CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3254|Reply: 42

Cinta Kedai Makan, Duda Nikahi Wanita Sebaya Anak Sendiri

[Copy link]
Post time 1-4-2022 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Batu Gajah: Biarpun sudah dua kali kecundang dalam perkahwinan, Muswadi Mohamed Shariff tidak serik untuk mencari pasangan hidup.


Bapa kepada lapan anak itu berkahwin buat kali ketiga baru-baru ini, dan memilih, Rasyidah Mohd Aris, 27, yang juga sebaya dengan anak sulungnya.


Berkat restu keluarga, Muswadi, 48, dan Rasyidah selamat diijabkabulkan pada 27 Mac lalu di Masjid Toh Puan Besar Hatijah di sini.


Perkahwinan mereka mendapat perhatian selepas Rasyidah memuat naik video mereka di TikTok baru-baru ini.




Foto: Harian Metro




Bercerita lanjut, Muswadi yang menetap di Kampung Sentang di sini, mengakui tidak pernah menutup pintu hati untuk berkahwin walaupun perkahwinan terdahulunya berakhir dengan perpisahan.


Muswadi berkata, dia menerima ketentuan Ilahi dengan reda kerana menganggap tiada jodoh untuk terus bersama walaupun mereka berusaha mempertahankan rumah tangga dibina.


"Saya teruskan hidup macam biasa selepas berpisah kerana perlu terus cari rezeki bagi menyara anak.


"erihal jodoh, saya berserah pada Allah namun ada juga usaha untuk berkenalan kerana memang mahu ada pasangan.


"Ditakdirkan, saya berkenalan dengan isteri yang jauh lebih muda usianya, jadi terima saja dan berdoa semoga perkahwinan kami kekal sehingga akhir hayat," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Menurut Muswadi, dia tidak terlalu mencuba untuk memenangi hati keluarga mentua namun bersyukur kerana lamarannya diterima.


"Saya tidak berani berjanji bulan dan bintang dengan keluarga mentua kerana sedar diri ini hanya manusia saja dan bimbang apa dijanjikan tidak dapat ditunaikan.


"Bagaimanapun, saya ada beritahu kepada ibu mentua sebelum berkahwin dengan isteri yang saya akan cuba menjaga anaknya dengan sebaik mungkin.


"Itu yang saya dapat lakukan dan niat berkahwin ini adalah kerana Allah," katanya.


Sementara itu, Rasyidah tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan pasangan lebih berusia kerana pernah menjalin hubungan cinta sebelum ini namun hanya dengan lelaki sebaya.


Bagaimanapun, dia menerima ketentuanNya dengan reda dan baginya, jarak usia bukan penghalang kerana apa yang penting, perkahwinan mereka mendapat restu kedua belah keluarga.


"Saya berkenalan dengan suami sejak awal tahun lalu kerana kami bekerja di kedai makan yang sama.


"Saya bekerja sebagai pembantu kedai, manakala suami pula pembancuh air dan pada awalnya, hubungan kami setakat kawan biasa saja.


"Lama kelamaan, kami jadi rapat dan akhirnya dia berterus terang mahu memperisterikan saya.


"Ingatkan dia main-main kerana kami sering bergurau namun dia serius dan emak tidak menghalang cuma minta saya fikir masak-masak sebelum menerima lamaran suami," katanya yang juga anak ketiga daripada empat beradik dan kematian bapa sejak berusia sembilan tahun.


Menurut Rasyidah, kisah silam suaminya langsung tidak menyebabkannya berasa takut untuk meneruskan perkahwinan itu.


"Suami ada cerita kisah perkahwinan dan pengalamannya sebelum ini. Saya anggap apa yang berlaku itu adalah masa lalunya dan mahu pandang ke hadapan saja.


"Alhamdulillah, ramai mendoakan selepas saya kongsikan kisah kami di TikTok dan banyak juga kata semangat diterima terutama daripada mereka yang berkahwin dengan pasangan lebih berusia," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki tua kahwin ngan perempuan muda ni dah jadi perkara biasa sejak zaman dulu kala lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 08:51 AM | Show all posts
mereka berdua nampak tua dari umur masing masing
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 08:53 AM | Show all posts
Staff miker food kat Tmn DR nih.. hihi apa pon tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 09:00 AM | Show all posts
48 dan 27..idok ler byk sgt beza nya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 09:34 AM | Show all posts
pompuan kalau kawen laki tua konfem muka nampak tua..cuba pompuan kawen somi muda cm pembaca berita norzie pak wan chek tu dengan aidid marcello..bini muka x nampak tua pun yachhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2022 09:52 AM | Show all posts
ingatkan laki tu tauke kedai rupanya sama pekerja..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki tu belum 50 tp dah rupa atuk2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 11:16 AM | Show all posts
isu semasa ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 11:48 AM | Show all posts

aik

smod nie marah2 suka ke camne nih....hehe jgn marah2 kang kena juai
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 11:52 AM | Show all posts
Tahniah ler moga kali ni baik2 semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 11:59 AM | Show all posts
alhamdulillah moga kekal hingga ke jannah....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga bahagia melayari kehidupan berumahtangga.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 12:08 PM | Show all posts
ko kawen dengan laki tua teros ko pon nampak tua dekk
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 12:09 PM | Show all posts
TAHNIAH SELAMAT PENGANTIN BARU..... kasi alamat rumah nanti den nk kasi hadiah kopi bangsawan, lps minum terus terbang ke awan ekekekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 12:12 PM | Show all posts
1st impression tengok muka without baca isi, lelaki tu iolss ingat umur dalam 60 lebih, yg perempuan mid 30's gitu. Salah tekaan iolls huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai lah tu seumpama pinang dibelah dengan kapak!
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 12:31 PM | Show all posts
48 ke 68 umur lakinya..?

nmpk tua la pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau gagal 2 kali tu stop je la kawen.anak anak terdahulu tu cukup ke nafkah nya?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
48 ke lakinya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.042673 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list