CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 971|Reply: 0

[Sarawak] Tiga lelaki disyaki terlibat rusuhan bersenjata ditangkap

[Copy link]
Post time 25-10-2021 09:56 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Tiga lelaki diberkas polis berhubung kes rusuhan menggunakan senjata yang menyebabkan dua adik beradik cedera dalam insiden di sebuah bengkel di Kampung Peraya, Jalan Padawan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 30 tahun di lokasi berasingan, hari ini.

"Tangkapan pertama sekitar jam 6 pagi hari ini bertempat di Pasar Siburan Batu 17 Jalan Kuching Serian melibatkan seorang lelaki dan tangkapan kedua pada jam 6.30 pagi hari ini bertempat di Kampung Duud Siburan Batu 17 Jalan Kuching Serian di mana tiada sebarang rampasan dibuat semasa tangkapan ini.

"Tangkapan ketiga pula sekitar jam 7.30 pagi hari ini bertempat di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 13 Jalan Kuching Serian melibatkan seorang lelaki," katanya dalam kenyataan.

Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sedang giat mengesan suspek yang masih bebas.

"Kesemua suspek tidak mengaku menyerang mangsa tetapi mengaku ada berada di lokasi kejadian," tambahnya.

Mengulas lanjut kes ini, Abang Zainal berkata, kejadian rusuhan menggunakan senjata itu berlaku sekitar jam 6 petang Ahad yang berlaku bertempat di Kampung Peraya Jalan Padawan.

Menurutnya, semasa kejadian, mangsa lelaki tempatan berumur 26 tahun bersama abangnya dan empat rakannya yang lain sedang membaiki kereta di sebuah bengkel didatangi kira-kira 20 orang yang bersenjatakan parang samurai besi 'kuantaw', kayu hoki dan salah seorang membawa senjata menyerupai senapang patah.

"Dalam kejadian, abang mangsa lelaki tempatan berumur 32 tahun ditetak di tangan kanan, manakala mangsa hanya mengalami calar dan lebam kerana sempat melarikan diri," dedahnya.

Selain itu, katanya, kenderaan pacuan empat roda (4WD) milik mangsa dan kereta pelanggan yang terdapat di bengkel tersebut turut dipecahkan dan telefon bimbit milik abang mangsa telah dibawa lari oleh seorang suspek.


utusanborneo.com.my/2021/10/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.223678 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list