CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4118|Reply: 69

[Tempatan] Kotor, jijik peniaga simpan jeruk dalam longkang

[Copy link]
Post time 28-3-2022 10:58 AM | Show all posts |Read mode

Polis Johor berjaya membongkar kegiatan penjaja jalanan di Johor yang menyimpan bekalan buah jeruk dalam longkang serta bawah jambatan.

Kotor, jijik peniaga simpan jeruk dalam longkang

JOHOR BAHRU – Kotor dan jijik. Dua perkataan yang dapat menggambarkan tindakan tidak bertanggungjawab peniaga jalanan buah jeruk di negeri ini menyimpan stok di dalam longkang dan kawasan longgokan sampah.

Tindakan ambil mudah peniaga ini bukan sahaja kotor dan jijik malah kemungkinan mengundang masalah kesihatan serius kepada pengguna.

Kegiatan tidak bermoral peniaga jalanan itu terbongkar apabila Polis Johor menjalankan Ops Khas Peniaga Jalanan di sekitar Johor bermula sejak awal bulan ini sehingga hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M. Kumarasan berkata, sepanjang tempoh itu, enam saman telah dikeluarkan ke atas pemilik perniagaan serta penjaja.

“Operasi ini dijalankan secara berkala dan berterusan, namun sejak akhir-akhir ini kegiatan ini semakin berleluasa terutamanya di kawasan-kawasan persimpangan lampu isyarat antara Bandar Baru Uda dan Jalan Tampoi.

“Hasil daripada maklumat yang diperolehi terdapat 52 lokasi tumpuan penjaja jalanan ini menjalankan perniagaan mereka.

“Melalui operasi yang dijalankan mendapati makanan yang dijaja iaitu buah jeruk disimpan dan disorok di lokasi yang tidak sepatutnya iaitu di dalam longkang dan berhampiran kawasan kumbahan bagi menggelak tindakan diambil oleh pihak penguatkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, kegiatan ini juga dikhuatiri didalangi sindiket yang cuba mengaut untung dengan mudah malah mereka juga berani apabila menggajikan warga asing untuk menjalankan aktiviti terbabit.

Jelasnya, aktiviti menjaja di jalan awam merupakan kesalahan yang jelas yang mana melanggar peraturan dan undang-undang.

“Mana-mana individu yang menjalankan urusan jual beli di jalan awam iaitu menjual dan membeli boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 10A (1) & Kaedah 10A (2) LN 166/59 yang mana boleh diambil tindakan denda tidak melebihi RM2,000 jika disabitkan kesalahan.

“Dibawah undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan juga jelas ianya melanggar peraturan dan boleh diambil tindakan kompaun dan sita semua barang-barang yang dijaja,” katanya. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... ruk-dalam-longkang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ewwww...
From now on say no to penjaja jeruk jalanan!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 11:42 AM | Show all posts
Euwww sebab tu tak teringin pun nak beli.  Tu baru mereka letak stock kat longkang masa process kupas dan pembungkusan tah macam mana ler agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 11:42 AM | Show all posts

ewwwwwwwwwww

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 12:04 PM | Show all posts
jangan beli makanan yg di jual tepi jalan, kadang kadang ikan mentah pun rendam di air parit supaya nampak segar
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 12:10 PM | Show all posts
Nasib baik aku memang tak makan jeruk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tiber jer..ntah dtng dr mana..ada pulok drng ni kek TL tmpt aku...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 12:17 PM | Show all posts
longkang dwi purpose macam smart tunnel.

no issue lah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmmm yummy
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kt selangor ni takde polis nk siasat gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 12:26 PM | Show all posts
buat sendiri bukan susah pun...
aku hari2 bwk bekal jambu batu seedless tak pun sekinchan pny yg crunchy tu g opis...
potong nipis2 letak je asamboi 2 biji gitu...goncang2...
1 tupperware penuh tu aku makan as jajan pagi sampai petang...
kalau beli kat food court opis, 4 keping nipis je dah RM2...
walhal jambu sekinchan tu RM8 sekg, punyalah besor
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
letak dlm bekas polisterin & setiap 1 tu individually wrapped. for me ok je. tapi i mmg tak beli sbb waswas dgn production line. tapi kalau letak camni for me ok je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
masa baca tajuk igtkan mmg rendam dlm air longkang  & tkde protection kat jeruk2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 01:22 PM | Show all posts
tu yg buat extra sheedappp tu

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka bangsa johor mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 01:25 PM | Show all posts
kepompong replied at 28-3-2022 12:32 PM
letak dlm bekas polisterin & setiap 1 tu individually wrapped. for me ok je. tapi i mmg tak beli sbb ...

boleh bayang tikus lari2 kat situ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2022 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
bangsa j indon bangsa pengotor
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 01:48 PM | Show all posts
sejuk macam peti sejuk kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
xprnah beli mkanan/air dr pniaga jalanan mcm ni sbb tlebih was2 dgn cra pnyediaan & pnyimpanan.  
pniaga jlanan mcm ni nk org support beli tp bila tang sdia mkanan nk jual cuba la bt dgn ikhlas, letak tmpt bersih etc. insyallah rezeki pun xptus
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 02:10 PM | Show all posts
Banyak-banyak tempat kat situ juga yang mereka sembunyikan, memang lepas ni x beli lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.055993 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list