CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 589|Reply: 4

[Tempatan] 72 lokasi bazar Ramadan babitkan 5,000 gerai di KL mulai Ahad ini

[Copy link]
Post time 29-3-2022 08:32 PM | Show all posts |Read mode
72 bazar Ramadan di KL mulai Ahad ini
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 72 lokasi bazar Ramadan membabitkan 5,000 gerai akan beroperasi di sekitar ibu kota sepanjang bulan Ramadan dijangka bermula Ahad ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pengoperasian itu bermula kira-kira 3 petang hingga 8 malam.

"Walaupun selepas 1 April kita telah masuk fasa peralihan ke endemik, kita mahu mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjaga penjarakan dan SOP (prosedur operasi standard) lain, " katanya kepada pemberita ketika melawat tapak penyusunan penjaja di Jalan Dungun dan Jalan Gelenggang di sini hari ini.

Beliau berkata, kementerian juga menyasarkan penglibatan lebih 10,000 sukarelawan atau 'duta komuniti' bertujuan memantau, memberi peringatan, nasihat dan teguran berkaitan pematuhan SOP bagi mengekang penularan COVID-19.

Shahidan berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga mengenal pasti dan mewujudkan beberapa lokasi strategik bagi penyusunan penjaja di sekitar ibu negara bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan secara berpusat, lebih sistematik dengan ruangan lebih kondusif.

"Penyusunan semula penjaja ini akan diperkenalkan di seluruh kawasan di Kuala Lumpur, paling penting kita hendak pastikan penduduk sekitar tidak terganggu dengan kehadiran penjaja yang mahu mencari rezeki," katanya.

Shahidan berkata, pelaksanaan program tersebut akan dijalankan secara berfasa dengan memberi tumpuan kepada lokasi khas penjaja dalam bandar mengikut keutamaan.

Katanya, program penyusunan semula penjaja itu juga mendapat kerjasama badan bukan berkanun (NGO) yang memberi kelebihan kepada penjaja antaranya kanopi percuma dan diskaun sewaan tapak.

Disiarkan pada: Mac 29, 2022 @ 4:34pm

Sumber: hmetro.com.my/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi lemak teks sambal kerang  param putrajaya tersenyum sinis...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Wehooo look forward nk gi param. Semoga peniaga x jual harga yahudi dah ler..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Celaka harga Melayu

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 10:00 AM | Show all posts
Alhamdulillah....terbaik...slowly back to original normal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.144151 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list