Nilai kesedaran segelintir masyarakat Malaysia akan tanggungjawab menyantuni golongan kurang upaya boleh dikatakan masih berada pada tahap rendah.
Sikap pentingkan diri yang masih tebal dalam diri menyusahkan ramai pihak sama seperti situasi dalam gambar.
Dikongsikan Kereta Sewa Qayem di Twitter, dia memuat naik gambar menunjukkan wanita kurang upaya yang menggunakan kerusi roda sukar melalui kemudahan jalan yang disediakan gara-gara terhalang oleh kenderaan pacuan empat roda berkenaan.
Ciapan berkenaan menarik perhatian warga maya yang rata-rata berang dengan tindakan pemilik kenderaan itu.
Mereka berkongsi pengalaman berhadapan dengan situasi sedemikian dan berharap pihak berkuasa lebih agresif menangani masalah seperti itu.
Diskriminasi terhadap orang kurang upaya tidak hanya berlaku di jalan raya, tetapi juga hampir semua tempat.
Bagaimanapun, tindakan pantas pihak berwajib menjalankan tanggungjawab mereka mendapat pujian warga maya.
Janganlah mengamalkan sikap mementingkan diri sehingga menyusahkan orang lain. Bagaimana jika perkara sama berlaku kepada orang terdekat atau insan tersayang? Mesti tidak puas hati kan? - CARI
|