. Okay? Sudah tentu dia tidak okay. Lebih daripada tidak okay! Langkah dihayun semula. Ke mana? Dia sendiri tidak tahu. Dia tidak mahu lagi berada di sini. Tidak mahu lagi berada di dunia ini. Kalaulah dia boleh lenyap dari muka bumi ini.
“Adik… nak ke mana tu?,”
“Entah,”
“Nak abang temankan?,”
Dia menggeleng.
“Abang rasa adik perlukan teman,”
“Saya tak apa-apa. Saya okay,”
“Orang yang okay tak akan berdiri tengah-tengah jalan tunggu dilanggar kereta,”
Dia diam lagi. Dan, lelaki itu sudah pun berada di sisinya.
“Terima kasih sebab halang saya daripada melakukan satu lagi dosa,”
“Satu lagi dosa?,”
Dia diam.
“Abang tengok adik baru keluar dari rumah tu. Jumpa siapa?,”
Dia mendongak. Ingin bercerita, namun, kepala digeleng perlahan. Untuk apa beban itu dikongsi dengan manusia yang tidak dia kenali.
“Kita pergi minum?,”
Dia menggeleng lagi. Tidak mahu pedulikan lelaki itu. Dia cuma mahu bersendirian.
“Come. Abang nak adik calm down. Adik nampak stress sangat,”
“Saya okay. Jangan pedulikan saya. Saya nak bersendirian,”
“Bersendirian? No way. Of course abang tak akan benarkan adik bersendirian setelah apa yang jadi depan abang tadi. Anyway, abang Luqman. Adik?,”
Najwa mengangkat muka. Perlukah segala salam perkenalan ini? Dan, niat lelaki ini, perlukah untuk dia khuatiri? Mungkin lelaki ini ikhlas. Mungkin juga lelaki ini mempunyai niat sebaliknya. Matanya merenung wajah tenang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Luqman itu. Tidak kelihatan seperti ada niat jahat dari wajah itu. Tapi, itu bukan jaminan. Wajah Zarith juga langsung tidak menunjukkan dia mempunyai sekeping hati yang gelap. Namun, lihatlah apa yang telah dia tanggung kini?
“Abang nak apa-apakan saya? Nak culik saya ke? Nak rogol saya? Kemudian bunuh saya?,”tiba-tiba segala yang bermain di kepalanya terluah perlahan di bibirnya. Membuat lelaki di hadapannya tergelak besar.
“Muka abang macam penjenayah ke?,”
Najwa bungkam. Barangkali soalan lelaki itu sekadar bersenda. Namun, hatinya yang rawan membuat jenaka lelaki itu tersia-sia.
“Bunuh saya dengan cara yang paling cepat mati ya,”
Gelak Luqman mati perlahan-lahan. Cukup serius kata-kata itu meniti di bibir gadis yang kelihatan cukup aneh itu. Sungguh-sungguh gadis ini tidak mahu hidup.
“Ya ALLAH budak ni. Besar masalah adik ni. Apa jadi ni? Tadi cuba nak bunuh diri, now minta abang bunuh pula? Share with me kalau ada masalah,”
“Saya tak nak hidup. Saya nak mati. Saya nak mati…,”
“Tak baik cakap macam tu. Ikut abang ya,”
Najwa tidak menjawab. Tangannya ditarik perlahan. Dan dia pasrah. Tidak peduli apa yang akan terjadi padanya selepas ini. Tidak peduli risiko yang dia ambil apabila kakinya mula mengikut langkah kaki lelaki yang tidak dia kenali ini. Masuk ke dalam sebuah kereta mewah yang dia sendiri kurang pasti akan jenisnya. Atau, dia tidak mempunyai keinginan untuk mengambil tahu semua itu. Pintu kereta tertutup perlahan dan dia terus diam apabila kereta itu bergerak meninggalkan kawasan perumahan elit itu. |
|
|
|
|
|
|
|
****
Dua gelas jus buah diletakkan di atas meja. Luqman melempar senyum seiring dengan ucapan terima kasih. Pelayan restoran membalas senyum sambil berlalu.
Pandangan ditebar lagi ke wajah murung di hadapannya itu.
“Dik, minum?,”
Najwa tersentak kecil. Memandang sekeliling. Dia kini berada di dalam sebuah restoran. Entah bila kakinya dihayun ke sini, dia sendiri tidak pasti.
“Nak makan?,”
Dia menggeleng.
“Hmmm… abang nak panggil apa ni?,”
“Najwa,”
“Okay. Najwa minum dulu. Rileks. Lepas tu, cerita kat abang perlahan-lahan, apa sebenarnya yang berlaku?,”
Dia akur. Jus tembikai di hadapannya, disedut perlahan. Sedikit lega rasanya. Baru dia sedar, dari pagi, setitik air belum menjamah tekaknya. Jauh sekali sebutir nasi. Kesedaran yang membawa rasa lapar tiba-tiba. Juga membuat nasi goreng dan mee goreng bermain-main di mata.
“Saya lapar,”
Luqman tersenyum. Menatap wajah yang cukup hiba di hadapannya itu. Apa sebenarnya masalah gadis kecil ini? Juga tertanya-tanya apa punca yang membawa gadis itu ke rumahnya. Dia nampak langkah lemah gadis itu keluar dari perkarangan rumahnya. Dia nampak gadis itu menangis di pinggir jalan. Dia juga nampak langkah nekad gadis itu berdiri di tengah- tengah jalan, menyerahkan tubuhnya untuk dilanggar.
“Nak makan apa?,”
“Nak makan nasi goreng dan mee goreng,”
Luqman sedikit ternganga.
“And atau or?,”
“Dua-dua?,”
Kali ini dia tersengih. Sedikit hairan dengan pesanan itu. Namun, dia tetap mengangguk perlahan. Tangannya laju menggamit pelayan restoran. Sebentar sahaja pesanan disampaikan.
“Abang tak makan?,”
Luqman menggeleng.
“Abang temankan Najwa makan saja. Najwa tinggal di mana? Masih belajar?,”
“Saya kerja kilang,”
“Nampak muda lagi. Kenapa tak sambung belajar?,”
Najwa tersenyum kelat. Itu cuma impiannya sahaja. Tiba-tiba dia teringatkan tiga orang adik-adiknya yang masih perlukan perhatiannya. Dia beristirghfar tiba-tiba. Betapa saat dia mengambil keputusan untuk menamatkan hidupnya, dia lupa pada adik-adik yang masih bergantung hidup padanya.
“Kenapa Najwa? Abang silap tanya soalan ke?,”
Najwa menggeleng laju.
“Terima kasih bang. Sebab abang selamatkan nyawa saya tadi,”
“Berfikir sebelum bertindak. Tindakan macam tu tak akan selesaikan masalah. Apa pun masalah, kita kena fikir cara nak selesaikan. Bukan fikir cara nak tamatkan,”
“Saya buntu,”
“Kongsi dengan seseorang,”
Najwa menggeleng.
“Najwa mesti ada kawan kan? Boleh kongsi dengan kawan. Tak mahu kongsi dengan kawan, kongsi dengan keluarga,”
“Saya malu,”
“Kenapa mesti malu?,”
“Saya… saya… mengandung!,”
Luqman terdiam. Besar masalah gadis ini!
“Saya tak tahu nak buat apa. Kalau mak saya tahu, macam mana? Adik-adik saya tahu, macam mana? Saya tak nak sebab saya, mereka semua menanggung malu. Saya buntu. Tak tahu nak buat macam mana,”
Luqman menarik nafas perlahan. Benar-benar di luar jangkaannya. Matanya tidak berkelip menatap wajah gadis itu yang sudah mula basah dengan air mata. Langsung tidak terfikir itu masalah yang sedang dihadapi oleh gadis berwajah polos ini.
“Najwa pergi ke rumah tu…?,”
“Saya cuma minta hak saya. Saya nak dia bertanggungjawab. Bukan saya seorang yang harus tanggung semua ni. Tapi, dia tak nak!. Dia tuduh saya macam-macam. Dia cakap ini bukan anak dia…Dia cakap…dia cakap saya perempuan murah,”
Sekali lagi nafas Luqman bagai terhenti. Dia?
“Zarith?,”
Najwa mengangkat muka. Terkejut apabila nama itu disebut Luqman.
“Abang kenal dia?,”
“Najwa dengan dia?,”
“Saya tak nak ingat dia lagi. Dia jahat. Sampai hati dia buat saya macam ni. Dia cakap dia cintakan saya. Dia janji nak kahwin dengan saya,”
“Najwa serahkan segala-galanya hanya sebab dia janji nak kahwin dengan Najwa?,”
Air mata diseka perlahan.
“Saya tahu saya bodoh. Saya bodoh.. saya menyesal...,”
Esakan kuat mula menguasai suasana membuat Luqman sedikit terkesan.
“Calm down. Jangan fikir dulu pasal ni semua. Najwa tenang dulu. Tadi cakap lapar kan? Tu..makanan dah siap. Najwa makan dulu,”
Najwa menelan liur. Menyeka air mata dengan telapak tangan. Pinggan berisi nasi goreng dan mee goreng kini terhidang di depannya. Tadi, memang itulah yang ingin sekali dia makan. Namun, saat ini, seleranya hilang tiba-tiba.
“Makanlah,”
Dia menggeleng.
“Tadi kata lapar,”
“Sekarang dah tak lapar,”
“Makan sikit. Untuk alas perut,”
Najwa menggeleng lagi. Air mata menitis lagi. Seribu penyesalan pun terasa tidak mampu membantunya saat ini.
“Saya tak nak anak ni. Saya tak nak mak saya tahu saya mengandung. Abang.. tolonglah saya,”tiba-tiba Najwa bersuara nekad. Tidak kira siapa lelaki ini, saat ini, hanya Luqman yang mampu menolongnya. Hanya Luqman yang tahu ceritanya selain daripada Zarith yang dengan kejam mencampaknya ke tepi seperti satu gumpalan sampah.
“Awak tak boleh cakap macam tu,”
“Saya takut… saya tak nak anak ni. Mak saya tak boleh tahu saya mengandung,”
“Najwa… jangan fikir apa-apa dulu. Kita cari penyelesaiannya,”
“Saya nak buang anak ni. Anak ni tak guna. Sama tak guna macam Zarith,”
Luqman tergamam seketika melihat Najwa tiba-tiba berdiri. Meninggalkan dia dan hidangan yang tidak berusik.
“Najwa!,”
Gadis itu terus berlalu. Segera not lima puluh dikeluarkan dan ditinggalkan di atas meja. Dia perlu mendapatkan gadis itu. Najwa tidak berada di dalam keadaan waras. Gadis itu diamuk emosi. Dan, tidak mustahil dia akan mengulangi tindakan bodoh sebentar tadi.
*** |
|
|
|
|
|
|
|
best cite ni.....
tengah ikuti dalam blog Hanni Ramsul... |
|
|
|
|
|
|
|
best cite ni.....
tengah ikuti dalam blog Hanni Ramsul...
zafran_iman Post at 29-7-2010 12:38 PM
jalan citernya menarik....bersesuaian dengan apa yang banyak terjadi sekarang kan???? |
|
|
|
|
|
|
|
citer best...
amandaatika Post at 29-7-2010 12:40 PM
terima kasih bagi pihak penulis.....
insyallah esok saya postkan utk bab kedua.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# bnmbnm
ye, memang bersesuaian....minta penulis jadikan sebuah novel..... |
|
|
|
|
|
|
|
rumah baru....
amandaatika Post at 29-7-2010 12:39 PM
salam....selalunya jadi tetamu....hari ni baru membina umah......sila lah dtg selalu ya....buat2 lah mcm rumah sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# bnmbnm
kami mmg setia mnanti kalo citer2 bes ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply bnmbnm
ye, memang bersesuaian....minta penulis jadikan sebuah novel.....
zafran_iman Post at 29-7-2010 12:41 PM
jika ada rezeki memang niat Hanni nak jadi kan novel dlm bentuk cetakan juga.........doa2kan lah ya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# bnmbnm
o.k...minta dipercepatkan ye.....
ZI suka semua buku Hanni Ramsul |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# bnmbnm
bersdia je...
peserta tetap ni yg akn melawat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply bnmbnm
kami mmg setia mnanti kalo citer2 bes ni
amandaatika Post at 29-7-2010 12:43 PM
kita ni tukang buat posting jer.... yang perah idea ialah penulisnya....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# bnmbnm
okla tu..
at least ada gak yg tolong meriahkn room ni |
|
|
|
|
|
|
|
kita ni tukang buat posting jer.... yang perah idea ialah penulisnya.......
bnmbnm Post at 29-7-2010 12:49
kira mcm memanjangkan sedekah la ni....
sedekah citer pd kami yg amat memerlukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kira mcm memanjangkan sedekah la ni....
sedekah citer pd kami yg amat memerlukan..
merahsilver Post at 29-7-2010 01:13 PM
cam tu eh? ok lah......sedekah pun sedekah lah kan? |
|
|
|
|
|
|
|
OOoooo... citer Hanni Ramsul tak pernah menghampakan......
yg dua bijik (YM n PAM)... siap dpt signature lagi....... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|