CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2135|Reply: 29

[Tempatan] Kilang soya ramuan ‘najis tikus’ diarah tutup

[Copy link]
Post time 4-4-2022 01:55 AM | Show all posts |Read mode


Kilang soya ramuan ‘najis tikus’ diarah tutupBy
Malinda Abdul Malik -

2 April 2022




Proses air soya depan tandas selain terdapat najis tikus (gambar kecil) pada plastik pembungkusan air tersebut di Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Bukan setakat proses air soya depan tandas malah plastik yang digunakan untuk membungkus air itu dipenuhi najis tikus.

Itulah keadaan sebuah kilang memproses air soya di Jalan Batu Lanchang, Jelutong di sini ketika diserbu sepasukan pegawai Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) di sini hari ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKNPP, Inspektor Kesihatan Mohd Wazir Khalid berkata, pihaknya mendapati pemilik kilang tersebut langsung tidak mempraktikkan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).

Mohd Wazir menunjukkan perkakasan air soya yang sudah berkeladak sekali gus boleh menyebakan keracunan makanan.

Jelas beliau, pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat perkakasan yang kotor, tidak digunakan serta tidak disimpan menyebabkan kehadiran tikus dan lipas.

“Kalau kita lihat keadaan kilang ini memang jijik dan meloyakan dengan bau hancing, lantai berlumut selain lambakan najis tikus di beberapa tempat dalam kilang terbabit.

“Selain itu, kehadiran lipas dan tikus di premis ini menunjukkan persekitaran yang tidak bersih dan kita bimbang makanan yang diproses akan tercemar sekaligus menjejaskan kesihatan pengguna,” katanya kepada pemberita hari ini.

Najis tikus ditemui dibeberapa tempat dalam kilang tersebut termasuk di atas meja yang digunakan membungkus air soya tersebut.

Tambah Mohd Wazir, kilang tersebut pernah diserbu pada tahun 2019 dan dikenakan kompaun namun pemeriksaan hari ini menunjukkan pemiliknya seolah-olah tidak serik dikenakan tindakan.

“Susulan itu, serbuan hari ini kita kenakan tiga kompaun serta notis penutupan premis sehingga 16 April mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Difahamkan kilang soya itu sudah beroperasi selama 10 tahun dan soya yang dihasilkan untuk pasaran tempatan.

Sementara itu, dalam pemeriksaan berasingan, sebuah kilang memproses kuetiau di Jelutong di sini juga turut diarahkan tutup selama 14 hari bagi proses pembersihan.

Mohd Wazir menunjukkan pemilik masih menggunakan logo MeSTI walaupun sijil sudah tamat tempoh.

Jelas Mohd Wazir, pemeriksaan mendapati lantai premis berkenaan dalam keadaan berminyak selain persekitaran yang tidak memuaskan.

“Terdapat minyak tepu yang tidak dibersihkan pada mesin memproses kuetiau selain penemuan najis tikus di beberapa bahagian premis.

“Tidak cukup itu, kilang tersebut menggunakan logo makanan selamat tanggungan industri (MeSTI) pada pembungkusan sedangkan sijil tersebut sudah tamat tempoh dua tahun lalu.

Minyak tepu pada mesin memproses kuetiau.

“Pemilik selalu memberi alasan mendakwa sukar menjaga kebersihan berikutan kekurangan pekerja dan sebagainya namun kita tidak akan berkompromi dengan perkara ini kerana ia membabitkan kesihatan orang awam,” tegas Mohd Wazir. – MalaysiaGazette.


https://malaysiagazette.com/2022/04/02/kilang-soya-ramuan-najis-tikus-diarah-tutup/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2022 01:57 AM | Show all posts
Cukup bagus soya berperisa najis tikus!





Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 02:00 AM | Show all posts
alhamdulilah mujur kaka dah habis minum tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk pun dah tahu mesti Pulau Pinang darul kebangga punya!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 08:41 AM | Show all posts
dah pernah serbu saman bagai...korang nie buat keje bangang ke ape...bg aje notis ban tros
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 08:48 AM | Show all posts
food court or kedai makan berkeladak tu mohon perhatikan jua ya..

jgn asalkan halal
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-4-2022 09:37 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 3-4-2022 09:57 AM
Cukup bagus soya berperisa najis tikus!


Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 04:09 PM | Show all posts
serr! seb baek aku minum Vsoy jek. Organik dari canada giteww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2022 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeeuuuuwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hizert replied at 4-4-2022 08:09 AM
serr! seb baek aku minum Vsoy jek. Organik dari canada giteww

Tak sedap. Tak boleh lawan rasa susu soya freshly made. Tapi pastikan tanpa taik, kincin tikus.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 04:45 PM | Show all posts
selalu berita mcm ni kilang di Penang. ntah2 Selangor pun byk...huhu..yg indon jual dalam balang tepi2 jalan tu lagi la...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 06:25 PM | Show all posts
Euwww nasib tak suka minium soya cam tu.  Elok umumkan je jenamanya kalau sorok2 esok2 dia orang buat hal lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Zack8hunter at 4-4-2022 08:05 PM
Hizert replied at 4-4-2022 04:09 PM
serr! seb baek aku minum Vsoy jek. Organik dari canada giteww


dulu2 kitorg pernah buat blinded sensory analysis.. ada beberapa brand soya yg kami compare..ada Yeos, Marigold, F&N, Drinho, Vsoy etc. participants dlm 50 org.. surprisingly markah plg tinggi dpt kt air soya brand Delite yg mmg tak famous lgsg.. dan markah plg rendah dpt kt Vsoy.. maybe sbb rasa dia pelik skit kot tak kene dgn tekak org msia
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 4-4-2022 05:55 AM
Baca tajuk pun dah tahu mesti Pulau Pinang darul kebangga punya!

Sorga makanan katanyehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 08:22 PM | Show all posts
Zack8hunter replied at 4-4-2022 08:03 PM
dulu2 kitorg pernah buat blinded sensory analysis.. ada beberapa brand soya yg kami compare..ada Y ...

air minuman delite slalunya murmur..
tapi iols tak minum air soya la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 4-4-2022 08:22 PM
air minuman delite slalunya murmur..
tapi iols tak minum air soya la..

Banyak minum air soya nanti jadi gay, cutenya budak nehhhh, ermmmmm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2022 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 4-4-2022 08:03 PM
dulu2 kitorg pernah buat blinded sensory analysis.. ada beberapa brand soya yg kami compare..ada Y ...

Vsoy yg sedap rasa kenyang.

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 08:32 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 4-4-2022 08:25 PM
Banyak minum air soya nanti jadi gay, cutenya budak nehhhh, ermmmmm

eh ye ke byk minum air soya voley jadi gay? mana kaka blajaq nih?
tak habes2 bubuh gambaq budak nih.. mcm takde gambaq lain..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 4-4-2022 08:32 PM
eh ye ke byk minum air soya voley jadi gay? mana kaka blajaq nih?
tak habes2 bubuh gambaq budak ni ...

Kacang soya banyak hormon keperempuanan sis
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 08:49 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 4-4-2022 08:45 PM
Kacang soya banyak hormon keperempuanan sis

kaka musti rajin minum.. ka?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.084983 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list