View: 1139|Reply: 7
|
Tinggalkan Bakal Isteri di Pagi Hari Nikah Kerana Tak Boleh Lupa Bekas Kekasih
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan seorang wanita yang beberapa jam lagi akan bergelar seorang isteri.
Tetapi sayangnya bakal suami sanggup meninggalkannya di hari pagi nikah kerana tidak boleh melupakan bekas kekasih.
kredit foto: Tiktok
Petikan dari Beautifulnara mengatakan, wanita itu menceritakan bahawa bakal suaminya secara tiba-tiba menghantar mesej yang dirinya tidak dapat meneruskan majlis kerana dia tidak dapat melupakan bekas kekasihnya dan membuat keputusan untuk lari pada hari perkahwinannya.
Difahamkan, perkara itu membuat wanita berkenaan mengalami depresi yang amat teruk sehingga mengaku pernah terfikir untuk menamatkan riwayatnya, tetapi dengan bantuan keluarga dan kawan-kawannya dia bangkit semula.
Malahan, wanita itu menjelaskan kisahnya dalam video lain mengenai hari yang sepatutnya menjadi momen paling bahagia, tetapi bertukar tragis buat dirinya.
kredit foto: Tiktok.
Ekoran itu, ramai netizen memberi kata-kata sokongan kepadanya dan berharap dia terus tabah dalam menghadapi ujian hidup. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
video tu ke budak yang kena tinggal, muka lawa2 pon tak nak.. hmm |
|
|
|
|
|
|
|
muda2 budak zaman sekarang nak kawin...relax2 n chill je laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh caya ke muka cute2 kat tiktok ni. dah byk kali terbukti muka bukan main kawaiiii kat tiktok in real life ermmm below average
|
|
|
|
|
|
|
|
muka lawa yg lelain belum tentu lawa deknon
tapi lelaki zaman now pun hanat sangat kadangnye
alah ni semua content keji jelah
|
|
|
|
|
|
|
|
hahah sheram jgk, filter overrated
|
|
|
|
|
|
|
|
i dah tak caya dah muka2 kawaiii kat tiktok ke instagram ni. byk kali juga i jumpa influencer yg bukan main cute kat socmed tpi irl ha laaa below average bebenor plus chubby lak tu. kawan2 i sendiri yg main tiktok pon haaa putih macam jepun, cute & slim dlm tiktok. irl chubby, pendek, kulit sawo matang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|