CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

Debu Dari Bulan Dilelong Dengan Harga RM5 Juta

[Copy link]
Post time 4-4-2022 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Washington – Zarah debu Bulan yang dikumpul oleh Neil Armstrong semasa misi Apollo 11  tahun 1969 dijangka dilelong pada harga antara AS$800,000 (RM3.3 juta) hingga AS$1.2 juta (RM5.05 juta), lapor stesen penyiaran CNN.


Firma lelongan Bonhams berkata, meskipun acara lelongan hanya akan bermula pada pertengahan April namun sudah banyak pihak menyatakan minat untuk memiliki debu bulan tersebut.


Apa yang menarik mengenai peninggalan Apollo 11 itu adalah ia mempunyai beberapa memori kurang baik antara pemiliknya dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).


Foto: Bonhams




Armstrong dikatakan membawa beg debu Bulan kembali ke Bumi tetapi NASA telah kehilangan beg tersebut selepas ia dipinjamkan sebagai pameran ke sebuah muzium.


Ia menjadi sebahagian daripada harta yang dirampas apabila pengarah muzium angkasa lepas disabitkan dengan kes penipuan dan kecurian.


Beg debu tersebut akhirnya dilelong oleh Perkhidmatan Marshalls Amerika Syarikat kepada seorang penduduk Illinois, Nancy Lee Carlson pada 2015 dengan harga AS$995 (RM4,189).


Carlson kemudian menghantar beg itu kepada NASA untuk membantu mengenal pasti dari mana ia datang, namun agensi angkasa lepas itu enggan mengembalikannya.


Tindakan itu memaksa Carlson menyaman NASA, berjaya memenangi kes dan akhirnya, memaksa pegawai agensi memulangkan beg tersebut.


Bonhams menjual debu Bulan itu bagi pihak Carlson tetapi tidak menyatakan sebab mengapa dia berminat untuk melelongnya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.323440 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list