CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 984|Reply: 0

[Kelantan] Remaja maut, abang ipar cedera dipanah petir

[Copy link]
Post time 27-10-2021 10:52 PM | Show all posts |Read mode
Remaja maut, abang ipar cedera dipanah petir[size=0.8][size=0.9]Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my


Kedua mangsa diberi bantuan selepas dipercayai dipanah petir di kuari Bukit Jerus, Selising di sini, petang hari ini. (Gambar kecil) Muhammad Alif Haikal. Foto Ihsan Pembaca



Pasir Puteh: Remaja berusia 15 tahun meninggal dunia, manakala abang iparnya cedera dipercayai dipanah petir di kuari Bukit Jerus, Selising di sini, petang hari ini.

Kejadian 5.40 petang itu, mangsa, Muhammad Alif Haikal Ludin dari Kampung Hutan Buluh dekat Melor, maut di tempat kejadian.

Abang iparnya yang cedera dikenali sebagai Mat Yi berusia lingkungan 20-an.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, kedua mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Mahligai di Melor namun Muhammad Alif Haikal disahkan sudah meninggal dunia.

"Mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut dan difahamkan mangsa kini berada dalam keadaan stabil," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 27, 2021 @ 10:20pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.059696 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list