View: 877|Reply: 0
|
Pemandu Terkejut Stereng Kereta Berasap Sebab Pelekat Getah!
[Copy link]
|
|
Di laman video sosial TikTok, ada satu video yang menjadi tular apabila ia memaparkan pelekat getah lutsinar yang ditampal di bahagian kanan cermin kereta hadapannya boleh dipantul menjadi cahaya tajam dan ia cukup panas sehingga stereng kereta itu berasap.
kredit foto: TikTok
Suhaimi Osman yang memuat naik video tersebut menunjukkan bagaimana pelekat getah lutsinar itu boleh memantulkan cahaya tajam sehingga ia menghasilkan asap seperti kanta pembesar.
Difahamkan, ia sudah 2 bulan Suhaimi telah memasang pelekat getah lutsinar itu tetapi baru sahaja dia menyedari tentang getah lutsinar yang boleh memantul cahaya tajam itu. Tambahan pula, Suhami menggunakan pelekat lutsinar itu untuk melekatkan alat pemegang telefon bimbit pada cermin hadapan keretanya.
kredit foto: TikTok
Berikutan itu, netizen juga memberi nasihat bahawa jangan meletakkan kaca mata di dalam kereta, kerana ia boleh menyebabkan kebakaran. -CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|