View: 1266|Reply: 13
|
[Tempatan]
'Saya sangka akan mati' - Tun M
[Copy link]
|
|
'Saya sangka akan mati' - Tun M
TUN Dr Mahathir. FOTO Ihsan FB Dr Mahathir Mohamad
Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada pakar perubatan Institut Jantung Negara (IJN) dan pakar perubatan jemputan atas kepakaran serta kebolehan merawat beliau ketika menjalani rawatan di pusat rawatan jantung itu Januari lalu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau sudah percaya hayatnya sudah tiba, namun dengan rawatan yang diberikan oleh doktor pakar, penolong doktor serta bantuan daripada pekerja di IJN mereka berjaya memulihkan kesihatannya.
"Bagi saya ini adalah satu keajaiban, saya tidak menyangka untuk hidup. Saya menjangka akan mati kerana saya sudah tua dan saya juga menghidap penyakit yang serius yang memberi kesan… mula-mula jantung saya, apabila jantung lemah ia memberi kesan kepada paru-paru dan apabila paru-paru lemah ia memberi kesan kepada buah pinggang dan seterusnya.
"Tetapi entah bagaimana atau lebih tepat doktor memulihkan saya dan akhirnya saya dibenarkan keluar dan agak sihat, bukan seratus peratus tetapi cukup untuk saya meneruskan kerja yang perlu saya lakukan," katanya menerusi saluran rasminya di YouTube CHEDET hari ini.
DR Mahathir bersama pakar perubatan IJN dan pakar perubatan jemputan yang merawat beliau. FOTO Ihsan FB Dr Mahathir Mohamad
Tun Mahathir berkata, ini sesuatu yang patut dibanggakan kerana rakyat Malaysia tidak perlu lagi ke mana-mana untuk mendapat rawatan kerana negara ini sudah mempunyai pakar perubatan yang boleh merawat penyakit serius seperti dialaminya.
"… seperti yang anda tahu saya juga dilatih sebagai doktor dan semasa saya bermula pada akhir 1950-an dan awal 1960-an, pada ketika itu terdapat 'slot khas' untuk doktor Malaysia terutama doktor Melayu, doktor di hospital pada masa itu dikenali sebagai pembantu pegawai perubatan… tidak ada orang Asia boleh menjadi pegawai perubatan... kerana tiada kepercayaan terhadap doktor Malaysia.
"Saya amat percaya bahawa kita boleh melakukan apa yang orang lain boleh lakukan. Semasa saya (sebagai perdana menteri) saya pernah bercakap bahawa Malaysia kita boleh... kita cekap," katanya.
Dalam video berdurasi kira-kira lapan minit itu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi, kekal bertenaga dan kelihatan sihat ketika menyampaikan ucapan berkenaan.
Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Januari bagi menjalani prosedur perubatan elektif sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari, namun beliau dimasukkan ke institut berkenaan semula dan menerima rawatan sehingga dibenarkan pulang 5 Februari.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gka-akan-mati-tun-m
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga MALAYSIA pulih juga mcm tun M..... TUN m HARAPAN utama rakyat
|
|
|
|
|
|
|
|
kami pun jangka benda yg sama, namun tak berhasil... |
|
|
|
|
|
|
|
adakah atuk akan naik jd pm sekali lagi..dan terbunuh ketika di tampuk pemerintahan??
jeng jeng jeng..seperti ramalan org alim2 yg kecoh satu ketika dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Adrenochrome tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
shy79 replied at 29-3-2022 04:20 PM
adakah atuk akan naik jd pm sekali lagi..dan terbunuh ketika di tampuk pemerintahan??
jeng jeng jeng ...
Memang hasrat atokcow ijau mumia fossil ron97tahun mati macam Tun Abdul Razak mati semasa memerintah negara |
|
|
|
|
|
|
|
Tun ni ibarat beacon of light kpd Malaysia, sama mcm LKY kpd Singapura...LKY sudah mati |
|
|
|
|
|
|
|
mati tu pasti. smoga kita smua dipnjangkn umur |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ifanonline at 29-3-2022 04:51 PM
rakyat singapura masih tertunggu bila LKY akan bangun dari kubur...tetapi rakyat singapore tidak tahu, LKY sedang di bakar dalam api neraka jahanam buat selama-lamanya...janji tuhan itu pasti!
|
|
|
|
|
|
|
|
berehat la tun..
generasi yang lahir semua dah ada je tak hargai jasa beliau ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
atok yg tua dan ada privilege pun ujong2 ke IJN jua walaupun boleh je dia nk dptkan rawatan kt negara luar.... anak jibun setakat deliver baby jah pun smpai ke singapore, abahcow rawatan kanser pun ke singapore... kalau keluarga dan pemimpin sendiri tak percaya pada kemahiran org temapatan, anak tempatan, entah la xtau nk ckap apa....
semoga Tun panjang umur dan sihat. semoga harapan Tun melihat jibun dipenjara tirai besi dimakbulkan... termasuk wak komedi yg kata atok anak lelaki kutty dasar indon ponorogo tak sedo diri !!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo suatu hari ditakdirkan Tun meninggal, i rela tipu mc nk g pengkebumian Tun |
|
|
|
|
|
|
| |
|