CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 498|Reply: 1

China Rancang Bina ‘Kereta Api Kiamat’ Dilengkapi Senjata Nuklear

[Copy link]
Post time 7-4-2022 07:11 AM | Show all posts |Read mode
Tentera China dalam perancangan membina ‘kereta api kiamat’ (Doomsday Trains) berkelajuan tinggi yang mampu melancarkan senjata nuklear berkuasa tinggi, lapor akhbar Daily Star.


Menurut laporan, rancangan itu adalah untuk mewujudkan kereta api yang boleh bergerak pantas secara domestik dan dilengkapi peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) untuk mengelak dikesan musuh.




Kredit foto: Daily Star/Getty Images




Kereta api itu juga dikatakan mungkin boleh melancarkan peluru berpandu termasuk kepala peledak nuklear di atas landasan yang ditambah baik untuk menyerap kejutan letupan.


Rancangan yang masih dalam peringkat pelan tindakan itu dibiayai pemerintah pusat China dan diketuai oleh Profesor Madya Kejuruteraan Awam, Yin Zhong, bersama dengan Universiti Jiaotong Southwest di Chengdu, lapor akhbar South China Morning Post.


Kajian semakan diterbitkan baru-baru ini dalam Journal of Southwest Jiaotong University mendedahkan mengenai kebaikan dan keburukan rancangan itu.


“Berbanding kereta api jarak jauh, kereta api berkelajuan tinggi ini bergerak dengan lebih pantas dan lancar. Ini bermakna, ia akan dilengkapi mobiliti, keselamatan dan penyembunyian kenderaan tentera yang lebih besar," kata penyelidik kajian.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Merepek... railway dirosakkan. Abis tergolek dari landasan..keje sja2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.034010 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list