View: 1179|Reply: 7
|
Suka Kaum Sejenis Sejak Kecil, Lelaki Ini Lawan Godaan Dengan Dahulukan Agama
[Copy link]
|
|
Sebagai seorang Muslim, kita sudah biasa mendengar tentang peristiwa musnahnya kaum Nabi Luth yang diterangkan dalam Surah Hud, ayat 82-83, yang bermaksud: “Maka apabila datang (masa pelaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu daripada tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh daripada orang-orang yang zalim itu.”
Kaum Nabi Luth dibinasakan disebabkan mereka mengingkari dakwah yang disampaikan baginda. Sebahagian besar kaum Nabi Luth mempunyai keinginan luar biasa terhadap hubungan sejenis. Allah SWT kemudiannya menghantar malaikat-malaikatnya yang taat lalu menimpakan azab dahsyat itu secara mengejut hingga kota dan penduduknya lenyap dari muka bumi ini. Sehubungan itu, apabila semakin banyak gejala seumpama itu berlaku dalam masyarakat, umat Islam wajar bangkit melaksanakan kewajipan ‘amar makruf nahi mungkar’.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Peruzzzzz, dia menyatakan bahawa Tuhan sedang menguji dirinya. Dari kecil lagi dia mempunyai perasaan terhadap kaum sejenis tetapi dia selalu melawan perasaan tersebut. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa perasaannya dan dia akan sentiasa memilih agamanya. Video tersebut telah mendapat hampir 555,000 like di Tiktok dan rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada Peruzzzzz. Namun, terdapat juga yang mencemuh golongan ini.
Memang benar, perkara ini perlu ditentang tapi Islam tidak pernah mengajar kita untuk berkasar, dan mencemuh orang lain. Setiap seorang daripada kita mempunya 'battle' yang tersendiri. Tetapi tidak semestinya kita mempunya hak untuk bertindak kasar terhadap orang lain. Pendekatan yang baik semestinya akan dapat membantu golongan ini. Jika kita menyisihkan mereka, ia akan merosakkan lagi jiwa mereka dan akhirnya akan mewujudkan komuniti yang terpinggir.
Ini ada komen-komen netizen di Tiktok Peruzzzzz:
Perjuangan melawan hawa nafsu terhadap kaum sejenis itu ada satu jihad yang sangat besar. Tidak semua orang mampu melakukannya. Perasaan itu sukar disembuhkan disebabkan ia sudah menjadi satu ketagihan dan norma dalam masyarakat kini.
Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan dan ganjaran pahala yang besar serta mengampunkan dosa mereka. Amin! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Bertabahlah dek peruzz wpon ko bukan jatuh bawah kategori yg helokkkkkkk yaach |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas buat beliau moga dia terus bersemangat dan tak mudah kalah |
|
|
|
|
|
|
|
suka x salah pon, cuma tahan diri jgn buat dosa, xkesah kau gay ke straight |
|
|
|
|
|
|
|
kekdahnya perlu ke nk pi canang satu dunia.. aduhai..simpan sendri2 tak leh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
masa kami sekolah dulu ustaz pernah cakap pasal homo ni. gay & lesbian. waktu zaman dulu benda tu sangat lah sensitif dan tak diterima macam sekarang ni
ustaz kata, orang Islam yang melawan nafsu gay dan lesbian ni antara manusia paling kuat imannya, insyaallah. pahala buat diorang ni, Allah je yang tau. jihad nafsu.
berkat kesabaran mereka menahan diri di dunia ni, insyaallah ganjaran syurga menanti.
tapi ingat, dalam Al-Qur'an pun ada menyatakan dengan jelas, akan kaum nabi Luth. sebagai peringatan dan amaran kepada kita yang ada.
Allah itu Maha Adil
setiap ujian dan dugaan yang mendatang
akan ada ganjaran menanti kelak, di dunia mahupun di akhirat
bersabarlah |
|
|
|
|
|
|
|
Baguih dok ada |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo dpt lawan nafsu sbb Allah, mmg kuat sgt iman nk tempuh dugaan ni..tp yg nak gtao semua org tu da ngape..kebodohan tu xleh ke nk simpan |
|
|
|
|
|
|
| |
|