CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 736|Reply: 3

Dulu Dihenyak Pembuli, Kini Jaguh Muay Thai Wakili Johor

[Copy link]
Post time 29-3-2022 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Pernah menjadi mangsa buli, Muhammad Iqmal Ersha Syafirol Dila, 16, bangkit menebus maruah diri dengan menceburi sukan Muay Thai hingga berjaya memenangi pingat emas dalam kejohanan yang disertai.


Meskipun baru dua bulan menceburi sukan itu, Muhammad Iqmal menewaskan lawannya untuk memenangi pingat emas kategori senior dalam Kejohanan Amatur Muay Thai Negeri Johor di Kompleks Sukan Negeri Johor pada Sabtu lalu.


Pada pertandingan itu, Muhammad Iqmal yang sepatutnya menandingi kategori junior dipindahkan kepada kategori senior kerana faktor ketinggiannya yang mencecah 182 sentimeter dengan berat 99 kilogram.








Dia bagaimanapun perlu melalui dua lagi peringkat pemilihan sebelum terpilih menjadi atlet mewakili Johor dalam Sukan Malaysia (SUKMA) nanti.


Muhammad Iqmal yang juga pelajar tahfiz berkata, dia berazam untuk mewakili Johor ke SUKMA dan bertanding ke peringkat lebih tinggi satu hari nanti.


"Saya pernah menjadi mangsa buli tahun lalu apabila ditumbuk pelajar senior ketika sedang tidur pada jam 2 pagi.


"Dia bertanyakan saya ada membuat salah apa dan menyuruh saya berdiri sambil berulang kali menumbuk dada.


"Itu bukan kali pertama saya kena buli dan selepas kejadian saya bertukar ke sekolah baharu dan timbul hasrat mahu belajar Muay Thai daripada ayah. Bermula dari situlah saya menceburi sukan ini," katanya ketika ditemui di Kelab Evolution Combat Muay Thai di Taman Idaman sini.




Gambar hiasan




Hadir sama, pengasas dan jurulatih Muhammad Iqmal, Mohamad Al Ikhsan Abd Jalil.


Muhammad Iqmal berkata, dia tidak menyimpan dendam kepada individu yang membulinya namun mengingatkan kaki buli supaya berhenti membuat kerja tidak berfaedah itu.


"Saya berterima kasih sebenarnya kepada pembuli terbabit kerana kejadian itu saya belajar ilmu Muay Thai.


"Saya harap mangsa buli tidak berdiam diri dan belajar ilmu mempertahankan diri selain tidak pula menyalahgunakan ilmu yang diperolehi itu," katanya.


Muhammad Iqmal berkata, dia konsisten melakukan latihan Muay Thai dan menghafaz al-Quran kira-kira satu jam setiap hari selepas Maghrib.


Kejadian buli yang berlaku ke atas remaja itu sehingga mengalami kecederaan di dada serta trauma dan menerima sebagai pesakit luar di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom itu pernah disiarkan akhbar pada Disember lalu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 03:35 PM | Show all posts
igt sesaja cakap dia jd peninju lps kena buli.. sbb alasan tu cliche sangat. bila baca perenggan last, kes buli penah disiarkan dalam akhbar.. hmm, betul rupanya.. sbb byk sgt hasan n hasanah kat msia ni.. dh xtau mana betul mana salah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Buli tidak mengenal saiz. Tak sangka juga beliau pernah dibuli kerana ketinggian 182 sm agak jarang bagi bangsa Johor.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:35 AM | Show all posts
from zero to hero
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035944 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list