View: 4028|Reply: 68
|
Suami Dari Syurga, Rider Gigih Menabung Mahu Isteri Bersalin Di Hospital Swasta
[Copy link]
|
|
Seorang pelayar TikTok tampil berkongsi kisah menarik tentang perkahwinannya.
Bercerita kepada mStar, Sabrina Shaharuddin memberitahu, dia bukan sahaja bertuah kerana dikurniakan Muhammad Akmal Noor Azizan sebagai suami, malah kehidupannya sebagai isteri umpama seorang puteri raja sejak ijab kabul pada 20 Ogos 2021.
Manakan tidak, suaminya yang baru berusia 23 tahun sentiasa memberi layanan istimewa dan memanjakan dirinya, terutama ketika hamil anak pertama.
"Layanan dia sejak saya hamil lebih manja, sebelum ni pun dah manja tapi sekarang dia beri perhatian lebih kepada saya dan sentiasa pastikan saya tidur dengan selesa.
"Setiap malam dia akan buatkan susu serta ingatkan tentang ubat yang perlu diambil. Dia sangat baik, sentiasa utamakan saya dan keluarga... itu yang buatkan saya sangat hormat pada dia.
"Lebih menggembirakan adalah, dia buat simpanan untuk saya bersalin di hospital swasta yang memang diketahui kosnya tinggi. Dia cakap jangan risau sebab semua dia uruskan, tapi saya pun ada simpanan saya juga.
"Masa suami cakap dia mahu saya bersalin di hospital swasta, saya rasa sangat terkejut sebab tak sanggup nak habiskan duit untuk bayar kos bersalin tu," ujarnya.
Dia yang juga guru tadika kerajaan memberitahu, suaminya sebenarnya pernah menyatakan hasrat untuk saya bersalin di hospital swasta sebelum mereka berkahwin.
Bagaimanapun katanya, pada masa itu, dia tidak memandangnya sebagai perkara serius kerana dirinya adalah kakitangan kerajaan dan semestinya boleh membuat pilihan bilik di hospital awam.
"Sebelum kahwin pun dia ada cita-cita nak saya beranak dekat swasta, tapi saya macam tak kisah sebab saya kerja kerajaan... boleh pilih bilik kalau di hospital kerajaan.
"Tapi sekarang tak tahu macam mana tentang hospital kerajaan sama ada boleh pilih bilik atau tidak. Sebab tu dia kata tak payah pening-pening dan pergi hospital swasta.
"Suami memang mempunyai simpanan sendiri kerana dia bekerja sebagai penghantar barang syarikat kurier.
"Saya tak pasti bila dia mula menabung, yang pasti duit untuk saya bersalin dia letak akaun asing dan sekarang dah terkumpul sebanyak RM12,000. Sekarang saya dah hamil 12 minggu (5 bulan).
"emeriksaan kandungan saya masih buat kat klinik kerajaan sebab doktor cakap anak sulung kena banyak rujuk klinik kerajaan," ujarnya yang sebak dan terharu dengan tindakan suami tercinta.
Katanya lagi, banyak kenangan manis tercipta antara dia dan suami dan yang paling tidak dapat dilupakan adalah suami selalu memberi kejutan dan sentiasa membawanya berjalan-jalan setiap hari cuti.
Mengimbau detik perkenalan, ujar anak kelahiran Permatang Pauh Pulau Pinang itu, perkahwinannya dengan suami yang juga berasal dari negeri sama berlangsung tanpa diduga dan dirancang seperti pasangan bercinta yang lain.
Ujarnya, perkenalan mereka hanyalah menerusi Instagram (IG) yang mana suaminya itu adalah follower tetapnya selain sentiasa mengikuti video terbaharunya di TikTok.
"Saya mula kenal dia pada tahun 2019 masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 1.0 dari IG. Pada masa tu, saya ada buat kerja amal di rumah orang tua-tua di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 12 Disember 2019.
"Kemudian dia ada komen pada satu insta story yang saya buat di rumah orang tua-tua tu. Katanya 'it so cute, but hmm' dan daripada situ permulaan hubungan kami.
"Saya dan suami sering berhubung melalui mesej IG sehinggalah Mac 2020 kami bertukar nombor telefon dan berhubung menerusi WhatsApp.
"Tapi kebanyakan mesej kami adalah bertanyakan apa yang dilakukan masa itu. Dia juga sering buat panggilan video di IG," ujarnya yang turut membuat video tentang perkenalan mereka berdua.
Tambah anak bongsu daripada tiga beradik itu lagi, perkenalan tersebut berlaku ketika dia baru sahaja berpisah dengan teman lelaki.
"Masa saya kenal dia, saya baru putus dengan teman lelaki yang saya dah bercinta hampir lima tahun. Dia pun sama, baru lepas putus dengan teman wanita yang dia dah kenal kira-kira empat tahun.
"Jadi kami dalam situasi yang sama dan pasangan kami sama-sama curang kat belakang. Situasi ni menyebabkan saya dan suami sampai ke tahap sekarang iaitu berkahwin," ujarnya.
Kata Sabrina, keputusan untuk berkahwin diputuskan selepas suaminya melamar menerusi WhatsApp pada 27 Oktober 2020.
"Dia hantar mesej ringkas 'jom kahwin sayang'. Mungkin masa tu dia dah bosan jadi terus ajak saya kahwin, saya cakap kena ikut adat sebab saya nak tunang dulu.
"Sepanjang perhubungan, kami tak pernah isytihar sebagai 'couple' dan panggilan mesra tu secara spontan. Masa tu, saya ada tanya sama ada dia dah ada duit ke belum dan dia cakap duit dah cukup.
"Lepas daripada tu, saya minta dia datang jumpa ibu saya. Dia hubungi ibu dulu dan mohon izin, ibu pun suruh datang rumah untuk berbincang... mereka tetapkan tarikh tanpa maklumkan pada saya," katanya sambil menambah suaminya datang sendiri pada 20 November 2020 dan lapan hari kemudian dia hadir bersama keluarga untuk merisik.
Mengakhiri cerita, ujarnya, pada masa itu, kedua-dua belah keluarga agak terkejut kerana perkenalan mereka hanya dalam tempoh yang singkat, namun mereka tidak membantah sebaliknya meneruskan perancangan untuk perkahwinan.
Kisah menariknya menyebabkan video suaminya menabung untuk menyambut cahaya mata pertama tular di TikTok dan mendapat hampir 70,000 tanda suka selain ditonton lebih 511,000 pelayar media sosial, namun ada netizen menyatakan ia satu pembaziran.
Bagaimanapun, kata-kata itu ditentang netizen yang lain dan kebanyakannya memuji tindakan suami Sabrina serta menyatakan dia bertuah kerana mempunyai lelaki seperti itu.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah. Ade rezeki lbih bole lah dik beranak swasta.
Tp igt dik. Beranak satu ari je.
Nk pakai duit tok bby pn byk jgk.
Simpan la sekali tok keperluan lain..
Semoga dipermudahkan urusan
Gituu |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang time covid susah dah nak pilih2 bilik kat hospital kerajaan.. ko kakitangan awam pon, mana ada org nak layan lebih-lebih... kalau ada duit extra bole la beranak kat hospital swasta... at least husband boleh teman. hospital gomen takleh. tapi kalau takde duit, better lah tahan beranak kat spital gomen... sehari dua je kat spital. duit untuk kelengkapan anak lebih besar kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada duit extra..berlebihan...memang tak salah pun. Kalau duit pun cukup2 makan, baik gunakan duit tu utnuk baby.
Tapi dah nak buat macamana, suami dia yang mengidam..ha...ha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo lebih dr mampu xdak salah aihh..masalahnya kalo sampai bhempas pulas ikat perut bgai kumpul duit semata2 utk bsalin kt private takut hujung2 lari bajet x ke naya? Dh penah nengok jd kt my frens. Xpasal kna korek simpanan yg korang dh asingkn utk kegunaan baby. Apa2 pn, semoga dpermudahkn urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
betuah badan dpt suami baik... mcm ni la pandai ... bkn cari biawak buat laki |
|
|
|
|
|
|
|
Ooh skg tak boleh ya beranak guna privilege gov GL lettet tu? Nak booking doc pmpuan pun xboleh dah ka skg?
Tuhari aii beranak dapat booking doc pmpuan & semua nes pmpuan ja dlm LR.. |
|
|
|
|
|
|
|
beranak swasta ke gomen ke, sakitnya sama je..
baik simpan buka asb anak..
start 10k by the time dia besar dah berganda hasil.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn syok sgt dik.oi...beranak kt swasta mmg best tp pikirkn la kos baby baru nk kluar tu. Jgn nnt duk merempan nk bantuan tu bantuan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin dari pengalaman kawan2 yang lain lebih mudah berurusan bila guna hospital swasta time cobid ni berbanding dulu buat dia membuat keputusan macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Better guna utk kegunaan baby nanti lepas lahir.. duk swasta sehari dua je. |
|
|
|
|
|
|
|
jaman uncertainty ni, aku rasa baik amek caj hosptal swsta tu , simpankan dlm sspn ka, tabung haji ka, mana mana la... nnti anak cukup 18, nak masuk uni, tak gduh nak berloan-loan bagai... kesian aku tgk budk2 muda, pas grad, dok membayaq ptptn la, personal loan mak apak depa amek utk study depa la, seksa oOOooo... bukan sikit2... |
|
|
|
|
|
|
|
judicata replied at 11-3-2022 03:01 PM
sekarang time covid susah dah nak pilih2 bilik kat hospital kerajaan.. ko kakitangan awam pon, mana ...
Haah
Kawan iols guna gl nak beranak kat purajaya tak boleh..
Depa soh pegi serdang..
Kat serdang orang nak bersalin siap beratur dgn kerusi ...mcm beratur kat kk...
Dia kata mujur la kejap je takde komplikasi apa..sehari je...haha |
|
|
|
|
|
|
|
If dia boleh kumpul duit utk swasta, jgn risau haruslah dia pandai cari duit utk keperluan anak nnti. |
|
|
|
|
|
|
|
Bru 23 je pun, sjenis artikel kbanggaan kaum llaki Melesia. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cuma daftar first class je kat hosp gomen hari tu.dpt duduk 2nd class je. First class penuh.Dah siap bersalin nurse beritahu baru ada kosong kat first class. Aku tak nak la sbb dah bersalin.esok mesti nak balik dah. Nak pergi private tak mampu. |
|
|
|
|
|
|
|
ciksom replied at 12-3-2022 11:11 PM
Aku cuma daftar first class je kat hosp gomen hari tu.dpt duduk 2nd class je. First class penuh.Dah ...
Kalau nak duduk 2nd class kena mohon jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by evlinne at 13-3-2022 03:26 AM
Gomea replied at 13-3-2022 12:07 AM
Kalau nak duduk 2nd class kena mohon jugak ke?
Kena mohon tak silap
Klau tak pihak hosp mmg masukkan terus wad kelas ketiga
Unless uols or spouse keje gomen then dapatlah wad first class
Aiol selalu dengar lebih baik beranak hosp gomen banding private
Unless company bagi privilege atau apa then ok lah |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 11-3-2022 04:39 PM
Ooh skg tak boleh ya beranak guna privilege gov GL lettet tu? Nak booking doc pmpuan pun xboleh dah ...
Fpp ke? Xde rasanya.. doa2 gitu jela kot dpt.. i pon kebetulan je dpt doktor pmpuan smua.. doktor laki kt wad je tu pon x check apa,misi yg check |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku ada sorang dulu, umah dia dgn spital gomen dekat aje pun. Tapi beria nak beranak kat swasta. Lakinya sampai buat loan. Tup2 dah bersalin yg sulung x lama lepas tu lekat pulak yg no 2. Reti pulak dia insaf branak aje kat gomen, tu pun sebab loan masa branak anak sulung tu pun makan tahun jugak baru akan abis bayar |
|
|
|
|
|
|
| |
|