|
Edited by Lagubestbest at 28-10-2021 12:17 PM
Dulu2 generasi muda Negara China kalau tak puas hati diorang protest, dan PRC pakar bab2 hancurkan protest. Tapi kini payah sikit. Kerajaan PRC kini mula risau dengan protes yang tak berkesudahan malah makin menular dikenali sebagai Tang Ping” (躺平) atau lying flat (baring rata), suatu cara hidup pasif "menolak cita-cita" yang tentunya merencat keinginan PRC mahukan rakyat yang rajin dan produktif.
Lying Flat/ Baring Rata
- Tidak berkahwin
- Tiada anak
- Tiada kerja
- Tidak memiliki rumah
- Makan/ minum etc (consumption) seminima mungkin
- Hidup tanpa keinginan
Lying Flat ni terjadi sebab ni je cara belia muda China boleh buat terhadap rejim autoritarian PRC dalam melawan:
- Masa kerja terlalu panjang
- Harga rumah terlalu mahal
- Kos mempunyai anak yang terlalu tinggi
Pemuda kelas pekerja Negara China dah menghadapi perubahan besar dalam politik dan masyarakat, hingga mereka melihat:
- Tidak mungkin mampu buat apa-apa revolusi
- Tidak mungkin mampu bebas bersuara
PRC Mula Gelabah
- Forum Douban sekat 10,000 geng Lying Flat dari berdiskusi
- Media Xinhua News keluar statement "generasi baru bukan generasi yang pilih tak buat apa-apa tapi yang pilih rajin kerja" sambil tunjuk pada pencapaian frontliners melawan covid tahun lalu.
Generasi yang tak mahu masuk dalam rat race akan memperlahanhan kadar penggunaan (consumption) sekaligus menjejaskan perkembangan ekonomi yang boleh melemahkan justifikasi moral kenapa Negara China hanya ada sistem satu parti. Jika sebelum ini PRC pandai guna pelbagai alat keselamatan dalam mengekang protes, cara pasif Lying Flat dengan idea tak buat apa-apa menyukarkan kerajaan untuk lawan, nak lawan apa tiada siapa serang pun. PRC melihat cara hidup Lying Flat menyebabkan mereka hilang upaya dalam mengawal rakyat.
Kind-Hearted Traveler - Dah dua tahun saya tak kerja, saya cuma jalan sana sini dan mendapati tiada salahnya hidup sebegini. Tekanan hadir bila kita membanding-banding antara rakan dan terpengaruh dengan nilai yang diterapkan generasi lama. Tekanan sebegini tidak akan pernah habis.. tapi kita tidak wajib ikut norma sebegini. Kita boleh pilih baring menikmati matahari tenggelam, masuk gua, boleh buat cara fikir sendiri.
Luo Huazhong - Saya makan dua kali sehari (telur, nasi, mee) dengan bil hanya $31 sebulan. Buat kerja tidak berjadual seperti jadi extra dalam filem (berlakon terbaring jadi mayat). Saya habiskan waktu dengan berenang dan baca buku tentang masyarakat luar. Tidak semua orang sesuai dengan gaya hidup begini tapi masyarakat seharusnya memberi ruang untuk setiap orang samana nak kejar kemajuan ataupun keluar darinya.
Charlotte Li- Sebagai pekerja dalam industri kewangan, saya rasa ada isu dalam masyarakat. Rasa tidak mampu maju walaupun dah kerja rajin. Saya memilih tidak membeli rumah yang kini mahal dan cuba seimbangkan hidup dan kerja. Rakan lain pun sama, tidak membeli rumah dan tidak mahu anak.
Lying Flat ni muncul atas rasa kecewa dalam kalangan generasi muda, mulai matang dah merasa kemelesetan ekonomi, belum pun pulih covid pula datang. Pakar ekonomi menjangka millennials dan generasi lebih muda bakal lambat berkeluarga dan bina kekayaan berbanding generasi sebelumnya. Di Negara China, rasa tak boleh bergerak ini diperbesar lagi dengan keadaan belia muda yang tiada wakil dalam politik untuk memberi janji mahupun cuba membantu mereka mengejar. Bila berbincang tentang negara, rakyat optomistik Negara China memang mampu berkembang maju dan berkuasa mengalahkan negara lain, tetapi bila berbincang tentang harga properti dan kadar kelahiran, keadaannya menjadi sangat pessimis sehingga ramai rasa mahu menyerah. Apa tujuan memajukan negara? adakah cuma mahu berbangga dengan GDP atau memberi rakyat rasa puas bila mampu sama-sama merasa.
Dah Penat, Ditambah Lagi Beban
Semasa pandemik, pekerja mula menjadi "touching fish" berkongsi cara untuk curi tulang demi sedikit me time di waktu kerja. Lying Flat pula kesinambungan dari rasa mereka diperlakukan seperti "daun bawang" dituai lagi lagi dan lagi, rasa diekspoitasi, dengan beban kerja terlalu banyak dan kerajaan pula berterusan mahu rakyat jadi lebih produktif. Sudah penat, ditambah pula polisi terbaru PRC mahu rakyat tambah anak sebab tidak mahu menjadi negara tua yang dipandang bakal menjejaskan ekonomi masa depan juga tidak membantu. Jadi muncullah budaya membantah tidak mahu berbuat apa-apa.
"Nak bangun tak boleh, tunduk memang saya takkan buat, jadi kita boleh baring rata sajalah"
Rupa-rupanya bukan Negara China sahaja, generasi muda di Jepun dan Korea Selatan pun mula buat hal sama.
PS: At least tak bunuh diri, takde duit keluar kadang2 buat foodpanda, ambil upah berlakon jadi pokok, okay la kan? bukan kacau orang pun. |
|