CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1198|Reply: 12

[Tempatan] ‘PM hanya mahu BM diperkukuh, dia silap faham kenapa’, DBP bidas Syed Saddiq  

[Copy link]
Post time 29-3-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 30-3-2022 12:31 AM


Ketua Pengarah DBP Abang Sallehuddin Abg Shokeran berkata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak memahami maksud keperluan penguasaan bahasa Melayu seperti dinyatakan Perdana Menteri.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat tidak memahami maksud keperluan penguasaan bahasa Melayu seperti dinyatakan Perdana Menteri, kata Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Abang Sallehuddin Abg Shokeran.

Abang Sallehuddin berkata, setiap rakyat perlu menguasai bahasa kebangsaan dan kerajaan tidak pernah menghalang untuk mempelajari dan menguasai bahasa lain.

Yang dia (Syed Saddiq) silap faham ni kenapa. Bukankah Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) dah tegaskan (perkukuh bahasa Melayu), maknanya untuk urusan rasmi kita dalam negara, gunalah bahasa kebangsaan, takkan dalam negara nak guna bahasa Inggeris atau bahasa lain.

“Tapi untuk hubungan antarabangsa, kita perlu belajar. Mana ada Perdana Menteri kata jangan belajar bahasa lain… tidak. Kena faham perkara itu dari sudut kenegaraan. Kita kata, utamakan bahasa kebangsaan kerana ini imej kita,” katanya kepada FMT.

Syed Saddiq hari ini meminta kerajaan menyediakan pelan untuk menangani halangan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat supaya mereka tidak terlepas peluang ekonomi yang lebih besar.

Presiden MUDA itu turut menegaskan bahasa Inggeris adalah bahasa perdagangan antarabangsa dan rakyat mesti menguasainya untuk mendapat akses peluang di seluruh dunia.

Mengulas perkara itu, Abang Sallehuddin berkata, setiap orang perlu membuka lebih ruang penguasaan bahasa lain dan tidak hanya tertumpu kepada bahasa Inggeris semata-mata.

Malah katanya, jika dilihat dari sudut ekonomi masa kini, penggunaan bahasa Mandarin lebih besar peluangnya.

Katanya, DBP bukan menolak bahasa Inggeris sebaliknya hanya mempertahankan kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Abang Salehuddin berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

Justeru, beliau berkata bagi memberi lebih pemahaman kepada semua wakil rakyat, DBP akan mengadakan sesi dialog bersama mereka di Dewan Rakyat.

“Kita akan atur juga sebab kita nak sangat ada program di Parlimen bersama wakil rakyat sebab kita nak juga sokongan mereka.

“Saya rasa tak ada wakil rakyat yang tak menyokong kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan, semua bercakap bahasa Melayu di Parlimen,” katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra jugak yang memperkenalkan MBMMBI, Memurtabakkan Bahasa Melayu Memperkosakan Bahasa Inggeris sebagai ganti kepada idea atokcow ijau PPSMI Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Datuk Abdul Azeeeeeeeeeeeeez Abdul Rahim cakap keling dalam Parlimen Mulayu

tambi, ning gasorling gena woli teri noregenna soringgey

anney, anney lagi, anney lagi, ini tambi anney tara dengar

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sadiq SPM bahasa Melayu dpt brapa ar?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:27 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-3-2022 11:17 PM
Datuk Abdul Azeeeeeeeeeeeeez Abdul Rahim cakap keling dalam Parlimen Mulayu

tambi, ning gasorling  ...

hahahahahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:30 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 30-3-2022 12:42 PM

alah dbp ni pon...pm kesayangan tu pun speaking BI la ngn anak beranak dia kat umah.

nak perkasa bm kunun.ni semua bermotif politik nak suruh melayu kagum je..mcm la x biasa taktik umno bila nk dkt pru  mcm mana..selama 70tahun jadi kjaan bwh BN penah ke Bm jadi international language??level asean pun sendu ni kan pulak level PBB..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-3-2022 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 30-3-2022 08:48 AM
tripleid replied at 30-3-2022 08:30 AM
alah dbp ni pon...pm kesayangan ko tu pun speaking BI la ngn anak beranak dia kat umah

nak perkasa ...


Ko pernah tgk Dafi speaking x? Aku x rasa dia jenis ckp B.I kt umah. Kalo family pak jib aku cayalah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:51 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 30-3-2022 08:35 AM
Ko pernah tgk Dafi speaking x? Aku x rasa dia jenis ckp B.I kt umah

ko tgk diari AF mmg la dia ckp melayu..ingat ank menantu dia set2 urban tu nak spiking bm ke kat umah.i dont think so
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2022 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 30-3-2022 08:51 AM
ko tgk diari AF mmg la dia ckp melayu..ingat ank menantu dia set2 urban tu nak spiking bm ke kat u ...

Hbs ko x nk memperkasakan BM ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 10:43 AM | Show all posts
aku nak tnyle pada korang yg dok perlekeh usaha PM nak mendukung bahasa melayu ni. kat malaysia ni dari tadika sampai form 5 memang wajib belajar subjek BM dan BI, masuk silabus, pastu syarat wajib nk dpt sijil spm. at least 12 tahun ada formal education utk BM dan BI. ape bengap sgt ke sampai at least takleh nak converse dalam 2 bahasa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 11:03 AM | Show all posts
Korang ni, bila disuruh belajar BI, banyak alasan...terus nak compare dengan korea lah, jepun lah, germany lah etc.

Bila disuruh perkukuhkan penggunaan BM pun banyak juga alasan...halang belajar bahasa lain lah, tak international lah etc.

Pening pening..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 11:03 AM | Show all posts
tripleid replied at 30-3-2022 08:51 AM
ko tgk diari AF mmg la dia ckp melayu..ingat ank menantu dia set2 urban tu nak spiking bm ke kat u ...

x silap ada footage kan dalam rumah dia masa memula nak masok AF tu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 30-3-2022 09:17 AM
Hbs ko x nk memperkasakan BM ke?

Sejak lahir mmg dah memartabatkan b.melayu dgn bckp bm dlm pertuturan seharian..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.053750 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list