CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5940|Reply: 75

[Tempatan] Loh mahu pengisytiharan bahawa anak-anaknya adalah beragama Hindu.

[Copy link]
Post time 25-3-2022 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Loh Siew Hong juga mahu pengisytiharan bahawa anak-anaknya adalah beragama Hindu.

KUALA LUMPUR: Ibu tunggal yang mendapat hak penjagaan tiga anaknya yang masih bawah umur daripada pihak berkuasa agama Perlis bulan lalu, kini memohon pengisytiharan bahawa bekas suaminya tidak layak secara sah untuk mengislamkan mereka.

Loh Siew Hong turut memohon pengisytiharan bahawa peruntukan dalam enakmen negeri Perlis yang membenarkan ibu bapa menukar agama anak bawah umur secara unilateral adalah tidak berperlembagaan.

Wanita itu juga mahu pengisytiharan bahawa anak perempuan kembarnya berusia 13, dan anak lelaki berusia 10 tahun adalah beragama Hindu.

Dalam permohonan semakan kehakimannya, yang difailkan oleh Tetuan Srimurugan & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Loh berkata, sebagai kanak-kanak bawah umur mereka tidak berupaya untuk memeluk Islam tanpa kebenarannya.

Beliau menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Mufti Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri sebagai responden.

Loh juga mahu perintah certiorari untuk membatalkan pendaftaran akuan memeluk Islam bertarikh 7 Julai 2020 yang dikeluarkan oleh pendaftar.

Dia juga mahu sebarang pendaftaran rasmi anak-anaknya telah memeluk Islam dikeluarkan daripada rekod pihak berkuasa.

Nama kanak-kanak itu tidak lagi dapat disiarkan berikutan perintah larangan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini minggu lalu terhadap penerbitan nama dan gambar anak-anak Loh.

Ini termasuk nama Islam yang diambil oleh kanak-kanak itu berikutan penukaran agama mereka dengan persetujuan bapa kandung pada 2020.

Pada 21 Feb, Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan habeas corpus Loh untuk mendapatkan semula hak penjagaan tiga anaknya daripada pendakwah, Nazirah Nanthakumari Abdullah.

Loh berkata, dia telah mendapat perintah Mahkamah Sivil untuk memberikan hak penjagaan, perlindungan dan pengawasan terhadap tiga anaknya.

Ibu tunggal itu mendakwa, dia mendapat tahu bahawa anak-anaknya diletakkan bawah jagaan Nazirah dan mendakwa wanita itu enggan membenarkannya bertemu dengan mereka.

Saman terbarunya dibuat pada 10 Mac, melalui e-mel, memaklumkan peguamnya bahawa kanak-kanak itu telah memeluk Islam tahun lalu.

Loh diwakili oleh sepasukan tiga peguam iaitu A Srimurugan, Shamsher Singh Thind dan J Gunamalar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tak habis² lagi perempuan sorang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 07:41 PM | Show all posts
LoveSungmin replied at 25-3-2022 11:21 AM
tak habis² lagi perempuan sorang ni..

hari tu dia kata dia tak kisah agama anak dia apa kan
janji dapat bersama je kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah seorang ibu berhak ke atas dan masa depan anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dewa Murujib tersenyum sinis


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 25-3-2022 07:41 PM
hari tu dia kata dia tak kisah agama anak dia apa kan
janji dapat bersama je kan

Tu lah....bila dh dpt lain pulak perangai nya..
Patut la dpt laki kaki pukul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2022 07:56 PM | Show all posts
Itu hak dia sebagai ibu.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lattehazelnut at 25-3-2022 08:03 PM

Banyak sgt putar belit kes ni.. i da pening..
Last i tgk video nazirah yg ckp ada je ms loh ada je jumpa kat hospital masa anak patah kaki..
Anak blame mak..
Bila nazirah nk discuss pasal anak miss loh xjawab je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2022 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkara terbaik adalah tanya sendiri anak tu nak agama apa bagi akak lah, sister. Lepas tu dah besar nanti nak tukar agama silakan lah dek ikut kau lah yang mana kau rasa betul dek. Like nobody cares gituh dek. Yang penting, orang luar macam acik2 gundu kuat lahap makanan bergula dalam forum ni tak ada hak nak berbunyi agama apa benudak tu patut anut, sister oi…
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Benudak apa jadah pulak akak taip tu sistah?? Akak nak taip bebudak sebenarnya sister oii…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts

Loh Siew Hong baru-baru ini disatukan semula dengan tiga anaknya susulan keputusan Mahkamah Tinggi.

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah melarang penyiaran nama dan gambar anak Loh Siew Hong.

Perintah larangan itu juga membabitkan nama Islam yang digunakan oleh anak-anak itu susulan penukaran agama yang dilakukan oleh bapa kandung mereka pada 2020.

Mahkamah membenarkan permohonan larangan itu yang dibuat peguam Hanif Khatri Abdulla mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika pendengaran permohonan untuk mencelah dalam petisyen penceraian antara Loh dan bekas suaminya, Muhammad Nagahswaran Muniandy, menerusi persidangan video, hari ini.

Peguam Loh tidak membantah perintah itu.

Ads by Kiosked

MAIPs memohon untuk mencelah bagi menukar terma penjagaan anak-anak yang diberikan kepada Loh dalam petisyen penceraian itu bagi membolehkan tiga anaknya, iaitu pasangan kembar perempuan berusia 14 tahun dan anak lelaki berusia 10 tahun, mendapat akses kepada bantuan, panduan dan pendidikan berkenaan Islam.

Majlis itu berkata, memandangkan keislaman tiga anak Loh didaftarkan di Perlis, maka ia bertanggungjawab memastikan “mereka mendapat akses ke atas segala hak dan kepentingan sebagai saudara baharu beragama Islam”.

Pesuruhjaya Kehakiman Evrol Mariette Peters menetapkan 28 April untuk mendengar permohonan pencelahan dikemukakan MAIPs.

Srimurugan Alagan dan Shamsher Singh Thind mewakili Loh, manakala Zainul Rijal Abu Bakar, Aidil Khalid dan Danial Farhan mewakili MAIPs.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 08:16 PM | Show all posts
pooh~key replied at 25-3-2022 12:08 PM
Perkara terbaik adalah tanya sendiri anak tu nak agama apa bagi akak lah, sister. Lepas tu dah besar ...

kalau dah anak dia bawah umur duduk dengan mak dia yang non-muslim
confirm confirm kena dera dengan maknya.
kalau apaknya ada lagi boleh lagi.
ni 100% dapat kat maknya
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 08:18 PM | Show all posts
krustykrab replied at 25-3-2022 11:55 AM
Tu lah....bila dh dpt lain pulak perangai nya..
Patut la dpt laki kaki pukul

Kes ni special sikit sebab dia converted.
pastu yang converted tu pun ....punyalah jauh menyimpang.
last last Islam jugak yang kena.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 08:22 PM | Show all posts
expected lah

Would anybody do it differently?

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 08:24 PM | Show all posts
pooh~key replied at 25-3-2022 12:22 PM
Awat, allah taknak bagi perlindungan ka dekat kanak2 yang tidak berdosa itu untuk mengenali islam  ...

Mungkin maknya akan mati di panah petirmana kita tahu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2022 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 25-3-2022 08:24 PM
Mungkin maknya akan mati di panah petirmana kita tahu.

So baguslah sis. Inilah masanya kita nak lihat kebenaran sis. Biarkan si ibunya dipanah petir sis.

Tapi kan sis, kalau tak dipanah-panah jua, adakah maksudnya hindu itu agama beneeeeerrrrr sis?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 25-3-2022 07:55 PM
Tu lah....bila dh dpt lain pulak perangai nya..
Patut la dpt laki kaki pukul

sebab tu i menyampah.. banyak sangat putar belit.. dari nak kesian terus jadi meluat.. lantak la nak buat apa pun, anak kau kan.. tapi kot nanti anak memberontak lari, jangan pula salahkan orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah hindu brahma itu yang sebenarnya tuhan sejati dekkkk?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 08:35 PM | Show all posts
pooh~key replied at 25-3-2022 12:26 PM
So baguslah sis. Inilah masanya kita nak lihat kebenaran sis. Biarkan si ibunya dipanah petir sis. ...

kalau tak petir pun mesti kena kobid.kalau maknya kena kobid i gelakkan je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056922 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list