View: 938|Reply: 4
|
Dikecam Perjudi Nyawa Panjat Apartmen Sebab Tertinggal Kunci
[Copy link]
|
|
Pasti rata-rata daripada kita pernah tertinggal kunci di dalam rumah kerana terlupa ataupun disebabkan pelbagai alasan lain.
Begitu juga dengan kisah yang dialami pemuda ini gara-gara salah faham dengan rakan serumah.
Disebabkan masing-masing beranggapan bahawa salah seorang daripada mereka membawa bersama kunci ketika keluar, maka kedua-duanya tidak dapat masuk ke dalam rumah sehingga nekad untuk 'memecah masuk' kediaman sendiri menerusi tandas.
Kredit foto: mStar/Twitter
Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Ayien berkata, dia dan rakannya hanya menyedari mereka tertinggal kunci ketika mahu masuk ke dalam rumah selepas masing-masing pulang daripada menikmati makan malam bersama-sama.
"Kami balik dalam pukul 11 lebih. Waktu saya dalam kereta, housemate yang kebetulan dah naik ke rumah inform kunci tertinggal dekat dalam rumah.
"Dia ingat saya ada bawa kunci tapi sebenarnya kunci rumah saya pun dekat dalam rumah. Ini memang first time terjadi sebab selalunya memang kami berdua bawa kunci masing-masing," ceritanya yang menyewa di sebuah kondominium di Shah Alam, Selangor.
Pemuda berusia 30 tahun ini berkata, mereka berdua berusaha mengumpil mangga kunci (padlock) berkenaan namun gagal kerana peralatan yang terhad, ditambah pula ia sejenis mangga kunci berkualiti tinggi.
"Then saya minta housemate inform guard untuk minta tolong pecahkan mangga, tapi pengawal keselamatan tak ada peralatan... dan tak boleh nak tolong.
"Masa itu saya perasan tingkap toilet saya terbuka, dan saya memang yakin boleh panjat grill ikut bahagian dapur tu. Lagipun rumah saya tak tinggi sangat, so agak berani untuk lalu grill tu.
"Rumah saya tingkat 5 tapi lantai dekat tingkat 3, selang satu rumah saja jadi memang tak nampak tinggi sangat. Saya pula memang dah biasa memanjat.
"Walaupun boleh lalu grill tu, tapi ada la juga rasa gayat sikit-sikit," katanya yang merupakan pekerja sektor swasta.
Ayien menambah, selepas kira-kira tiga minit berusaha dan berhati-hati melalui grill, dia berjaya masuk menerusi tingkap tandasnya yang terbuka.
Bagaimanapun dia mengakui tindakan tersebut sememangnya membahayakan nyawa dan dilakukan dengan fikiran yang terburu-buru.
"Ramai yang marah tengok video saya tapi tak apa, saya tak marah semula sebab memang terang-terang salah saya.
"Saya tak pernah tahu ada servis locksmith untuk kes seperti ini, bila buka Twitter baru tahu ada orang inform.
"Kalau tak, memang saya takkan teruskan untuk panjat. Confirm saya hubungi locksmith service tu saja.
"Apa-apa pun pun memang kesilapan dari pihak saya sebab berani sangat nak panjat grill tu. Saya minta maaf upload video tu dalam Twitter dan Instagram Story. Ramai yang terkesan dan seriau dengan aksi saya tu," katanya lagi sambil menambah, dia akhirnya mengambil keputusan untuk memadamkan video berkenaan di laman sosial.
Ayien bagaimanapun berharap agar perkongsiannya dapat dijadikan pengajaran buat orang lain agar tidak melakukan perkara yang sama sepertinya jika berdepan kes seumpama itu.
"engajaran dari kisah saya, pertama, jangan cuba-cuba panjat walaupun rasa berani nak panjat.
"Keduanya, maklumkan guard house atau resident management dahulu sekiranya pihak mereka boleh tolong. Ketiga, gunakan perkhidmatan locksmith. Bayar saja daripada nak buat aksi panjat-panjat macam tu.
"Dan akhir sekali, wajib duplicate kunci banyak-banyak," katanya sambil berseloroh.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Haha
Dia.igt servis locksmith tu utk.buat kunci ja ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali kalau nak buat benda pelik yang hampir dengan kategori bodoh, jangan amik video kemudian upload! Kalau amik pun, untuk simpanan sendiri je tengok masa berak. |
|
|
|
|
|
|
|
Balik dari makan malam kul 11 rasanya locksmith pon x niaga dah…kalau jadi kat SG tido lah 1 mlm kat oyo ke, esok panggil laa locksmith |
|
|
|
|
|
|
|
umur dah 30 pun tatau ada tukang kunci ke?
kereta kau pun kalau terkunci boleh je panggil tukang kunci..
cuma tak free la macam panggil bomba kan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|