CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 911|Reply: 4

[Dunia] Leher lelaki tembus ditusuk ikan jarum

[Copy link]
Post time 3-4-2022 09:57 AM | Show all posts |Read mode

SEORANG pelancong di Thailand dikejarkan ke hospital setelah ditusuk seekor ikan jarum pada lehernya. - Pertubuhan Pentadbiran Mukim Bang Pid/ Getty

Leher lelaki tembus ditusuk ikan jarum

BANGKOK – Seorang pelancong mengalami kecederaan selepas seekor ikan jarum me­nusuk lehernya ketika dia be­renang di sebuah pantai popular di Thailand Khamis lalu, lapor laman berita Thaiger.

Petugas-petugas penyelamat pantai memberikan pertolongan cemas kepada lelaki itu, namun berhati-hati untuk tidak mencabut ikan jarum daripada leher mangsa.

Kejadian berlaku di Pantai Ao Tan Khi, wilayah Trat di timur Thailand. Mangsa dibawa ke hospital berdekatan sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan).

Pegawai tempatan kemudian memberi amaran kepada perenang supaya berhati-hati dengan ikan jarum.

Ikan jarum ditemui di perairan yang cetek. Ia mempunyai badan memanjang dan rahang runcing. Rupa ikan itu menyerupai spesies todak.

Ia boleh hidup di air masin dan air tawar serta boleh berenang selaju 60 kilometer sejam. Ikan jarum juga gemar melompat dari permukaan air.

Ikan jarum jarang me­nyerang manusia, namun serangannya boleh membawa maut.

Pada 2018, seorang anggota marin Thailand mati ditusuk ikan jarum pada lehernya semasa menjalani latihan tentera, juga di wilayah Trat.

Pada 2020 di Indonesia, seorang budak lelaki berusia 16 tahun terselamat daripada serangan ikan jarum semasa keluar memancing bersama rakannya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... ditusuk-ikan-jarum/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2022 10:27 AM | Show all posts
Huhuhuh, sblm ni aku x tau lak garfish ni org kita panggil ikan jarum.
Tp bile baca wiki, mmg org2 luar pun panggil needlefish.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Auchhhh
Sakitnya tu di leher


Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 3-4-2022 10:27 AM
Huhuhuh, sblm ni aku x tau lak garfish ni org kita panggil ikan jarum.
Tp bile baca wiki, mmg org2 l ...

Garfish ikan air tawar..berbeza ngan ikan jarum dok air masin. Ikan jarum ngan ikan todak yg aku x pasti spesis sama ke x..ada org panggil ikan banang pun todak gak
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
bhyanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.063517 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list