View: 1646|Reply: 6
|
Penjual Buah Kongsi Cara Pilih Buah Oren Yang Manis
[Copy link]
|
|
Tidak lama lagi, masyarakat Cina akan merayakan sambutan tahun baru. Sudah semestinya, pelbagai persiapan mula dibuat seperti membeli pakaian baru, menghias rumah dan membeli barangan dapur untuk masakan.
Selain daripada itu, telah menjadi simbolik bagi masyarakat Cina membeli buah oren untuk sambutan tahun baru tersebut. Tanpa buah oren, pasti sambutan perayaan tersebut akan rasa kosong dan tidak lengkap.
Namun, Kita seringkali tersalah beli buah oren yang masam atau kurang manis. Perkara ini pasti mengecewakan kerana tidak dapat menikmati kesedapan sebenar buah oren terutama semasa perayaan.
Oleh sebab itu, seorang penjual buah yang dikenali sebagai Mad Buah telah berkongsikan cara bagaimana memilih buah oren Yang Manis di akaun TikTok miliknya. Ternyata mudah sekali cara memilih buah oren melalui video yang dikongsi itu.
Menurut Mad, cara untuk tahu buah oren itu manis atau sebaliknya adalah dengan hanya melihat lubang pada bahagia luar kulit oren tersebut. Sekiranya lubang itu kecil, ia bermaksud bahawa buah oren tersebut kurang manis, manakala jika lubang itu besar, Maka buah oren tersebut adalah manis.
Sangat mudah tips yang dikongsi kan penjual buah ini melalui video TikTok miliknya.Setakat hari ni video tersebut telah mencapai 269.9k penonton dan 13.1k tanda Suka.
Selain daripada tips memilih buah Oren, Mad jugak ada berkongsikan tips bermanfaat memilih buah lain seperti nanas, Pisang, anggur, cempedak dan sebagainya. -CARI
Sumber: SiakapKeli dan TikTok mad_buah |
|
|
|
|
|
|
|
dah tau lama and dah lama praktik cara yg sama
cuma oren skang mahal benor rege dia...sebijik dah dekat 3 hengget
|
|
|
|
|
|
|
|
oren buat jus tu
oren raya cina namanya mandarin orange
|
|
|
|
|
|
|
|
tips pilih oren ka limau ?
Oren, kalau nak yang manis macam topikan twistr tu, beli orange navel.. pungkoq tersembul.. puas hati makan oren ni.. valencia ni, masam2 manis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang amalkan macam ni pon. Tapi setiap kali nak beli mesti banyak yg tak berlubang. Yang berlubang orang lain dah rembat dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Tips berguna untuk yang belum mengetahuinya |
|
|
|
|
|
|
| |
|