CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1846|Reply: 11

[Politik] Pendakwaan: 1MDB diurus macam 'kedai kopi Cina di Jalan Petaling'

[Copy link]
Post time 9-11-2021 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 9-12-2021 10:43 PM

Pendakwaan: 1MDB diurus macam 'kedai kopi Cina di Jalan Petaling'
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  Nov 9, 2021 12:29 PM




Dikemaskini: 12:32 PM
KES 1MDB NAJIB | Pihak pendakwaan menyifatkan urusan korporat 1MDB seperti "dikendalikan seperti kedai kopi Cina di Jalan Petaling".

Timbalan pendakwa raya kanan Gopal Sri Ram membuat perbandingan itu hari ini, ketika menyuarakan bantahan terhadap soalan-soalan yang diutarakan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed terhadap seorang saksi pendakwaan, yang didakwanya sebagai "tidak relevan".

Wan Aizuddin memeriksa balas bekas CEO 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman dalam perbicaraan kes rasuah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Wan Aizuddin antara lain bertanya Hazem berkenaan penggunaan pinjaman AS$975 juta oleh 1MDB untuk membeli semula saham syarikat itu daripada Aabar Investments PJS Limited, salah satu entiti antarabangsa yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

"Kami setuju...bahawa hal ehwal 1MDB dikendalikan lebih seperti kedai kopi Cina di Jalan Petaling.

"Kami katakan yang mereka ini (antaranya sejumlah pegawai 1MDB) bertindak atas arahan Jho Low, yang merupakan alter ego dan cerminan kepada tertuduh (Najib), dan kedua-duanya bertindak secara bersama.

"Kami setuju untuk bertoleransi dengan soalan-soalan ini dan ia sama sekali tidak relevan dengan hujah kami," kata Sri Ram kepada hakim Collin Lawrence Sequerah.



Wan Aizuddin kemudian memberitahu mahkamah yang soalan yang diutarakan pihak pembelaan dalam pemeriksaan balas adalah untuk menunjukkan salah laku dalam 1MDB adalah berpunca daripada komplot Jho Low dan tanpa penglibatan Najib.

"Mereka (pendakwaan) ada hujah mereka, tetapi kami ada hujah kami. Kami katakan ada salah urus (dalam 1MDB), tetapi ia dilakukan oleh Jho Low dan tidak melibatkan anak guam kami," katanya.

Wan Aizuddin berkata, soalan dalam pemeriksaan balas itu wajar memandangkan Hazem didakwa sering terlupa ketika disoal dalam perbicaraan.

Sequerah kemudian mengingatkan peguam itu yang saksi mungkin tidak dapat mengingat semula banyak perincian berhubung peristiwa-peristiwa tertentu memandangkan ia berlaku beberapa tahun lalu, dan meminta pihak pembelaan agar memendekkan soalan.

Perbicaraan bersambung tengah hari ini.

Pinjaman penyambung dan pinjaman facility

Ketika penyataan pembukaan pendakwaan di peringkat awal perbicaraan dua tahun lalu, tertuduh dikatakan meluluskan subsidiari 1MDB, iaitu 1MDB Energy Holdings Litd untuk mendapatkan dua pinjaman berjumlah US$1.225 bilion daripada Bank Deutsche Singapura.

Pinjaman itu didakwa diperolehi menerusi jaminan daripada 1MDB Energy dan 1MDB Langat.

Pendakwaan mengatakan ia merupakan pinjaman penyambung (bridging loan) berjumlah AS$250 juta dan pinjaman facility berjumlah AS$975 juta. Pinjaman yang pertama didakwa diperolehi pada 26 Mei 2014.

Daripada jumlah itu, sebanyak AS$239,939,970 didakwa dimasukkan ke akaun 1MDB Energy Holdings Ltd di Falcon Bank Hong Kong pada 28 Mei 2014. Daripada jumlah itu, 1MDB Energy Holdings Ltd didakwa membayar Aabar Investments PJS Ltd BVI sebanyak AS$175 juta ke dalam akaun entiti itu di BSI Lugano, Switzerland, dikatakan untuk menebus sebahagian pegangan (option) yang diberi sebagai sekuriti tambahan, seperti yang disebut sebelum ini.

Bagaimanapun, pasukan pembelaan kekal mengatakan Najib tidak tahu berkenaan salah laku dalam 1MDB dan apa yang berlaku adalah komplot Jho Low dan beberapa individu lain.

Najib dihadapkan dengan empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Ia didakwa berlaku ketika dia menjadi menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.


Single Polls, Total 13 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk nya Najib punya kes ya, SRC, 1MDB, x bayar cukai ank beranak..boss ku lar sgt..I yg x minat politik ni pun dh jd tertarik lak nk follow gara gara Jibby ni ..
Tp Umno ni mmg dari dulu lg orgnya2 suka  korup..x padan dgn nma parti Melayu Islam..harap lps ni ada lg yg kna dakwa atas sabitan salah laku
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Whitney72 replied at 9-12-2021 12:57 AM
Byk nya Najib punya kes ya, SRC, 1MDB, x bayar cukai ank beranak..boss ku lar sgt..I yg x minat poli ...

Kannnn...bukan ni satu je taik dia buat....laki bini sama buat taik dlm Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 08:53 AM | Show all posts
pindah hakim ni hakim mahkamah adat shj..habis cerita..kalau adalah
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
keane.somewhere replied at 9-12-2021 08:01 AM
Kannnn...bukan ni satu je taik dia buat....laki bini sama buat taik dlm Malaysia

Laki bini, ank tiri, ank kandung smua buat taik..x byar cukai, duit utk filem Hollywood etc
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai kopi cina memang sedap makan roti bakar, nyum nyum nyum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2021 03:05 PM | Show all posts
susah la nak lepas Datuk Seri... banyak sangat kes, patut pecat TS Shafee tu sebab defence strategy dia deny & play dumb.  Takkanlah Perdana Menteri sembab macam tu, apa pun tak tau.  Ataupun memang kes tak boleh diselamatkan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Whitney72 replied at 9-12-2021 01:44 PM
Laki bini, ank tiri, ank kandung smua buat taik..x byar cukai, duit utk filem Hollywood etc

Kan sakit hati baca pasal diorg ni satu family....memang keluarga kaki jarah duit negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 9-12-2021 01:48 PM
Kedai kopi cina memang sedap makan roti bakar, nyum nyum nyum

Roti kukus pun sedap
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno ni dah sinonim dgn rasuah...sebut umno, teringat rasuah..ckp rasuah, teringat umno...sudah sebati dlm pemikiran rakyat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2022 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Whitney72 replied at 9-12-2021 02:57 AM
Byk nya Najib punya kes ya, SRC, 1MDB, x bayar cukai ank beranak..boss ku lar sgt..I yg x minat poli ...

Terlampauuuuu tamakkkk ginila jadinyaaa .tu Pon Masih ada yg ckp najib kena frame haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.083585 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list