CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 961|Reply: 3

Live Di TikTok Ketika Gali Kubur, Pemuda Jelas Tak Semua Dipertontonkan

[Copy link]
Post time 24-3-2022 12:05 PM | Show all posts |Read mode


Bukan mengejar bayaran, Mohd Sharizam Md Salleh yang memulakan kerja sampingan sebagai penggali kubur sejak lapan tahun lalu melakukan pekerjaan itu dengan ikhlas kerana minat. Pemuda yang yang baru berusia 31 tahun itu berkata kerja tetapnya adalah sebagai tukang rumah.



Pada awal kerjaya itu, Shahrizam sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengalaman namun dia perlahan-lahan belajar sehingga mahir. Walaupun tersemat sekelumit rasa takut dalam jiwa, opemuda itu bagaimanapun belum terfikir untuk berhenti melakukan tuntutan fardu kifayah itu.



Dia bersyukur kerana majikannya memahami kerja sampingan yang dilakukannya. Setiap kali ada panggilan untuk menggali kubur, majikannya tidak mempunyai sebarang masalah memberikan keizinan buat pemuda itu.



Memetik laporan Harian Metro, dia kali pertama terbabit dengan proses mengebumikan jenazah ketika kakaknya meninggal dunia pada 2013. Dia diajar untuk membuat bebola tanah atau 'bantal' jenazah sebelum diberikan peluang menggali kubur.






"Mulanya memang ada rasa takut sampaikan balik ke rumah pun saya terbayang-bayang jenazah walaupun sudah dikebumikan. Ada juga terakam gambar kelibat di tanah perkuburan tetapi lama-kelamaan perasaan itu hilang sebab sudah terbiasa keadaan di tanah perkuburan," katanya.



Sepanjang pembabitannya sebagai penggali kubur, banyak pengalaman yang dialaminya memberikan keinsafan pada diri. Ada sesetengah urusan pengebumian yang mendorong dirinya untuk melakukan lebih banyak amalan baik sebagai persiapan sebelum dijemput Ilahi.



"ernah mayat dari tanah perkuburan lama dipindahkah ke Tanah Perkuburan Islam Bandar Paloh. Ketika proses pemindahan, ada satu mayat lelaki dikatakan warga Indonesia masih dalam sempurna seperti baru sahaja dikafankan. Menurut orang kampung, arwah dahulunya adalah guru mengaji.



"Kejadian lain yang pernah saya alami adalah terjumpa ular hitam selain menggali kubur dalam keadaan liang lahad berair. Bagaimanapun, saya angtgap ia sebagai cabaran. Pengalaman mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 juga tidak kurang hebatnya kerana perlu memakai sut pakaian perlindungan diri.






"Tidak semua individu dapat merasakan pengalaman seperti itu. Bagi saya, pengalaman seperti itulah yang membuatkan penggali kubur ini istimewa. Kami diberi peluang untuk muhasabah diri dan cuba perbaiki kelemahan sebagai hamba Allah," katanya.



Aktif bersiaran langsung di TikTok ketika berada di tanah perkuburan, Shahrizam menjelaskan tidak semua perkara atau kejadian dirakam dan dipertontonkan kepada orang ramai. Dia berbuat sedemikian untuk memberikan kesedaran kepada umum bahawa setiap manusia itu pasti akan mati.



"Ada anggota keluarga arwah yang berterima kasih kerana saya lakukan siaran langsung kerana mereka yang tidak sempat ke tanah perkuburan sekurang-kurangnya dapat menonton di siaran langsung yang saya lakukan.



"Ada baiknya juga platform TikTok sebab saya dapat tunjukkan cara gali kubur dan yang menonton juga dapat mendoakan si mati. Macam biasalah, ada yang berikan maklum balas dan ada juga negatif mempertikaikan tindakan saya live di tanah perkuburan," katanya yang mula aktif di TikTok sejak Disember lalu. -CARI







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2022 02:15 PM | Show all posts
dari segi perspektif lain, elok juga tunjuk kepada sesetengah orang-orang tua yang anti dengan kawasan perkuburan. takut sangat. dari dulu dimomokkan dengan cerita-cerita tak sedap, sampai ke tua terbawa-bawa.

haa, takut sangat. tengok je video abang ni. takda apa nak ditakutkan
bawak-bawak la ingat mati. hidup kita ni tak lama. kumpul amalan banyak-banyak. buat baik kat orang. kejar ibadah.

social media tu kurangkan sikit
termasuk yang berporem 24 jam ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 09:27 PM | Show all posts
hmm okay gak. yg I tengok berapa kerat je yang pergi tanah kubur. Pergi tengok orang mati tapi sekadar sembang makan2 luar rumah. Mayat masuk van jenazah semua orang pun blah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 01:54 AM | Show all posts
Adrif replied at 24-3-2022 06:15 AM
dari segi perspektif lain, elok juga tunjuk kepada sesetengah orang-orang tua yang anti dengan kawas ...

nak kebumi mayat ni kena tengok yang mati tu siapa.
kalau yang mati tu jenis pembunuh atau xcident mati ngeri
takut yang tu mengikut balik rumah jer.
kalau jenis mati sakit atau mati tua itu ok jer.
balik dari tanah kubur jangan terus pegang baby / main dengan anak.
kalau ada perempuan haid atau mengandung lagi bende tu suka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.917595 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list