walopon iols tak berkenan dgn chris pratt semenjak dia ceraikan anna faris, namun, iols nak juga tgk citer nih..
Jurassic World: Dominion ialah filem pengembaraan fiksyen sains Amerika akan datang yang diarahkan oleh Colin Trevorrow, yang menulis lakon layar dengan Emily Carmichael, berdasarkan cerita oleh Trevorrow dan rakan penulisnya, Derek Connolly. Ia adalah sekuel Jurassic World: Fallen Kingdom (2018), filem keenam dalam francais Jurassic Park, dan filem ketiga dalam trilogi Jurassic World.
Seperti filem terdahulunya, Frank Marshall dan Patrick Crowley akan menerbitkan filem itu, dengan pengarah Trevorrow dan Jurassic Park (1993) Steven Spielberg bertindak sebagai penerbit eksekutif.
Filem ini dibintangi oleh pelakon ensemble termasuk Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Sam Neill, Laura Dern, Jeff Goldblum, Daniella Pineda, Isabella Sermon, Justice Smith, Omar Sy, dan BD Wong yang mengulangi peranan mereka dari filem sebelumnya dalam francais, dan mereka disertai oleh Mamoudou Athie, Scott Haze, Dichen Lachman, Campbell Scott, dan DeWanda Wise.
Filem ini telah dirancang seawal 2014, sebahagian daripada trilogi Dunia Jurassic pada masa depan.
Penggambaran bermula di Kanada pada Februari 2020 dan berpindah ke lokasi lain di England pada bulan berikutnya.
Pada Mac 2020, pengeluaran telah ditangguhkan sebagai langkah berjaga-jaga keselamatan akibat pandemik COVID-19.
Pengeluaran disambung semula pada Julai 2020, dan berakhir empat bulan kemudian pada bulan November, dengan lokasi penggambaran termasuk Pinewood Studios England dan negara Malta.
Jurassic World: Dominion dijadualkan untuk tayangan teater pada 10 Jun 2022 dalam RealD 3D, oleh Universal Pictures.
jurassic park no 2 tu meols tak sampai hati nak tgk. sbb byk sgt penyeksaan binatang, walaupun sekadar dinosaur. pastu jalan citernye pun cam mengarut. plg tak boleh blah la kan ape motif diorg cipta dinosaur yg takleh dikawal ? hujung2 mati katak
jurassic park 2 bkn ke lost world? yg julianne moore lakon?
ke nak kata jurassic world 2? yg deme reka dinosaur baru pastu nak jual kat orka2? yg deme reka clone budak pompan tuh?
tang mana binatang terseksa ni? iols tak berapa nak ingat..
pada asalnya, the science behind creating extinct animals ni yg mengagumkan.. iols tetap rasa mengagumkan... next nak tunggu filem avatar 2, walopon menda ni fantasi jahh..
Author|Post time 11-6-2022 04:00 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols dah tgk citer nihh.. ok je la.. mcm buhsan pun ada.. fefeeling lelebey plak.. ada pelakon watak lesbo pun ada.. taktau la nak normalisasikan ke sbb nak include deme dlm skrip ke hapa..
Post time 12-6-2022 01:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bosan giler.... Sebenarnye depa nak sampaikan mesej krisis makanan saja pd 1 dunia... Tapi sampai kene buat filem... Contoh mcm filem dinasour niela... Menguap skala 10... Ntah ape2x..tp tetap selitkan propaganda... Gitula...
Post time 12-6-2022 03:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Frust tgk citer ni.... Tgk trailer igt citer ni lain dari francais sblom2, dok harap citer ni berkisar krisis Man vs Dino dlm bandar sblom langkah masuk cinema.
Dok bayang babak raptor masuk laman rumah selobgkar tong sampah, T rex berjln2 di taman dll.... Tp meleset
Jln citer masih sama, masih di kawasan terpencil gak....
Babak dinosaur dlm bandar pun takat bila dinosaur terlepas kurung dlm pasar gelap jualan dinosaur tu jer....
Ujung2 isunya pasal genetik engineering ubah belalang jadi besar dan kacau rantaian makanan...
Dan mcm biasa, klimaks mesti babak Trex jadi juara lawan dinosaur besar lain, kalau sblom ni Indominus Rex tp kali ni lawan Giganotosaurus
iols pun berasa bosan menonton...dh la tiba2 eczema trigger, iols lebih banyak menggaru dari tertarik nk fokus menonton..2 kali iols excuse pergi toilet sambil2 merayau sana sini dan fix make-up..padahal iols kalau lepas balik kerja mmg suka konsep rupa kak limah aja sb tak kuasa..
sang penjahat pun so-so sgt.. tak cunning sgt dan bukan high quality bad guy material pun ada juga...matik pun gituh ajaa..
tak berapa nk rajin review panjang2..sb karang mcm sama ja resepi jalan cerita...sekian.
masa meols tgk citer ni, tgk ngan budak-budak. eh ramai plak bebudak suka. mungkin sbb dialog tak banyak pastu byk action plak tu. pastu gi diy jap tengok ramai plak bebudak beli mainan dinosaur. bg meols kalau nak kata bosan, lg bosan no 2 tu. no 3 ni meols rasa oklah penutup terus utk francais ni. chris pratt pun dialog tak banyak. ending cam tak logik kejap kecik kejap beso dinosaurnye, pastu cam ideal sangat la kan hidup dikelilingi dinosaur aman damai gitu
KAlau ko rasa yg sblom2 nih best, maka yg nni pun lebih kurang jer.....
Storyline pun byk kat company Gensyn ke apa ntah..krisis pasal culik budak yg diklon tu utk study genetik dia....
Mmg meleset lah kalau yg igt citer nih pasal krisis manusia dab dinosaur yg berkongsi ekosistem....sbb xder pun babak dinosaur hidup di kalangan manusia....hampeh btol