CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2017|Reply: 21

Tak Periksa Sebelum Hantar Email, Pelajar Tersilap "Forward" Ayat Cinta Kepada HR

[Copy link]
Post time 23-2-2022 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Jika kita mahu menghantar "resume" untuk meminta peluang pekerjaan, sudah tentu tanggapan pertama dalam bentuk email adalah perkara paling penting sebelum ditapis Bahagian Sumber Manusia (Human Resources Department).

Tetapi ada calon pekerja cuai kerana lupa untuk memeriksa email sebelum dihantar kepada bakal majikan.


kredit foto: NBCNews



Menurut Beautifulnara, tular sebuah ciapan yang berkongsi satu permohonan "resume" dihantar seorang pelajar yang mengharapkan untuk mendapat kerja dalam latihan industri.



Tetapi apa yang menarik perhatian orang ramai apabila pelajar itu ter"forward" bersama mesej berbaur romantis.




Menerusi ciapan tersebut, penghantar mungkin tidak perasan mesej berkenaan sebelum menghantarkannya ke HR.



Menurut penulis ciapan itu, kesilapan kecil berkenaan seharusnya perlu dielakkan ketika menghantar permohonan kerja ataupun penempatan latihan industri kerana ia boleh memberikan tanggapan kurang baik kepada bakal majikan.




Cukup menarik juga, ramai netizen di Twitter terhibur melihat email yang dihantar oleh pelajar itu. Ada juga mencadangkan pihak universiti untuk mengajar cara menulis surat rasmi supaya kesilapan ini tidak berlaku sekali lagi. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2022 07:11 PM | Show all posts
meols maapkan je la sbb mmg budak ni buat silap.. bukan robot pun.. macam la ko tu tak penah buat silap seumo idop kut
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 10:29 PM | Show all posts
Last2 yg ada cable je yg dpt msuk.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 12:27 AM | Show all posts
kalau iols, iols rejek je sebab dah tau sejenis perangai tak teliti, so camne nak buat kerja nanti? mesti buat asal boleh je tanpa cek semula hasil kerja tangan sendiri. Sori iols tak suka yach, nak2 bbnu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Iye iols pun reject sbb (1) careless, tak teliti (2) pemalas, resume pun mintak boyfriend buat. Ntah2 nanti interview ajak mak teman.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 09:38 AM | Show all posts
klu iols panggil interview jek nak tgk orgnya depan2...nak dapat kerja blm tentu...hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2022 09:57 AM | Show all posts
Pengajarannya untuk semak kembali apa-apa dokumen ataupun email yang hendak dihantar
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 11:07 AM | Show all posts
berani betul forward2 je..
meols compose kot setiap email..
sbb takut benda2 camni la..
memalukan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2022 11:29 AM | Show all posts
Tak tahu nak komen apa.. Sejenis tak suka orang kerja tak serious..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 12:49 PM | Show all posts
Gelojoh sangat macam tu ler hasilnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 02:15 PM | Show all posts
Ayoyo lemahnyer dikk  nk apply training industry pun pakai cable.. Kalau aku  jaga lagi kt bahagian HR ni memang aku bakulsampahkan..

1) Minta kerja. Resume suh org buat
2) pakwe ada dalam opis yg sama..nt nk meleser je..tk jadi kerja.
3) Budak2 mcm ni selalunyer gedik je lebih..nt apa2 hal mengadu kat pakwe
4) pemalas & tak teliti.. nk hantar emel pun tk pandai.Lemah!! tau forward je.. kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 02:16 PM | Show all posts
pxlbb replied at 24-2-2022 08:50 AM
Iye iols pun reject sbb (1) careless, tak teliti (2) pemalas, resume pun mintak boyfriend buat. Ntah ...

betul tu gedik2 je lebih tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 04:44 PM | Show all posts
Yang Faisal Rahim tu reply "kesilapan reply fwd message, penggunaan CC, BBC"


BCC aku tau la...BBC tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Memalukan je
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 04:46 AM | Show all posts
Edited by fullsoftspc at 25-2-2022 04:48 AM

Thanks! for sharing this information. This information is according to my need.
If you want to read more about this topic you can check out this links. fullsoftspc.com is one of the best software website.
https://fullsoftspc.com/bandicam-keymaker/
https://fullsoftspc.com/daemon-tools-ultra-crack/
https://fullsoftspc.com/
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 06:33 AM | Show all posts
FMKiller replied at 24-2-2022 04:44 PM
Yang Faisal Rahim tu reply "kesilapan reply fwd message, penggunaan CC, BBC"

BCC stands for 'blind carbon copy' dimana kalau kita letak penerima dalam BCC, penerima yang lain (dalam tab 'To' or 'CC') takkan tau yang penerima BCC pun ada terima email tersebut. tak pernah guna tab BCC sebelum ni tapi pernah terbaca out of curiousity huhumaybe sebagai contoh untuk kes ni, HR nak reply email candidates interview dan dalam masa yang sama BCC ke higher management to avoid revealing their email to outsiders.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2022 07:26 AM | Show all posts
AverageJoe replied at 25-2-2022 06:33 AM
BCC stands for 'blind carbon copy' dimana kalau kita letak penerima dalam BCC, penerima yang lain  ...

FMKiller tu cakap BCC dia tahu. yg dia tak tahu apa maksud BBC mcm yg Faisal Rahim reply tu.
btw, aku suka tgk Nik Akmal ni - speaker kat ML Studio selalu sembang pasal internship, HR etc.
and office aku pernah jemput company dia buat MOA dgn kitorang utk program internship.
kadang2 tengok whatsapp status dia cute je
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 12:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 12:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 12:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.180099 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list