CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 506|Reply: 4

[Dunia] Saintis China dakwa temui penawar Omicron

[Copy link]
Post time 3-2-2022 08:24 PM | Show all posts |Read mode

Antibodi yang disintesi daripada dua komponen sistem imun manusia didakwa mampu meneutralkan Omicron. - Google

Saintis China dakwa temui penawar Omicron

BEIJING – Sekumpulan  penyelidik di China mendakwa bahawa mereka membangunkan sejenis antibodi baharu yang dikatakan mampu membunuh varian Omicron, lapor laman berita RT  kelmarin.

Penghasilan antibodi baharu itu dibuat menerusi proses sintesis antara dua komponen sel antibodi asal daripada sel imunisasi manusia.

Jika bersendirian, komponen asal sel itu tidak memberi kesan terhadap Omicron, namun ia akan meneutralkan virus Omicron apabila digabungkan.

Pasukan penyelidik dari Universiti Fudan, Shanghai itu menyifatkan penemuan mengejut mereka sebagai ‘anugerah Tuhan’ dan meletakkan manusia selangkah di hadapan dalam usaha memerangi Covid-19.

Diketuai oleh Profesor Huang Jinghe, pasukan itu berjaya membangunkan lapan antibodi yang disintesis dalam tempoh yang agak singkat.

“Ini adalah satu kejayaan yang mengejutkan kerana penghasilan antibodi tersebut pada mulanya tidak bertujuan untuk merawat virus Covid-19 dan dibangunkan untuk penyakit berjangkit yang lain.

“Penemuan ni bakal memberikan kelebihan kepada manusia bagi mengatasai pandemik yang sedang berleluasa di seluruh dunia,” jelas Huang.

Antibodi khas itu juga mampu meneutralkan varian Delta iaitu mutasi Covid-19 terdahulu dan  menangani Sindrom Pernafasan Akut Teruk bagi mengehadkan keupayaan virus untuk merebak.

Pasukan itu menggariskan kerja dan penemuan mereka dalam kertas akademik bertajuk  ‘Combating the Sars-CoV-2 Omicron variant with non-Omicron neutralizing antibodies’

Bagaimanapun, penyelidikan tersebut masih memerlukan kajian lanjut dan pengesahan oleh ahli-ahli akademik lain. – Agensi


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/02 ... ui-penawar-omicron/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Anvvar Avraham pun Anughairah Tuhan jugak
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 08:51 PM | Show all posts
Baguslah. Cuma ada yang secara umum bercakap tentang ketuhanan di negara komunis ni agak ganjil.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Gwan Yin tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 04:49 PM | Show all posts
kami taknak penawar, kami nak vaksin!!
kata provac.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.064389 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list