View: 3299|Reply: 25
|
Pelajar jurusan syariah mengaku bercinta dengan suami orang untuk kajian
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 28-10-2021 08:52 AM
Pelajar mengaku bercinta dengan suami orang untuk kajian
https://www.kosmo.com.my/2021/10 ... orang-untuk-kajian/
Oleh NUR HUDA MUSA
28 Oktober 2021, 4:25 pm
Gambar hiasan
PETALING JAYA – Media sosial sejak semalam kecoh dengan pengakuan seorang pelajar jurusan syariah yang memberitahu sedang bermain cinta dengan suami orang untuk tujuan kajian.
Perkongsian yang dikongsi pelajar itu dimuatnaik di laman Facebook Viral Muafakat Johor tanpa si penulis mendedahkan identiti dirinya yang sebenar.
Melalui hantaran tersebut, pelajar berkenaan mengaku menjadikan suami orang sebagai responden untuk mengkaji kecurangan lelaki dalam rumah tangga dan kebanyakan respondennya ialah merupakan pekerja makan gaji yang tinggal di Kuala Lumpur.
“Cara kerja saya adalah bercinta selama seminggu dan keluar bersama sebanyak dua kali. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf sekiranya suami tersebut berkemungkinan suami kakak-kakak sekalian.
“80 peratus dari responden saya ini mula jatuh cinta dengan saya dan mengajak saya untuk berkahwin walaupun tempoh perkenalan hanya seminggu. Ada yang sanggup beli telefon dan kad sim baru semata-mata untuk menghubungi saya. Ramai yang mengadu ingin dibelai dan inginkan kasih sayang,” katanya.
Wanita itu juga turut menyenaraikan secara ringkas dapatan kajiannya itu yang menunjukkan antara punca pasangan suami isteri berpisah angkara kemunculan orang ketiga.
“Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya simpulkan tentang punca kecurangan responden saya ini ialah, isteri terlalu sibuk dengan media sosial sehingga lupakan suami, isteri sudah tidak kelihatan cantik dan tidak terurus Isteri tidak mahu melayan nafsu batin suami.
“Seterusnya, isteri sudah tidak hormat pada suami, bercakap dirumah pun “aku kau”. Perempuan di luar yang lebih menggoda,” ujarnya.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian orang ramai ialah apabila di akhir hantaran itu, wanita tersebut mengaku terjatuh cinta dengan salah seorang respondennya yang merupakan seorang penguat kuasa kerajaan.
“Jadi, saya ingin ajukan soalan terbuka kepada pihak suami. Apa sebenarnya yang suami inginkan dari seorang isteri? Layanan setiap hari? Kelihatan cantik setiap saat? Zuhud dan lupakan media sosial?
“Dan khilaf saya, terjatuh cinta dengan salah seorang responden saya, penguatkuasa di Pusat Transformasi Bandar (UTC). Maaf akak, saya dah mula sayang suami akak,” katanya.
Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan hantaran itu yang dianggap hanya rekaan. Bagaimanapun, ada juga para wanita yang meluahkan perasaan marah terhadap para lelaki yang memberi pelbagai alasan mahu berlaku curang terhadap isteri.
“Pegang satu konsep, kalau dia tak setia pada isterinya, dia juga akan buat benda yang sama pada kita. Belum kahwin semua indah, dah kahwin barulah faham erti rumahtangga,” kata Aisyah.
“Bila rumahtangga tak dipandang dengan rahmah, sakinah, mawaddah inilah jadinya. Kalau nak isteri cantik berseri macam waktu bercinta, jangan kacau duit isteri, jangan bebankan isteri dengan tanggungjawab seorang suami.Anak-anak jangan bagi isteri jaga, cari orang gaji. Boleh?,” kata Siti Murtiah. – K! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kajian apa ni? kajian nak sakitkan hati sendiri ke cemana?? |
|
|
|
|
|
|
|
sapelah yg luluskan kajian sebegini ... ke saja2 je ckp kajian ... |
|
|
|
|
|
|
|
hasanah ke? ape bukti yg dia tepek berkaitan kajian tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Weh cerita lama la
Zaman sblm kovit kot kisah ni |
|
|
|
|
|
|
|
macam pernah baca kisah ni. tapi kalo betul wujud kajian ni mesti perempuan ni rasa diri tu hot stuff kan. seminggu kenal lelaki2 ni dah ajk kawin. padahal dah mmg resam jantan suka menabur janji palsu |
|
|
|
|
|
|
|
trisnalovezul replied at 28-10-2021 05:40 PM
dasar murahan
Kat rumah takde cermin ke?
Kesian...jgn lupa pg beli dan cermin diri puas2 |
|
|
|
|
|
|
|
tp kut seminggu dah kata i lap you, percaya la , tu nak gentel cipap ko je dek..
kut meols lecturer budak ni, aku hempuk je pala dgn fail, naive giler ko dhekk.. baru nak kena dunia keeewwww |
|
|
|
|
|
|
|
kajian cari nahas ni... hahah.. risiko besar mcm2 boleh jadi ada yang terbang kealam kubur pun ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kira tunggang ugama gak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ni di katakan betul betul kajian....rasa sendiri dulu baru tulis tesis |
|
|
|
|
|
|
|
bebetul kajian ni..kalau kaya takpe la jgk nk curang..tp bkn laki kita la..laki org..kalau mitk blnja iphone pun xmampu ada hati nk curang |
|
|
|
|
|
|
|
Syariah?
Kalau budak Psikologi buat gini, logik juga.
Ngaku aje la kau memang birah ada fetish kat laki orang. |
|
|
|
|
|
|
|
kajian atas katil ko buat ke tak dekk? |
|
|
|
|
|
|
|
Lect mana yg approve tajuk ko dek? |
|
|
|
|
|
|
|
Supervisor main approve je tajuk kajian ye dekkkk.. Sabau je la |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyooo... kajian mende ni? Budak syariah pulak tu??? Tak percaya aku kalau lelaki2 yg curang2 ni just keluar makan, borak2 je... mesti sampai ranjang punyalah... kalau nak curang tapi ada halal gap, buat apa nak curang? Baik dia menggentel bini kat rumah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|