View: 1147|Reply: 14
|
Niat Nak Dapat Pahala, Tapi Jadi Membazir Bila Ramai Berlumba Nak Bersedekah
[Copy link]
|
|
Ramadan bulan penuh keberkatan dan sudah pasti ramai daripada kita yang ingin mengerjakan amal ibadah termasuklah amalan bersedekah dan memberi makan orang berpuasa.
Tidak dapat dinafikan orang Malaysia terkenal dengan kayanya sifat pemurah, namun dalam kita mengejar pahala, jangan lupa dengan perkara-perkara yang Allah SWT tidak suka.
Kredit foto: Suara Merdeka
Baru-baru ini terdapat kes lambakan makanan yang didermakan terbiar sehingga makanan tersebut basi dan dibazirkan.
Tindakan orang ramai yang ingin membuat pahala dengan bersedekah mengundang kritikan warga Facebook apabila melihat makanan yang disediakan dengan kadar yang banyak itu dibazirkan begitu sahaja terutama ketika bulan penuh suci ini.
Difahamkan orang ramai ingin bersedekah dan memberi makanan kepada golongan gelandangan berbuka puasa.
Namun, niat baik itu bertukar hiba apabila melihat rezeki yang disediakan itu terbiar sedangkan masih ramai golongan di luar sana yang memerlukan bantuan makanan.
Rata-rata komen warga Facebook berpendapat seeloknya bantuan makanan itu diberikan kepada anak-anak yatim, Sekolah Tahfiz, pelajar Institut Pengajian Tinggi dan saudara yang lebih memerlukan.
“Tidak perlu fokus pada golongan gelandangan sahaja, mereka selalu dapat bantuan makanan walaupun bukan bulan puasa, bagi sahaja makanan itu di tepi jalan kepada orang yang ingin pulang kerja, mereka lagi tidak sempat masak, hendak ke bazar pun ramai orang beratur, bersedekahlah tidak kira siapa” Memetik salah seorang komen warga Facebook.
Ini bukan merupakan isu yang baharu, setiap tahun ada sahaja isu lambakan makanan yang dibazirkan untuk agihan berbuka puasa kepada golongan gelandangan.
Justeru orang ramai yang ingin bersedekah sepatutnya menggunakan pendekatan yang betul dan mengagihkan bantuan kepada mereka yang betul-betul memerlukan seperti meletakkan di masjid-masjid, pusat pengajian dan sebagainya.
Sumber: Suara Merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
pi sebok2 bg byk2 jadah apa la kt org yg xguna tu sume |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak bg mknn bg lah mknn yg lain lain klau sama je org pun bosan |
|
|
|
|
|
|
|
yang perlukan makanan ni, area ceruk kampung, elok lah bagi beras, tepung ke minyak, bagi dekat gelandangan ni membazir pulak nengoknya |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak bagi golonga geladangan elok salur pada mereka yang dah biasa menguruskan mereka tu untuk elak pembaziran. Nak sedekah tak semestinya hanya pada golongan gelandangan. Tiap hari makin ramai je keluarga miskin dan yang hilang pekerjaan. Mereka tu lebih bagus dibantu. |
|
|
|
|
|
|
|
nak hantar tahfiz ke rumah anak yatim pun sebaiknya tanya dulu terima ke tak, biasa dorang lg suka klu kita contact tanya, ada time anak2 ni balik rumah waris sapa je nak mkn yg di hantar tu
mcm pusat gelandangan tu kan rasanya kena call tanya dulu sebelum hantar, sebab kadang dorang tolak juga bila clash sumbangan
yg mcm tepi jalan ni taktau lah lg satu i tgk ramai betul buat kutipan sumbangan menu buka hantar masjid surau apa semua, dah tanya ke ajk tempat tu, kot dah ada yg berjadual hantar, ada pihak lain hantar tanpa notis dah jadi pembaziran nanti |
|
|
|
|
|
|
|
yg beriya tu yg memasak..siap ambik order kat twitter...bgtau nak derma kat mana...pastu minta sumbangan |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi duit je la
Tak kan membazir punya |
|
|
|
|
|
|
|
Yg kau beriya derma dekat golongan pemalas, siapa suruh??? |
|
|
|
|
|
|
|
yg menderma tak salah, yang buat pengagihan tu yang lahanat, ko main letak je mana2 ikut suka, sepatutnya distribute lah properly |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi mknn kering la x basi |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik dahulukan adik beradik dan jiran terdekat. Kawan ofis ke |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau yg bagi makanan ni melibatkan kutipan duit dari kwn2 ke..tak ke kesian sbb objektif nak beri org mkn tak tercapai.
Biasa kat masjid2 dia dah siap jadual. Pilih je slot yg msih kosong kalau nk hantar makanan. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah kita ni menternak masyarakat pemalas dgn sumbangan kita...ntahlah..pening fikir.... |
|
|
|
|
|
|
|
ikut majalah 3 TV3 dulu2.. selain yang single dan mental, rata-rata gelandangan bukan sebab takde kerja, diorang tak mampu sewa rumah je + ada yang nak berjimat, yela kalau dah berkeluarga anak sampai tiga empat orang mana boleh sewa bilik je + diorang nak stay dok KL tanak balik kampung susah cari kerja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|