CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1143|Reply: 3

5 Logo Jenama Popular Yang Mempunyai Simbol Mitologi!

[Copy link]
Post time 18-1-2022 10:21 PM | Show all posts |Read mode
Banyak pengusaha sebolehnya enggan mencampur elemen agama ataupun kepercayaan tertentu menerusi logo produk merekakerana khuatir pengguna akan salah tafsir.


Pun begitu, mungkin ramai tidak sedar yang sebenarnya banyak produk terkenal mempunyai logo dengan makna tersendiri seperti kepercayaan Mitologi.


kredit foto: CNN



Ini adalah 5 logo jenama popular yang mempunyai simbol mitologi.



  • Nike (Dewi Nike)
kredit foto: Wikipedia



Lihat saja logo Nike, umum sudah tahu ia merupakan jenama
produk sukan terkenal di dunia. Perkataan dari logo itu diambil daripada nama Dewi Yunani iaitu Nike.


Nike merupakan dewi yang mengusai kemenangan dan anak kepada seorang Titan bernama Pallas dan ibunya, Styx.

Ramai penyelidik mitologi percaya orang Yunani dulu menyembah Nike untuk meninggikan kadar kejayaan mereka dalam sesuatu usaha yang diusahakan.



  • Starbucks (Siren)
kredit foto: Quora



Jenama Starbucks pula mempunyai kisah yang lain sedikit kerana ia tidak memaparkan dewa-dewi dari Mitologi, tetapi logo Starbucks berasal daripada sejenis makhluk dalam mitologi yang dinamakan Siren.



Menurut penerangan rasmi Starbucks dulu, logo itu hadir tidak sengaja semasa pengurusan awal Starbucks. Selepas dirujuk dari pelbagai sumber, salah seorang pereka menemui kisah dan lakaran makhluk Siren di dalam buku rujukan kehidupan marin.

Salah satu pendapat lain adalah logo itu datang daripada Dewi Astarte atau Ashtoreth yang dipuja kerana memberi kesuburan dan seksualiti masyarakat dahulu.



Logo Starbucks dahulu lebih menyerupai makhluk Siren dan sekarang ianya hanya memaparkan muka dan ekornya yang bercabang.



  • Saluran TV NBC (Burung Merak Hera)
kredit foto: SQLServer



NBC adalah saluran media yang popular di seluruh dunia dan logo merak yang mempunyai pelbagai warna amat dikenali ramai.



Logo ini datang dari burung merak yang dibela Dewi Hera. Dalam mitologi kepercayaan orang Yunani, burung merak merupakan makhluk yang disayanginya.

Ceritanya, Hera mempunyai pengawal gergasi yang bernama Argus, bagaimanapun Argus ada perselisih faham dengan Zeus yang kemudian memerintahkan Argus dibunuh.



Zeus kemudian memutuskan untuk menukarkan Argus menjadi burung merak selepas Hera kecewa dengan keputusannya sebelum itu.



  • Versace (Medusa)
kredit foto: LogoM



Versace adalah jenama
pakaian yang ramai tidak sedar logonya adalah dari makhluk mitologi Medusa, Gianni Versace.


Kata pengasasnya, logo Versace diinsiprasikan dari makhluk mitogi Medusa kerana ia mampu menggoda sesiapa saja.

Medusa adalah salah satu makhluk daripada jenis Gorgon yang mempunyai rambut daripada puluhan ular dan sesiapa yang melihat Medusa dikatakan akan bertukar menjadi batu.



  • Dove (Aphrodite)
kredit foto: 1000logos



Mungkin ramai yang tidak tahu makna logo Dove yang terkenal sebagai
produk kebersihan diri. Sama seperti Dewi Hera yang menyanyangi burung merak, burung merpati adalah kesayangan Dewi Aphrodite yang menguasai kasih sayang, cinta, kecantikan dan kesuburan.

Semasa mahu menamakan produk sabun keluaran adik beradik Lever, mereka pada mulanya bercadang menggunakan Honey ataupun Sunlight, tetapi memilih Dove sempena inspirasi kecantikan Dewi Aphrodite. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus info
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Luxury brand, Hermes tu pun ambil dari one of Greek gods jgk
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:11 PM | Show all posts
Kalau ada penjelasan tentang maksud simbol luxury brands lebih menarik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.042127 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list