CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2184|Reply: 34

Orang Melayu Suka Makan- Awas, Jering Mentah Perosak Buah Pinggang

[Copy link]
Post time 5-4-2022 11:24 AM | Show all posts |Read mode
Petaling Jaya– Menjadi kebiasaan masyarakat Melayu khususnya yang gemar memakan ulam-ulaman secara mentah kerana dikatakan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.


Namun, tidak semua ulam-ulaman boleh dimakan secara mentah tanpa perlu dimasak atau direbus terlebih dahulu dan kesannya boleh menyebabkan masalah penyakit kronik.


Menerusi perkongsian Pakar Pemakanan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Suri Roowi di laman Facebooknya menjelaskan terdapat jenis ulam yang perlu diproses dengan betul sebelum dimakan seperti jering.




Dr. Suri menjelaskan pengambilan jering secara mentah dan berlebihan boleh menyebabkan masalah pada buah pinggang dan kesihatan yang lain. Foto: Kosmo




Katanya, jering perlu direbus terlebih dahulu kerana kandungan ‘Djengkolic Acid’ (masih mentah) dipercayai akan menjejaskan sistem buah pinggang sekiranya diambil dengan kadar yang banyak dan mentah.


“Kalau makan jering perlu rebus dulu berbanding dengan petai sebab ia boleh makan mentah, tapi jering kena sediakan dengan cara yang betul sebelum makan.


“Dengan melalui proses penyedian yang betul, sekurang-kurangnya khasiat dan nutrisi dalam ulam tersebut akan dapat kita peroleh,” ujarnya.


Sehubungan itu, rata-rata orang ramai berterima kasih kepada beliau kerana mendedahkan perkara tersebut yang masih tidak diketahui secara umum.


Sementara itu, ada juga pengguna berkongsi pengalaman mereka apabila sering makan jering mentah sehingga perlu menanggung masalah penghadaman, penyakit buah pinggang dan sembelit.


“Dulu saya memang gemar ratah jering mentah sekitar tahun 1999, dan sehingga kini mengalami masalah buah pinggan,” kongsi seorang pengguna.


“Setuju apa Dr. ni kongsi, tiga tahun saya alami masalah sukar membuang dan sembelit sebab suka makan jering, boleh kata setiap hari bila makan dengan nasi, akhirnya tanggung sakit, syukur dah kembali pulih,” luahnya pengguna lain. – CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka makan jering rebus dgn kelapa.

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa wartawan cari ni asyik salah eja je ni..pinggang jd pinggan..petani jd petai..u all ni x edit dan check dulu ke b4 post artikel...xde org ke pantau hasil kerja u all ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Djengkolic tu perkataan indon di sainskan atau indon amik perkataan sains?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mknla scara sederhana.. lebih2 xelok jgak
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 5-4-2022 09:46 PM

Sdp jering muda..aku baru1st time makan kerdas igt ape..cantik mcm butang beli la sepinggan kecik minggu lps.aku biar kat atas meja dgn buah2an laki aku kata apa busuk ni hi hi..apa benda apa ni?sabo je lahh..jering tua rebus/goreng buat masak berlado sdp nye selalu mkn kedai nasi padang..tetiba rasa nk g indon mkn nasi padang kik kik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2022 06:16 PM | Show all posts
Nasib tak suka makan benda ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-4-2022 03:54 PM
Suka makan jering rebus dgn kelapa.

iols first time makan last year wpun kat kg ramai org jual zaman kecik2 dulu. sedap jugak+tak berbau sgt. isi kelapa parut yg lembut2 tu dibuat cecah lg menambah kesedapan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 5-4-2022 04:56 PM
Djengkolic tu perkataan indon di sainskan atau indon amik perkataan sains?

Jering dlm bahasa jawa dipanggil jengkol
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Jering ni dah rebus..potong2 patu masak sambal bilis kering..pegh mula2 igt ubi kentang ya. Sedap gila
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jering dengan petai buatkan bau kencing jadi busuk!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak sblm2 ni jering mmg kita mkn mentah jer. x pernah plk aku dgr jering rebus ke, jering goreng tepung ker.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 07:04 PM | Show all posts
Ulam yang aku jarang makan. Sangat tak sedap di mulut ku.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
jering perosak buah pinggang dan rumahtangga orang
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-4-2022 03:54 PM
Suka makan jering rebus dgn kelapa.

Tapi susah nak proses..kena tukar air beberapa kali.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 5-4-2022 08:32 PM
Tapi susah nak proses..kena tukar air beberapa kali.


Sebab tu iols beli je setakat nak makan RM2

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 5-4-2022 05:59 PM
Sdp jering muda..aku baru1st time makan kerdas igt ape..cantik mcm butang beli la sepinggan kecik.ak ...

tak payah pergi indon sis.. kat pekan sehari temerloh macam2 size ada jual
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 5-4-2022 06:54 PM
Alamak sblm2 ni jering mmg kita mkn mentah jer. x pernah plk aku dgr jering rebus ke, jering goreng  ...

i pulak tak tahan makan mentah macam ada rasa kelat2 mmg lueh balik la… komor2 byk kali masa ter-gigit tu cuma pernah makan jering rebus masak sambal ikan bilis je. makan dgn nasi lemak. tupon mula2 makan tak tahu tu jering. igtkan kentang tapi kenapa kedai ni masak sambal kentang tak empuk
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleharmonic replied at 5-4-2022 07:09 PM
jering perosak buah pinggang dan rumahtangga orang


skrg perosak ibu mengandung
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 5-4-2022 07:04 PM
Ulam yang aku jarang makan. Sangat tak sedap di mulut ku.

jarang ke tak pernah terus terang je lah ckp tak pernah makan dgn sengaja
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.044246 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list