View: 3513|Reply: 12
|
[Tempatan]
Wanita cederakan suami guna dumbell dan pisau sampai lunyai
[Copy link]
|
|
Seorang pendandan rambut berusia 40 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap suaminya menggunakan senjata dan cara berbahaya.
Sharifah Nurul Ainasaama Syed Omar, yang bertongkat ketika memasuki mahkamah, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Surita Budin pada Selasa.
Dia didakwa menggunakan pisau, pemberat dumbbell dan penyapu untuk mencederakan suaminya, Muhammad Danial Zafri Zairi, 31 tahun.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Iringan Bayu sekitar pukul 5 pagi pada 26 Februari.
Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya, dibaca bersama Seksyen 326A.
Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda daripada tempoh maksimum di bawah Seksyen 324.
Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni kemudian mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.
Dia turut mencadangkan agar tertuduh tidak mendekati mangsa, melapor diri ke balai polis terdekat sekali sebulan sehingga kes selesai dan menyerahkan pasport miliknya kepada mahkamah.
Sharifah Nurul Ainasaama, yang tidak diwakili peguam, memohon jumlah jaminan lebih rendah kerana perlu menyara dua anak hasil perkahwinan terdahulu.
“Selain itu, dia (mangsa) yang memukul saya terlebih dahulu,” dakwanya, sambil menyatakan bahawa dia mengalami patah kaki akibat pergaduhan dengan Danial.
Ketika ditanya mahkamah mengenai kecederaan mangsa, DPP Norazihah memaklumkan lelaki itu mengalami luka, bengkak dan kesan gigitan.
Hakim Surita kemudian menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta membenarkan permohonan lain oleh pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 14 April untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Iols lagi curious nak tahuuu…. Napa deyols gado? |
|
|
|
|
|
|
|
laki dia bg borang poligami ke apa sampai ngamuk ni 
i side bini dia la..perempuan xkn bertindak kalau laki xwt hal |
|
|
|
|
|
|
|
Wife dia pn patah kaki kot sbb gaduh ngn suami....ape sgt la luka, bengkak dan kesan gigitan klu nk dibandingkn dgn kaki yg patah...
Lemah r danial.. |
|
|
|
|
|
|
|
teori aku ni x berkaitan kes ni ya
teori aku
pompuan tua, somi muda
pompuan insecure lalu cemburu buta
maka berlaku lah insiden ganas
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Radzor at 4-3-2025 08:13 PM
ape komen forummer age gap mcmni pulak.. pompuan tua, laki muda.
laki tua pompuan muda should be fine
laki senang adapt, sabar, tenang
pompun tua laki muda payah sikit,
pompuan selalu emo mengarut, x pikir panjang |
|
|
|
|
|
|
|
Tak... Pompuan tu patah bagai tp yg kena dakwa yg dia. Apsal yg pukul dia x didakwa? |
|
|
|
|
|
|
|
albedah replied at 4-3-2025 08:12 PM
Tak... Pompuan tu patah bagai tp yg kena dakwa yg dia. Apsal yg pukul dia x didakwa?
agaknya laki dia yg report polis dulu kot...
pasni blh la bini plak pasang loyer balas dakwaan.
korang bergaduh apa ni sampai hempuk dumbbell
mohon tepek pic mangsa skali |
|
|
|
|
|
|
|
Bini pula patah Kaki? Laki ke yg balun Tu?
Bagai Pinang dibelah dua
Harap Lepas ni Bini pasang loyer pulak heret laki
Boleh dedua masuk jel |
|
|
|
|
|
|
|
So laki yg patahkan kaki bini tak kena apa? Apsal tak report against him as well? Eh trigger i dibuatnya |
|
|
|
|
|
|
|
takkan ler puhlis n pendakwaraya bodo sgt nak dakwa pompuan ni kalo x de prima facie |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus ler bininye melawan
Patut kasik patah jgk kaki laki dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|