CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1323|Reply: 4

[Tempatan] Pagar besi di tapak Bazar Aidilfitri Jalan TAR. DBKL diarah semak semula status

[Copy link]
Post time 7-4-2022 07:18 AM | Show all posts |Read mode
Status pagar besi Bazar Aidilfitri Jalan TAR akan diputuskan Datuk Bandar – Shahidan
Nurayuni Johari -
6 April 2022



KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah akan memutuskan sama ada pagar besi yang dipasang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di tapak Bazar Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) akan dikekalkan atau sebaliknya.

Perkara itu ditegaskan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya, keperluan pemasangan pagar itu untuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) namun ia akan diteliti semula sama ada wajar atau tidak dilaksanakan.

“Ya, tentang isu ini Datuk Bandar sedang ambil tindakan yang sewajarnya dan kita nak tengok pilihan yang terbaik supaya kita boleh selamatkan keadaan tetapi kalau kita dapati pagar ini memang tidak sesuai dan tidak diperlukan kita bukalah esok, kita sudah pesan.

“Saya juga ingin nasihatkan kepada orang ramai jangan mengeluarkan kenyataan yang boleh merugikan diri anda pada bulan mulia ini disebakan isu ini.

“Pemasangan pagar ini juga dilakukan adalah untuk jaga SOP anda,” katanya ketika ditemui selepas melawat dan memberikan sumbangan kepada pengunjung Bazar Ramadan Desa Pandan hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa orang ramai perlu mematuhi SOP ke bazar Ramadan dengan memakai pelitup muka serta mengimbas MySejahtera.

Bagaimanapun, MalaysiaGazette akan mendapatkan maklum balas lebih terperinci bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur berhubung isu ini.

Semalam, para peniaga di Bazar Aidilfitri Jalan TAR berasa kecewa dan terkilan dengan tindakan DBKL kerana masih memasang pagar besi yang ketinggiannya melepas paras kepala di kawasan berkenaan.

Rata-rata peniaga berpandangan pemasangan pagar itu bukan satu keperluan kerana negara kini dalam peralihan fasa endemik pada 1 April lalu.

Pada Februari lalu, Mahadi memaklumkan Bazar Aidilfitri Jalan TAR akan beroperasi seperti biasa mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Tambah beliau, pihaknya akan melonggarkan sedikit kawalan SOP di tapak bazar berkenaan berbanding tahun lepas termasuk tidak lagi memasang pagar di sekeliling kawasan itu.

Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka, mengimbas MySejahtera dan menetapkan penjarakan fizikal antara gerai penjaja tetap dilaksanakan. – MalaysiaGazette

Sumber: malaysiagazette.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 10:50 AM | Show all posts
amboi datuk bandar sgt....ape sgt lh function ko...sape leh komen skit
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
masuk bazar kena scan mysj tak? kalau kena, memang patut la dia buat pagar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 11:14 AM | Show all posts
kalau xde pagar meaning org boleh kuar masuk ikut tepi2 khemah gerai..x guna kalau nk suruh org scan MySj..tapi kalau ikutkan bazar jln TAR akan sesak better buat je pagar gini..beratur nak masuk n boleh control jumlah visitor pada satu2 masa..kalau tak, mcm ulat taik masing2 ngan mak bapak bawak baby berstroller bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 12:15 PM | Show all posts
harkktuih replied at 7-4-2022 11:14 AM
kalau xde pagar meaning org boleh kuar masuk ikut tepi2 khemah gerai..x guna kalau nk suruh org scan ...

memang yg ni pon DBKL buat skrg. tu yg dia letakkan pagar tu. tp ramai peniaga tak puas ati sbb dorang nak angkat barang dlm tu susah sbb sempit dgn pagar2 tu. ntah laaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.040102 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list