CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 2

[Dunia] Thailand bakal mansuhkan ujian mandatori RT-PCR kepada pelawat

[Copy link]
Post time 30-3-2022 08:29 AM | Show all posts |Read mode
BANGKOK - Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand akan mencadangkan kepada pasukan petugas Covid-19 kerajaan untuk membatalkan ujian RT-PCR mandatori bagi ketibaan antarabangsa dan menggantikannya dengan ujian antigen (ATK) yang dilakukan sendiri mulai Mei.

Dalam usaha merancakkan semula industri pelancongannya, Menteri Pelancongan dan Sukan, Phiphat Ratchakitprakarn berkata, pengembara yang lengkap divaksin tidak perlu menginap di hotel yang ditempah awal dan menjalani ujian RT-PCR mandatori semasa ketibaan.

"Kami jangka langkah itu akan dilulus dan dilaksanakan mulai 1 Mei, dengan syarat tiada lonjakan jangkitan baharu Covid-19 dan kematian semasa dan selepas perayaan Songkran (13 hingga 15 April),” katanya dipetik The Nation.

Setakat ini, pengembara antarabangsa yang memasuki negara itu perlu memohon dalam talian untuk mendapatkan 'Pas Kebenaran Thailand ' sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum perjalanan.

Di bawah program "Test & Go" tanpa kuarantin, pengembara juga perlu menempah awal hotel yang ditetapkan, serta melakukan ujian RT-PCR pada hari pertama ketibaan dan ujian ATK pada hari kelima. Pelancong juga perlu membeli insurans perubatan dengan perlindungan minimum AS$20,000.

Mulai 1 April, pengembara antarabangsa yang lengkap divaksin tidak perlu menjalani ujian Covid-19 yang dibuat 72 jam sebelum berlepas ke Thailand.

Minggu lalu, Phiphat berkata, kementerian akan mencadangkan pelonggaran sekatan perjalanan termasuk membatalkan pendaftaran "Test & Go” dan 'Pas Kebenaran Thailand' selewat-lewatnya pada 1 Jun jika tiada peningkatan jangkitan atau kematian semasa perayaan Songkran.

"Langkah itu akan memulihkan perjalanan biasa ke Thailand 'seperti pada 2019' sebelum sekatan perjalanan Covid-19 global," katanya.

Pada 2019, Thailand mencatatkan hampir 40 juta pengunjung termasuk 4.1 juta pengunjung dari Malaysia. Jumlah ketibaan pelancong menurun kepada 6.7 juta pada 2020.

https://www.sinarharian.com.my/article/195343/GLOBAL/Thailand-cadang-ganti-ujian-mandatori-RT-PCR-dengan-RTK-mulai-Mei

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 09:06 AM | Show all posts
rules satu hal tapi Covid ada lagi tak?

I'll pass for now

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu dah peliwat tu tak payah lah buat ujian mandaroti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.038443 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list