View: 1657|Reply: 6
|
Abang Sado Tunjuk Kuat Konon Angkat Bumper Plate, Tapi Malu Satu Gim Bau Kentut
[Copy link]
|
|
Selalunya apabila berada di gim, kita sering kali ternampak lelaki 'sado' yang akan mengambil peluang tersebut untuk tayang otot badan mereka lagi-lagi jika ada perempuan cantik di sekitar gim tersebut.
Namun bak kata pepatah malang tidak berbau, terdapat juga perkara yang tidak terjangka berlaku yang menyebabkan situasi sunyi sepi di gim tersebut akhirnya bertukar menjadi perkara yang mengaibkan seperti kejadian dialami seorang lelaki ini.
Baru-baru ini, viral video yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Zal.Tumbel. Video tersebut menunjukkan seorang lelaki sado sedang duduk dalam posisi bongkok untuk mengangkat besi angkat berat tetapi tiba-tiba sahaja lelaki berkenaan terkentut dengan kuat sekali dan boleh dikatakan satu gim telah bergema dengan bunyi kentutnya.
Akibat malu dengan insiden tersebut, dia terus membatalkan niat untuk bersenam kerana kedengaran bunyi rakannya yang ketawa berdekah-dekah tanpa henti. Mana tidaknya, baru sahaja nak mengurat gadis-gadis cantik di gim dengan mengangkat besi angkat berat tetapi lain pula jadinya.
Meskipun rakaman video itu pendek, namun video ini berjaya membuatkan ramai netizen terhibur sehingga meraih hampir 2 juta jumlah tontonan. Ada juga netizen yang mengatakan bahawa insiden itu sangat memalukan dan menasihati lelaki sado itu untuk bertukar gim lain selepas ini. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh iols pun selalu tau ms tgah jogging tu la nk kentut bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan bunyi tu edit je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aku pown rasa tu bunyi kentut edit jer.. in fact kalo tgok betol2 die x jadi angkat berat tu sbb pinggang die mcm sakit mungkin sbb posisi die x berapa nak betol ke apa.. so bukan sbb kentut or terberak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 5-2-2022 01:00 PM
Hari malang buat beliau
Siapa kata malang tidak berbau?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|