View: 765|Reply: 1
|
"This Is A Good Song," Gadis Tak Sangka Rakan Jepun Suka Laungan Azan
[Copy link]
|
|
Mesti ada di antara kita yang mempunyai hubungan atau kenalan rapat dengan orang dari luar negara.
Pada zaman ini memang sangat mudah untuk kita berhubung dengan orang luar negara dengan adanya media sosial.
Selain daripada berkongsi adat dan budaya masyarakat di Malaysia, mesti ada di antara mereka yang terpegun apabila mendengar azan berkumandang buat kali pertama.
Bagi orang yang tidak mengenali agama Islam, mungkin mereka akan berangapan bahawa azan itu ialah lagu. Inilah yang terjadi kepada kisah yang diceritakan oleh wanita ini.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai AisyaZainal telah berkongsikan kisah berkenaan rakan lelakinya yang berasal dari Jepun yang membuatkan dia terkedu seribu bahasa.
Menerusi posting yang dikongsikan, wanita ini mengatakan bahawa dia dan rakannya dari Jepun yang dikenali sebagai Shin telah keluar makan malam bersama-sama dan pada ketika itu, azan sedang berkumandang.
Tiba-tiba sahaja rakannya berkata bunyi azan itu adalah lagu yang sangat sedap. Comel betul Shin ni!
Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna Twitter turut berkongsikan pengalaman mereka sendiri apabila mengalami situasi yang sama ketika bersama dengan kawan mereka dari luar negara. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasa agama Islam ni seluruh dunia.. Kalau x tau tu mcm pelik je.. Buat cerita ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|